PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 11 February 2012

3 Menteri "kantoi" Tengok Video Lucah

New Delhi : Tiga orang ahli politik dari Parti Konservatif India telah mengundurkan diri kerana ''kantoi'' menonton Video Lucah melalui telefon bimbit di dalam sebuah sidang Parlimen negara bahagian.


Beberapa rancangan Televisyen di India telah menayangkan berita tersebut kepada umum dan menyebabkan tiga orang Menteri tersebut mengundur diri. Menteri yang terlibat ialah Menteri Koperasi Negeri Kartanaka, Laxman Savadi telah menunjukkan video lucah itu kepada rakannya CC Patil, Menteri Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak. Kejadian berlaku ketika Sidang Parlimen Negeri Kartanaka berlangsung.


Perakam Insiden gaduh di KFC tampil beri penjelasan yang sebenar

Individu yang berjaya membuat rakaman insiden "pergaduhan" di KFC I-City baru-baru ini,hari ini telah  tampil kehadapan menjelaskan perkara sebenar..

Beliau menjelaskan insiden tersebut tiada kata-kata perkauman yang digunakan didalam insiden tersebut...

Hassan tunjuk kelemahan diri

Datuk Dr Hasan Mohamed Ali 

SHAH ALAM - Sembilan alasan dikemukakan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk tidak membuat rayuan pemecatan daripada Pas, menunjukkan kelemahannya kepada umum.


Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, alasan Hasan mendakwa pemecatannya berdasarkan peranan parasit, menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia itu tidak menghormati keputusan Muktamar dan ahli Pas.

[NFC] Pengakuan Ahmad Maslan 'kantoi' kan Shahrizat

Shahrizat tidak boleh letak JAWATAN ! Beliau tidak bersalah !  Itulah kata-kata bodek yang sering kali dilaungkan dengan megah oleh beberapa manusia tertinggi UMNO hanya untuk membela pemimpin yang berstatus ''perompak'' duit rakyat. 

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kalah dengan calon PKR, Nurul Izzah Anwar semasa PRU12 di Parlimen Lembah Pantai tidak ada sebab untuk letak jawatan berikutan skandal Pusat Fidlot Corporation (NFC). - Kata Datuk Ahmad Maslan.

Friday 10 February 2012

Isu Wang Zakat Jamil Khir : Lagi RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan MAIWP

Sebelum ni RM700,000 dah lesap. Kini RM800,000 akan lesap lagi. Yang dah lesap tak tau banyak mana dah.
Pendedahan penyalahgunaan wang zakat yang dikait dengan Datuk Seri Jamil Khir Baharom menimbulkan tanda tanya berikutan perbelanjaan Yayasan Taqwa sebanyak RM800,000 tidak dilapor dalam Laporan Tahunan 2010 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Pasukan Khas Zakat Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kamaruzaman Mohamad berkata, perbelanjaan pengurusan yayasan itu juga tidak munasabah kerana mencecah RM2 juta.

Video Sebelum Pergaduhan Pekerja KFC dan Pelanggan



Najib ''gadai akidah'' ditegur Mufti Perak


Ini merupakan kali ketiga Najib (tengah) menghadiri upacara perayaan Thaipusam di Batu Caves sejak 2010. — Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Ceramah Pakatan Rakyat dirumah Ketua Cawangan UMNO [bergambar]

Salam sejahtera, salam reformasi !

Apabila mengimbau kembali sejarah Bersih, gua sudah post perangai pelik UMNO yang suka memaki hamun secara umum di media milik mereka [Maki hamun umno].
Kejadian tersebut berlaku di Perak.

Temoh : Sekali lagi, UMNO perak menerima lagi tamparan besar dari pemimpin mereka, iaitu Ketua Cawangan mereka sendiri, yang telah membenarkan ceramah Pakatan Rakyat dibuat di rumah beliau.

Thursday 9 February 2012

[MACAM-MACAM] lelaki di didenda $2000 kerana patahkan hidung Isteri

SEORANG pelayan bar dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda $2,000 sebagai pampasan untuk isterinya kerana mematahkan hidung isterinya.

gambar hiasan


Mahkamah semalam diberitahu bahawa Remie Mohamed Sanie, 31 tahun, menyerang isterinya setelah melihat gambar-gambar pasangannya itu bersama seorang lelaki di dalam kamera digital.

Lelaki diserang Pekerja KFC jawab fitnahan terhadap beliau

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu lagi pergaduhan yang berlaku di KFC, melibatkan seorang pekerja Melayu dan seorang pelanngan Cina. Video [disini].




