PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday 18 April 2013

BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin!~MIC



Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.


Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.


Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi

~ The Malaysian Insider


Wednesday 17 April 2013

Operasi #Tekan Pekan Bermula!!!



AMK sokong penuh calon KEADILAN Selangor, sedia tempur lawan BN!!



Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyatakan sokongan terbuka kepada semua calon Parti Keadilan Rakyat untuk Dun dan Parlimen Negeri Selangor seperti yang diumumkan secara langsung oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dihadapan lebih 10,000 rakyat yang hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu.

Tuesday 16 April 2013

Bersantai Bersama Husam Musa

Program Bersantai Husam Musa 
Bersama Penggiat Media Sosial Putrajaya
Tempat : Medan Selera Percint 8
Tarikh : 15hb April 2013
Jam : 9:30 Malam








Monday 15 April 2013

Video: Onn Abu Bakar – Fokus Calon Parlimen PRU 13






Sinopsis:
Onn Abu Bakar – calon PKR Semberong, Johor

Anak Kecil Main Api!!!



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik Kroni


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat ketamakkan sesamalah umNO
Melayu lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan kroni
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mulut
Maruah umNO dah hilang

Kini umNO cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan kroni
Bersatulah hati bersama mencuri
Merompak harta rakyat negeri

Kita sudah tiada masa
Merompaklah sementara penuh kuasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
umNO kan perompak di nusantara
umNO kan perompak di nusantara

umNO kan perompak di nusantara
 


7 Mei ~ Harga Minyak Turun di Seluruh Negara!!

K pilah

7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor pada PRU13



Di depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Sunday 14 April 2013

Kampung Poh di Perak tidak dapat bekalan air bersih walaupun 55 Tahun MERDEKA!!

Dari blog Lianglahad

Sebelum ini aku ada menyiarkan satu artikel berkaitan keadaan air di sebuah kampung di negeri Perak yang tidak pernah dapat bekalan air bersih dari Lembaga Air Perak sejak merdeka dan sehingga kini masih lagi menggunakan air bukit yang berkeladak dan tidak dijamin kebersihannya..


Kampung berkenaan adalah, kampung Poh di Bidor, Perak.








Sebuah kampung dalam negeri Perak, sebuah negeri yang sejak merdeka duduk di bawah pentadbiran BN kecuali 11 bulan selepas PRU ke 12 pada 2008 dulu apabila pakatan Rakyat berjaya memerintah Perak selama 11 bulan sebelum rampasan kuasa dilakukan oleh BN..



Dan artikel sebelum ini melaporkan bagaimana keadaan air yang masuk ke rumah-rumah penduduk dalam keadaan keruh dan bekalan air tidak bersih yang selalu terganggu setiap kali hujan..



Blog Anak Sungai Derhaka juga ada menyiarkan kisah tersebut [BACA SINI



Kebetulan baru-baru ini, individu yang menyampaikan maklumat berkenaan air di kampung Poh dulu tu telah terlibat dalam satu gotong royong bagi membersihkan takungan air bukit yang menjadi sumber air minum penduduk kampung tersebut..

Anwar: Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan Rakyat!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat Bakal Berpecah Sebelum PRU13?


Berita Baik untuk umnO dan Barisan Nasional! Pakatan Rakyat diramalkan akan berpecah sebelum PRU13? Apa dah jadi?

Dimanakah persefahaman antara pimpinan & ahli-ahli Pakatan Rakyat? Sudah pasti ada yang tidak puas hati jika calon atau parti itu mengumumkan lebih awal tempat bertanding! Tetapi ianya sudah pasti akan dapat diselesaikan lebih awal! 

Berbanding dengan Umno Barisan Nasional yang sehingga kini tak berani nak keluarkan senarai calon parlimen mahupun dun! Apakah ini strategi mereka untuk tidak mahu berpecah? Dan akan terima apa sahaja calon Be End yang akan dinamakan kelak? 

Kenapa ahli-ahli Pakatan Rakyat sibuk bergaduh mengenai calon dan parti mana yang akan bertanding sedangkan dulu sudah bersepakat akan menewaskan umNO Be End pada PRU13 kelak! Bagaimanakah kita hendak menang dan tawan Putrajaya jika asik bergaduh berebut kawasan? 

Selangor Dah Dapat! Johor Bila Lagi? Undilah Pakatan Rakyat Demi Masa Depan Malaysia!!


Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...