PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Monday 9 January 2012

Sunday 8 January 2012

Kebodohan melampau blogger Umno!!

Apa dah jadi pada pengiring keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri dipercayai telah disuntik jarum beracunMungkin ramai di antara rakyat Malaysia percaya ianya adalah taktik yang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk menagih simpati rakyat menjelang kempen Bebaskan Anwar 901.

Sesetengah blogger pro kerajaan telah memutar belitkan cerita dan mengelirukan rakyat dengan hujah-hujah yang difikirnya masuk akal, seperti didedahkan oleh blogger MiloSuam seperti didalam blognya,

MALAM tadi di dalam satu ceramah yang diadakan di Cheruk Tok Kun, pengiring keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri dipercayai telah disuntik jarum beracun yang akhirnya mengakibatkan beliau terpaksa dihantar ke hospital rujuk sini [jarum beracun].


Laporan tidak rasmi pihak hospital mendakwa Fayad telah disuntik dengan dadah jenis Morphine.


Seperti biasa blogger United Malays No Otak, Umno akan memutar belitkan cerita dan mengelirukan pembacanya dengan hujah-hujah yang tampak benar.




Anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Fayad yang sedang sakit terlantar di hospital dikatanya sengaja membenarkan diri beliau disuntik.


Blogger yang mendakwa dirinya seorang doktor itu mengeluarkan hujah bahawa tempoh untuk cucuk dan menekan tombol picagari (intramuscular IM injection) sehingga habis cecair (1 cc) di dalam picagari itu akan mengambil masa lebih kurang 5-8 saat!


Mungkin ada benarnya kata beliau, namun penggunaan Morphine Pekat (concentrated Morphine) dan modified syringe (picagari ubahsuai) dengan isipadu yang besar, serta jarum yang lebih pendek memungkinkan masa yang diambil menjadi lebih singkat.


Secara analogi, air gula pekat hanya diperlukan sedikit untuk memberikan rasa manis pada secawan MiLo SuaM.


Doktor menyuntik 1 mL (cc) cecair tentulah berbeza dengan pembunuh nak suntik racun. Tidak ada kira-kira sakit atau tidak orang yang disuntik, tidak ada pertimbangan berapa banyak cecair yang mahu disuntik yang penting suntik.


Ditambah dengan keadaan Fayad yang barangkali tidak pernah mendapat rawatan narkotik, boleh mengakibatkan dirinya lebih terjejas. Perlu diingat, orang yang menyuntik juga sudah bersedia memikirkan cara terbaik untuk menyuntik.


Kita tak tahu berapa mL Morphine sudah masuk melalui tangan Fayad, apa yang jelas beliau sudah terlantar di hospital. Logikkah Fayad berpura-pura sakit? Bodohkah doktor di hospital?


Mungkinkah Fayad sengaja meracuni dirinya sendiri? Lagilah tak masuk akal. Gambar kesan tusukan jarum di tangan Fayad juga menunjukkan bahawa beliau tidak dicucuk oleh jarum biasa, lubang di tangannya agak besar.



Kita tak tahu picagari, atau alat bagaimana yang telah digunakan untuk meracuni Fayad. Apa yang jelas tangan kirinya telah berlubang dan keadaannya kritikal.


Sejak dahulu lagi hujah United Malays No Otak, Anwar tumbuk muka sendiri, Anwar cederakan diri sendiri, Teoh Beng Hock bunuh diri, Sarbaini bunuh diri, Mat Sabu jatuh sendiri, and you name it!


Bila ada saja kecelakaan kepada pihak Pakatan Rakyat, belum apa-apa mereka dah simpulkan bahawa kecelakaan itu sengaja dibuat sendiri.


Kini Fayad pula dituduh racun diri sendiri. Kambeng punya orang!



Warta Jingga: Memang bodoh punya blogger umno, berita benar dikatakan palsu, begitulah sebaliknya. Inilah akibatnya jika  tidak mempercayai balasan akhirat. Sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik umno dan be end walaupun ianya satu tidak berakhlak dan bermoral.

Pengiring DSAI dulu kena pemedih mata, Kini disuntik racun pula?

PENGIRING keluarga Anwar Ibrahim, Fayad Al Bakri yang sebelum ini cedera parah akibat ditembak bom asap di saat melindungi Anwar Ibrahim pada perhimpunan BERSIH 2.0, sekali lagi menjadi mangsa.

Semasa mengiringi Wan Azizah dalam satu program ceramah di Cheruk Tok Kun, malam tadi, Fayyad dipercayai terkena jarum suntikan beracun, saat dikerumuni ribuan rakyat semasa masuk ke pentas ceramah.

Keadaan wajah beliau sedari awal sudah kelihatan pucat dan tidak bermaya akibat suntikan itu. Akhirnya, semasa perjalanan pulang jantung dan nadi Fayad didapati terhenti, memaksa mereka berpatah balik untuk ke hospital.

Mengikut saksi kejadian, beliau telah disuntik ketika mengiringi presiden parti dalam satu acara rapat rakyat sempena 901. Diberitakan suntikan tersebut sebenarnya ditujukan kepada presiden parti.

Suntikan tersebut menyebabkan nadi dan jantung mangsa dikatakan telah terhenti seketika. sehingga sekarang keadaan beliau masih belum dapat dipastikan.

Rakyat malaysia yang cintakan demokrasi khususnya diminta mendoakan keselamatan beliau dan berdoa supaya rejim angkuh Be End ini segera tumbang.

Warta Jingga: Nampak gayanya semakin lama semakin ganas serangannya! Didoakan semoga perancang utama ditangkap dan didedahkan kepada umum serta didakwa dan dijatuhi hukuman yang berat!

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...