Pelanggan tersebut ialah Danny Ng (26 tahun) hari ini tampil menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata kesat dan kata-kata yang bersifat perkauman kepada pekerja KFC tersebut sehingga menyebabkan pergaduhan.

[GAMBAR] [Hubungan Malaysia dan Israel | REALITI ATAU FANTASI


REALITI ATAU FANTASI ?

Media UMNO melaporkan hubungan Anwar Ibrahim dan Israel ? Realiti atau Fantasi ?
Dimanakah REALITINYA?
UMNO DAN ISRAEL ? Realiti atau Fantasi ?
Dimanakah REALITINYA ?

Selalukah kita mendengar tentang kebijakan pihak umno menghentam DS Anwar Ibrahim kononnya DSAI menjalinkan hubungan dengan Israel ? Kebijakan mereka untuk menutup kesalahan mereka sendiri DENGAN memfitnah? Akhirnya kebenaran yang terbongkar... REALITI ATAU FANTASI ?

Kita beri FAKTA, mereka beri AUTA ..

Muhyiddin berkata pada 28hb januari yang lepas "Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan dengan Israel"

Malaysia sebelum ini secara hipokrit telah menipu rakyat Malaysia kononya negara ini tidak langsung mempunyai hubungan dengan Israel. Beberapa borang kastam yang menjadi dokumen rasmi penghantaran/penerimaan barang dagangan Israel-Malaysia menjadi BUKTI. Akhirnya YB Mukhriz Timbalan Menteri kementerian Perdagangan Antarabangsa (MiTi) terpaksa mengakui bahawa hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan 'terkawal' melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini. Ini kononya terpaksa diberi kebenaran atas menjaga kepentingan pelabur yang datang ke Malaysia.

Syarikat perkapalan kargo ZIM milik ISRAEL membuka laluan perdagangan dengan seluruh dunia dan hampir setiap pelusuk benua di dunia ini ada cawangannya... Dan yang menjadi persoalannya.. Adakah ini SURATAN ATAU KEBETULAN?
- realiti atau fantasi ?

Ini adalah contoh laporan yang dikeluarkan oleh kesatuan Eropah yang menunjukkan Malaysia merupakan negara ke 15 yang aktif membantu ekonomi Israel sepanjang tahun 2010 yang lalu. 
REALITI ATAU FANTASI ?

**click gambar untuk besarkan








Di MITI, terlalu banyak buku dan risalah hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Adakah kerajaan BN masih nak menafikan wujudnya hubungan dagang? jangan lupa, kehadiran Zahid Hamidi di pentas persidangan di Israel satu ketika dulu.. masih belum dijawab!
REALITI ATAU FANTASI ?

















REALITI ATAU FANTASI ????



1 ISRAEL


1 MALAYSIA



Jingga 13 Mencabar Shahrizat Isytihar Harta & Perjelas Cara Bayaran Bank!!


SHAH ALAM 9 Feb: Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar membuat perisytiharan harta ekoran pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura oleh keluarga beliau, tegas NGO anti rasuah, Jingga 13.
Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh. Baca disini & disini

Sukan - Capello Letak Jawatan Pengurus England


LONDON: Fabio Capello,65, meletakkan jawatan sebagai pengurus skuad bola sepak England berkuat kuasa serta-merta hari ini.



Ia ada kaitan dengan keputusan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris yang menggugurkan John Terry sebagai kapten England yang enggan diterima oleh Capello.
Pengurus berbangsa Itali itu memutuskan meletak jawatan selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi FA Inggeris, David Bernstein dan Setiausaha Agung, Alex Horne di Wembley.
Bekas jurulatih AC Milan, Real Madrid, AS Roma dan Juventus itu dilantik sebagai pengurus England pada Disembar 2007.

Beliau berjaya membimbing England untuk layak ke pusingan final Piala Dunia 2010 dan kelayakan Euro 2012.


Sabah & Sarawak Akan Keluar Dari Malaysia?

