PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 28 April 2012

Dataran DItutup: Najib perguna DBKL, Hishamuddin lepas tangan!!!



KUALA LUMPUR 27 April: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, muslihat penutupan Dataran Merdeka bertujuan mengalih kemarahan orang ramai terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah esok.

Friday 27 April 2012

Lokasi Awal BERSIH 3.0 Sebelum Ke Dataran Merdeka

LOKASI ALTERNATIF HIMPUNAN BERSIH 3.0 JIKA ANDA TIDAK BERJAYA MELEPASI HALANGAN KE DATARAN MERDEKA. DATARAN MERDEKA SUDAH DITUTUP DBKL BERMULA JAM 6 PAGI TADI 27/4/12. 


KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 memaklumkan enam lokasi awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka, 28 April ini.

PKR Desak "Ahli" Umno-SPR Letak Jawatan!!!


SHAH ALAM - PKR mahu kedua-dua Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar segera meletakkan jawatan ekoran pengakuan bahawa mereka adalah ahli Umno.

Thursday 26 April 2012

DBKL Tutup Sementara Dataran Merdeka Kerana Bersih 3.0?


Terkini - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Kantoii!! SPR Bukan Badan Berkecuali!


PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.

'Duduk Bantah ujian penentu transformasi politik Najib'


Perhimpunan aman BERSIH 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April di Dataran Merdeka yang menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil merupakan ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara dengan “sistem demokrasi terbaik di dunia”

Wednesday 25 April 2012

Datuk Bandar Kuala Lumpur Pun Mudah Lupa?



Tak sangka betullah.. ramai melayu umno hari ini mudah lupa! maka terbukti sudah kata-kata mantan Presiden UMno dahulu! Melayu mudah lupa!! Ops silap tu Tun! Yang mudah lupa dari dulu kini dan selama-lamanya adalah puak2 melayu umno sahaja!! Inilah hakikatnya









Kalau Bersih 3.0 HARAM,UMNO juga pertubuhan HARAM

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946?..ketika ini tiada permit dikeluarkan kerana di bawah pentadbiran BRITISH..;-)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). 



Yang paling menyedihkan apabila puak-puak umno ni buat forum mengatakan PAS = Parti Ajaran Sesat!! Tetapi pada hakikatnya puak inilah yang sudah sesat dari dulu kini dan selama-lamanya!


-Faiz Maya



Yang Terbaru!! Bila Datuk Bandar Kuala Lumpur berjanji akan membenarkan Himpunan Bersih diadakan di Stadium Merdeka! Tidakkah Datuk sudah lupa... janji-janji Perdana Menteri pada BERSIH 2.0 dulu! 



Tapi apa jadi akhirnya?  Apabila rakyat berarak dalam hujan yang menghadiri BERSIH 2.0 sampai di Stadium Merdeka, mereka telah disekat oleh kawat-kawat berduri dan trak-trak unit pencegah rusuhan umno (FRU) yang menanti mereka di pintu masuk Stadium Merdeka!! Dimanakah janji-janji Perdana Menteri Najib Razak yang sudah bersetuju membenarkan BERSIH 2.0 diadakan di Stadium Merdeka?



Jika janji seorang Perdana Menteri seperti Dato Seri Najib Tun Abdul Razak pun tidak tertunai, inikan pula janji seorang Datuk Bandar Kuala Lumpur? Adakah anda mahu tertipu sekali lagi? Hanya yang bodoh seperti ahli-ahli Untuk Melayu Non Otak(Akal) sahaja yang masih mempercayai janji-janji kerajaan Be End buat kali kedua!!

Polis menunggu dan menghalang Bersih 2.0 dari menghampiri Stadium Merdeka, Dimanakah janji Najib Razak?
__________________________________________________________________________________

Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH

ahmad fuad ismail dbklDatuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.




Hakim tuntut penjelasan dari Menteri Dalam Negeri!



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

Takut DiTarbiah Punca Menteri Tidak Berkunjung Ke Pejabat Tok Guru!!


SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.

Perompak dibebaskan! Pemilik Ditahan?


Berita terkini dari Zunar Kartunis Fan Club
Saya terima SMS dari seorang mahasiswa di Dataran: Baru 15 minit lepas, pegawai2 DBKL serbu kawasan Dataran Merdeka dan rampas duit tabung!



Inilah yang terjadi hari ini apabila empat orang termasuk dua pelajar ditahan di kawasan Dataran Merdeka hari ini kerana menghalang perompak harta rakyat iaitu anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas untuk merampas khemah-khemah yang dipasang di kawasan berkenaan.

Tuesday 24 April 2012

Bersih 3.0 - Rakyat Wajib Hadir!!!


KOTA BAHRU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan sama.
Malah, beliau menyifatkan, berkata, kehadiran ke Bersih 3.0 adalah wajib dan menyeru rakyat yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

FGVHB: Yahudi Bakal Memiliki FELDA?

KUALA LUMPUR- Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Dr Rosli Yaakub mendakwa sebuah syarikat milik Yahudi, Bunge Limited antara yang bakal menjadi 'rakan kongsi strategik' kepada Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.
Menurutnya, Bunge Limited bakal memiliki saham sebesar 20 peratus di dalam syarikat tersenarai FGVHB di mana usahasama antara FGVHB dan Bunge Limited telah dimetrai pada bulan Disember 2011.

Mohon Agong Jangan Perkenan Pembubaran Parlimen!!!



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

Dataran Merdeka Milik Rakyat Bukan DBKL!!!

Bersih 3.0 : Duduk Dan Bantah Diteruskan Walaupun  Dihalang Oleh DBKL!!!


Penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 berkeras untuk meneruskan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini walau dihalang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DBKL Pagar Dataran Merdeka & Halau Occupy Dataran!!




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Monday 23 April 2012

Scorpene: KEADILAN desak Najib beri keterangan di Perancis & Zahid buat U-Turn!!!


KUALA LUMPUR, 23 April: KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi keterangan di Mahkamah Perancis, berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Anwar Ibrahim : 2 Soalan ‘Maut’ Menanti Najib Razak


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berdepan dua soalan maut dari wartawan dalam dan luar negara apabila menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia nanti.



Anwar : 'Dasar PR tidak akan buat negara bankrap'


SERENDAH – Barisan Nasional (BN) dibidas kerana sering mengatakan negara akan bankrap sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan penurunan harga minyak termasuk pendidikan percuma dilakukan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana negara mempunyai hasil pendapatan yang tinggi dan jumlah yang disalurkan untuk tujuan tersebut hanya pada kadar rendah.

Rafizi: Jika berkuasa, PR akan lipat ganda pendapatan peneroka


SHAH ALAM, 22 April — Pakatan Rakyat (PR) akan melipat gandakan pendapatan bulanan peneroka Felda bagi meningkatkan nilai hartanah jika dipilih mengambil alih Putrajaya, kata pengarah strategik PKR Rafizi Ramli hari ini.

Sunday 22 April 2012

PTPTN: Pandangan Hadi, Anwar tak bercanggah!!!


SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah tidak bersetuju dengan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sekali gus bercanggah pendirian dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video: DBKL Mengganas di Dataran Merdeka!!!



Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.


Dianggarkan 40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.

Siswi UPSI maut setelah nekad terjun bangunan!!!




[TERKINI 1.35 PAGI] TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...