PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 28 January 2012

Video Panas: Anwar Ibrahim Menyanyi?


Jom lihat video DSAI menyanyi sambil berceramah!

Kantoi!! Anwar Tidak Berada Di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011!!!

Video seks terbaru keluaran Dato T



Penipuan Dato T, Anwar Berada Di Indonesia Bukan Bangkok
PAGI tadi penulis menulis mengenai dakwaan terbaru oleh Dato T ini kononnya ada kewujudan video seks terbaru yang mengaitkan dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.
Baru sahaja sebentar tadi, penulis mendapat maklumat dari sumber yang menyatakan Anwar tidak berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011 seperti yang didakwa oleh Trio Dato T.
Sebaliknya, Anwar pada tarikh yang didakwa berada di Indonesia.
Kenyataan ini seterusnya menafikan kewujudan video yang dikatakam mirip Anwar itu. Dan jika Anwar tidak berada di Thailand seperti yang didakwa, imej siapa pula yang berada dalam rakaman tersebut?
Mungkinkah, trio Datuk T akan mengubah versi cerita mereka dengan mengatakan video tersebut dirakam di Indonesia pula?
Jika itu berlaku, maka sejarah memalukan yang pernah berlaku dalam kes perbicaraan liwat 1 akan berulang semula kali ini. Dalam kes tersebut, Anwar dikatakan meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada 1993 bilamana bangunan itu tidak wujud pun pada waktu dan tarikh yang didakwa!!!
Nampaknya, cubaan kali kedua trio tajaan UMNO ini untuk memalukan Anwar buat kesekian kalinya, tidak menjadi kenyataan waima sebelum video tersebut tersebar pun.
Tapi dalam masa yang sama, penulis harap Datuk Seri Anwar dapat meneruskan semula tindakan saman ke atas orang orang ini agar cubaan seumpamanya dapat dihapuskan terus dimasa hadapan.


sumber: suarapakatanrakyat

KEADILAN: Rakyat tidak akan percaya video fitnah terbaru

KUALA LUMPUR 27 Jan: KEADILAN menegaskan rakyat tetap tidak akan percaya terhadap video fitnah terbaru yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.
Beliau mengulas dakwaan salah seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shuib Lazim yang mendakwa terdapat satu lagi video yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.
Menurut Muhammad Nur, video fitnah tersebut tidak berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar, malah terdapat kajian menunjukkan majoriti rakyat di negara ini tidak mempercayainya.
"Masyarakat tidak percaya dengan video ini. Janganlah buat kerja tidak berfaedah di sisi Islam. Islam mahukan umatnya mengamalkan kehidupan aman dan bukannya kerja jahat sebegini," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru agar ketiga individu berkenaan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
"Saya nasihatkan Datuk T hentikanlah amalan keji. Mengaibkan orang lain adalah sesuatu perbuatan yang keji dan berdosa besar. Sepatutnya mereka insaf dan bertaubat," ujarnya.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Shuib, yang juga bekas bendahari PERKASA, mendakwa video terbaru itu dirakam pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.
Shuib turut mencabar Anwar membuktikan dakwaan mereka  salah atau berdepan dengan pendedahan video berkenaan.
Pada 24 Jun lalu, Shuib dan dua lagi Trio Datuk T, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl  Eskay Abdullah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Mereka didakwa selepas menayangkan sebuah video seks fitnah terhadap Anwar di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan pada Mac tahun yang sama.
Bagaimanapun Anwar dan pimpinan KEADILAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan sebagai satu lagi usaha untuk menjatuhkan dan mengaibkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada Oktober tahun lalu, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti responden tidak percaya dengan video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Jan 27 2012 / Keadilan Daily

Warta Jingga : Kalau bukan DSAI dalam video tersebut... siapa agaknya yer? Polis tak nak siasat & tangkap ke orang yang buat dan sebarkan fitnah ni? Ini bukan kali pertama!

Surat Palsu Disebarkan Kerana Himpunan Sejuta Ummat?