S'pura tak akan kembali tetapi jika Umno tetap membuli, Sabah dan S'wak mungkin keluar



Hassan Ali, pemimpin PAS yang dibuang telah membuat teori bahawa DAP akan mendesak agar Singapura kembali kepada Malaysia. Ini jelas satu taktik untuk menakut-nakutkan tetapi agak tidak masuk akal.
Ini mengingatkan kita kepada Lee Kuan Yew yang memberi amaran kepada rakyatnya suatu masa dahulu bahawa Singapura mungkin terpaksa kembali kepada Malaysia sekiranya mereka gagal membina negara itu.
Banyak sebab mengapa Singapura tidak akan dan tidak dapat untuk kembali kepada Malaysia. Beberapa faktor sahaja sudah cukup untuk menjelaskan nya di sini.
Pada penhujung 2010, Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) bagi Singapura adalah US$ 210 billion. Ini adalah US$ 5 billion lebih daripada Malaysia walaupun pulau kecil itu tiada sumber asli, air dan tanah yang agak terhad dan dikelilingi oleh populasi yang bermusuhan dengan mereka dan juga fanatik.

Israel Funding Corp. Pengedar Minyak Sawit Malaysia Ke Seluruh dunia?



Jika Chegu Bard kata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel, ini pula pendedahan tentang Israel Funding Corp yang menjadi pengedar minyak kelapa sawit mentah ke seluruh dunia..


Dalam kenyataan medianya yang mendedahkan perkara tersebut Chegu Bard juga mahukan pihak UMNO/BN menjelaskan hubungan dagang tersebut – sila baca di SINI




Dari apa yang tercacat di laman web ‘Israel Funding Corp.’ ini, sebagai pihak yang diberikan mandat. Israel Funding Corp. telah dilantik sebagai wakil sah untuk kebanyakkan penjual dan juga pembeli kepada Minyak Kelapa Sawit Mentah berkuatkuasa dari 1 Januari 2005 hingga ke 1 Januari 2030.

Israel Funding Corp juga mengesahkan pihak mereka telah diberikan hak untuk menamakan wakil mereka untuk membeli dan menjual komoditi Minyak Kelapa Sawit Mentah keseluruh dunia tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terdapat dilaman ‘Israel Funding Corp’.

Wednesday 8 February 2012

Isu Kondo NFC di Marina Bay Suites: Jingga 13 Desak SPRM!


Jingga 13 meneruskan langkah untuk membongkar dan mendesak pendakwaan terhadap pesalah laku dalam skandal penyelewengan NFC. Terbaru, seperti yang didedahkan oleh Sdr Rafizi Ramli Pengarah Strategik bahawa terdapat satu lagi keraguan pemilikkan aset oleh anak beranak Datuk Seri Shahrizat Jalil iaitu Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


padi Jantan : MB Kedah letak jawatan??

Siapa tidak kenal kepetahan blogger umno yang suka fitnah [ rujuk disini - papagomo bakal disaman 10Juta ].

Hari ini, 8 Feb ada lagi seorang blogger PADI JANTAN yang memang jantan, cuba untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan satu mesej pada 7 Feb 2012 kononnya Mb Kedah akan letak jawatan pada jam 11 Pagi pada hari ini ( 8 Feb 2012 ). Namun sekarang sudahpun pukul berapa tidak pun Mb Kedah letak jawatan. 

Padi jantan juga merasa yakin dengan perasaanya yang tinggi mengatakan Mb Kedah sedang tenat dalam Politik di Kedah. Fuyyo, memang hebat lah Padi Jantan ini. Tuduhannya meleset sama sekali, tambahan pula tiada bukti kukuh yang meyokong statement padi jantan tersebut. 


click to enlarge

[Video Kantoi!] "My Boss Ada Dua Unit Kat Atas"- NFC


Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bahawa keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membeli dua lagi kondominium bernilai RM34.6 juta di Marina Bay Suites, yang terletak di kawasan mewah Pusat Kewangan Marina Bay, Central Boulevard, Singapura.

Panas: PAPA GOMO BAKAL DISAMAN RM10 JUTA?

Wan Mohamad Azri Wan Deris@Papa Gomo


KOTA BHARU, 8 Feb: Seorang peguam terkenal yang juga ahli politik, Datuk Sukri Mohamed memfailkan saman terhadap blogger pro-Umno, Papagomo di Mahkamah Tinggi di sini.

Guna Wang Caruman Pekerja (KWSP) Tapi Umno/BN Dapat Nama?


Tanggungjawab menyediakan prasarana untuk rakyat adalah tanggungjawab sesebuah kerajaan yang telah dipilih atau menguasai majoriti pilihan rakyat didalam sebua negara.


Dalam isu pinjaman RM1.5Billion dari KWSP untuk membantu 20,000 rakyat yang tidak mampu memiliki rumah ianya dana dari simpanan untuk hari tua pekerja yang merupakan rakyat Malaysia telah digunakan.

