PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 13 April 2013

Dato Seri Najib Razak Takut Dengan Bendera Parti Lawan?

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap Dato Seri Najib Razak dan umNO  Bahagian Pekan di atas kehilangan Bendera PKR di Paloh Hinai Pekan!  Berikut adalah kenyataan media dibuat oleh Penyelaras Parlimen Pekan P.085 yang juga lawan Dato Seri Najib Razak yang merupakan calon Parlimen Parti Keadilan Rakyat Pekan iaitu Saudara Cikgu Fariz Musa. 


Friday 12 April 2013

Video Kantoi : umNO guna Topeng Getah untuk Memfitnah Pakatan Rakyat!!!





Inilah keburukan teknologi masa kini! Sesiapa sahaja boleh menyamar dan berlakon jika tahu merekanya!

Tak Percaya? Jom tengok video ini!

Serangan Peribadi Pemimpin Pembangkang Politik Murahan


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.

Malam Kebangkitan Anak Muda Tolak umNO/Be End!!


Jom kita konvoi ke Pekan ramai-ramai!! 
Malam Kebangkitan Anak Muda Tolak umNO
Insya Allah Dato'Seri Najib Tun Razak boleh ditewaskan di P.085 dengan kebangkitan Anak Muda Tolak umNO!!!! 

Tolong Sebarkan & Share Ramai-Ramai!!



Taktik guna dakwat kekal terbongkar?

Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.


Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.

Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.

Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Thursday 11 April 2013

Lagi Fitnah Blogger umNO Terbongkar!!!

Perletakan Jawatan PETRONAS


Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.


Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Terbukti Blogger umNO kaki Fitnah!!!

Seperti yang aku jangka, Calon P85 Pekan dari PKR Fariz Musa mula diserang bertubi tubi sejak diumumkan semalam. Hari ini blogger pro-UMNO-BN dengan berlagaknya menyerang Ketua Koordinator Jingga 13 ini dengan satu fitnah baru, gelaran baru.. GURU PALING MALAS DI MALAYSIA.. Best tuuuuuuuuuuuhh!!! Bukan senang dapat. Cikgu Razali (caitruper lembUMNO bergelar Suara Dari Bumi) mesti jeles.. Kah kah kaaaaaaaaaahh!!!




Antara blogger2 pro UMNO yang main isu ini yang mendakwa mempunyai BUKTI KUKUH


Wednesday 10 April 2013

Video : Najib Boleh Tewas di Pekan ~ Fariz Musa






Fariz Musa percaya Datuk Seri Najib Razak boleh ditewaskan melalui semangat kebangkitan rakyat dan pergolakan dalaman Umno BN di Parlimen Pekan.
Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kita lihat kebangkitan rayat ada untuk memastikan BN tumbang."  
“Senario semasa menyaksikan gerakan Umno di Pekan agak perlahan, kita nampak dan ia beri isyarat baik kepada Pakatan,” 
Pada PRU 1999, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat  kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.

Video : Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih ~ Anwar



Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.

“Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.

“Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata,” katanya.

Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.

Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.

Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang  menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.

“Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah,” katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan



Video : Kenapa anda perlu tolak Najib Razak (BN) (Malay & English Version)




Versi Bahasa Melayu




English Version


Apakah anda masih mahu mengundi Najib Razak & Barisan Nasional
Jom Tolak Be End!! Undilah Pakatan Rakyat!!




Sah!!! Fariz Musa vs Najib Razak di P85 Parlimen Pekan!!!






Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan. 

Beliau yang juga Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumumkan sendiri oleh Ketua Umum Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim pada satu program di Megaview Hotel, Kuantan, malam ini.

Monday 8 April 2013

Manifesto BN kontang idea baru ~ Anwar Ibrahim


MEWAKILI PKR, saya mengalu-alukan pelancaran manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam (kelmarin) sebelum berlangsungnya penamaan calon.



Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013, sekali gus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema manifesto Barisan Nasional (“Membawa Harapan”) pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...