Mengapa wang rakyat digunakan untuk membantu rakyat? kemana menghilang reserve tunai negara?

PANAS: Lembu NFC ditemui di Marina Bay Suites, Singapura?

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010. Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.



Butir-butirnya adalah seperti berikut:

 Alamat#08-01 Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
 HakmilikDato’ Seri Mohamad Salleh Ismail Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
 HargaS$7,114,000 bersamaan RM17,205,209
 Tarikh dibeli27 Mei 2010
 PembiayaUnited Overseas Bank Limited (UOB)
 Alamat#11-01 Marina Bay Suites
3 Central Boulevard
Singapore 018965
 HakmilikDato’ Seri Mohamad Salleh Ismail Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh
(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)
 HargaS$7,177,000 bersamaan RM17,357,575
 Tarikh dibeli27 Mei 2010
 PembiayaMalayan Banking Berhad (Maybank)

Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut. Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit. Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:

HARTA
JUMLAH (RM)
2 unit kondominium One Menerong 
13,800,000
Mercedes Benz CLS 350 CGI 
534,622
2 plot tanah PT1886 & PT1887
Presint 10, Putrajaya 
3,363,507
1 unit kondominium Orchard Scotts 
9,900,000
2 unit kondominium Marina Bay Suites
34,562,784
JUMLAH
62,160,913

Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:

 1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

 2) Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

 3) Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini. Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 FEBRUARI 2012 

[Video] Pekerja KFC Belasah Pelanggan!!

Video pekerja kfc di i-city memukul pelanggan selepas pelanggan tersebut meminta pihak berkenaan meminta maaf akibat kehabisan ayam goreng selepas pelanggan tersebut menunggu selepas 1 jam.
  
Berikut maklumat dari laman youtube berkaitan video tersebut:
KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..”
Lihat pula beberapa komen dari mereka yang berada ditempat kejadian..


Aku berpendapat bukan pekerja KFC tu yang mula bertindak kurang ajar..disebabkan menunggu selama lebih dari sejam ..kemudian ayam KFC  telah kehabisan.. pelanggan (lelaki cina) tak puas hati dan mula maki-maki dan buat kecoh minta manager store mintak maaf. Tapi manager tak layan karenah lelaki tu..

Dekat sejam dia dok maki-maki, sape tahan..kalau aku jangankan sejam,,5 minit je dah melayang kerusi atas lelaki cina ni. pekerja lain rasa tercabar..tu yang kena flying kick tu..lelaki cina sepatutnya sabar dan blah dari situ..benda buka disengajakan, ni dok maki-maki untuk apa?..bederau darah aku tengok video ni.bukan nak cakap tindakan pekerja KFC tu betul, tapi bila orang dah pijak maruah kita..nak buat apa?


Apakah dana NFC juga diseleweng Wanita Umno? – Fariz Musa


KUALA LUMPUR 6 Jan: Jingga 13 mempersoalkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dilihat cuba mengheret pergerakan wanita itu dalam skandal penyelewengan RM250 juta dana National Feedlot Corporation (NFCorp).
Ketuanya, Fariz Musa mengulas kenyataan terbaru Shahrizat kononnya serangan ke atasnya bertujuan menjatuhkan dirinya dan wanita Umno.
“Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil seolah-olah mengheret Wanita Umno bersama dalam polemik yang melibatkan ahli keluarga beliau dengan Skandal NFC tersebut .
“Persoalan yang timbul adakah dana NFC tersebut juga diseleweng untuk kegunaan Wanita Umno apabila beliau cuba mengheret Wanita Umno 
sama?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fariz, sekiranya dana NFC juga diseleweng oleh wanita Umno, ia bermakna berlaku pecah amanah untuk menjaga kepentingan parti itu.
“Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjelaskan perkara tersebut dengan penuh telus, jujur dan benar , lebih-lebih lagi beliau dalam masa dua bulan setengah sudah tiga kali ke Mekah (untuk menunaikan umrah),” jelas beliau dalam satu kenyataan.
Justeru Jingga 13 juga katanya mendesak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengambil tindakan dengan telus dan profesional.
“Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil juga wajar diambil kira seolah-olah bertindak mempertahankan penyelewengan dan pecah amanah jenayah oleh ahli keluarga beliau.
“Ia termasuk tindakan merasuah pihak polis oleh Pengerusi Eksekutif NFC yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohahamad Salleh Ismail melalui orang tengah, Datuk Samsulbahrain yang masih belum ada sebarang tindakan yang sewajarnya,” tegas Fariz.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...