Mungkin kerana menyedari Program anjuran mereka iaitu Himpunan Sejuta Ummat Selamatkan Akidah di Pulau Pinang bakal menurut jejak program yang telah dianjurkan mereka di Shah Alam beberapa ketika lalu iaitu tidak mendapat sambutan.

Suasana Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam. 

Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, YB Hj Abdul Malik Kassim melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang tidak bertanggungjawab itu, dan menurutnya “kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut”.

Samada mereka terdesak untuk menghimpunkan seramai mungkin bagi menjayakan program Himpunan Sejuta Umat atau sengaja mahu menimbulkan rasa curiga pihak lain terhadap Exco Agama Islam Pulau Pinang dari PKR hanya mereka yang tahu.

Kalau dah terdesak sekalipun takkanlah sampai terpaksa menipu pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid kot..

Untuk melihat surat palsu yang telah diedarkan oleh mereka ini.. sila klik pada image..


KENYATAAN MEDIA

26 Januari 2012


JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini.

YB ABDUL MALIK KASIM,
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG

Friday 27 January 2012

HOT!! Benarkah Rasulullah pernah disihir | Jawapan dari TG Dato Dr Haron Din


Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?
Soalan
  1. Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?
  2. Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?
  3. Bolehkah saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?

Jawapan 1
Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67).
Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.
Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.
Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.
Merujuk kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut? Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.
Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.
Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.
Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A’ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.
Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.
Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).
Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan ‘kamu telah kena sihir?’ Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, ‘kamu telah kena buatan orang.’
Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘kamu telah disihir fulan bin si fulan.’
Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.
Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.
Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.
Jawapan 2
Pekerjaan dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah S.W.T.
Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.
Manusia akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu. Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain.
Hal sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus, dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada diri atau kawan-kawan.
Perkara ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyampaikan sesuatu maksud mereka.
Bila sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah kerosakan aqidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya),”Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.” (Riwayat Imam Muslim).
Hadis lain menyebut (mafhumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad.”
Dengan amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, ‘penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya’, kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat dengan terperinci.
Hal ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.
Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
(Surah ali-Imran, 91).
Jelas bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini, syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak.
Ilmu sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Oleh kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga aqidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah S.W.T.
Islam melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.
Jawapan 3
Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.
Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”
Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya.
Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”


sumber: HarakahDaily

Salam Takziah Buat Keluarga Razali Alias

Allahyarham Razali Alias ditemani anaknya, Raihan ketika dirawat di Hospital Selayang.
Pada 2008 Allahyarham Razali Alias dikesan menghidap hepatitis B , namun setelah mendapatkan rawatan, allahyarham kembali sihat namun sejak Oktober lalu penyakit itu kembali menyerang beliau.

Anaknya Mohd Raqib, 26, berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.25 petang setelah seminggu lebih dimasukkan ke hospital.."Doktor mengesahkan hati ayah tidak berfungsi dengan baik dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru," katanya lagi

Sepanjang kariernya bersama Selangor, Razali pernah membantu pasukannya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986. beliau disifatkan sebagai pemain tengah yang sangat hebat.

Jenazah allahyarham akan dibawa ke rumahnya di 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Seksyen 9, Puncak Alam dan dikebumikan pagi esok di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam, Shah Alam.


Al-Fatihah buat Allahyarham Razali Alias

sumber: tukanglawan

Tahniah Buat Zunar - DSAI

Salah satu karya terbaru Zunar

Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan “To Fight Through Cartoon” (Berjuang Melalui Kartun). Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London. Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan. Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya.
Saya difahamkan tema “Berjuang Melalui Kartun”dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia. Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku-buku kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam. Selain tu, pejabat Sdr Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-bukunya turut dirampas. Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen. Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku beliau. Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah. Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus.

Mahathir menentang rancangan Najib

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata adalah lebih baik bagi Malaysia memperlahankan sedikit pembangunannya daripada menghadapi risiko 'rusuhan' kaum akibat membatalkan dasar-dasar berasaskan kaum di negara itu.

'Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak. Namun adalah lebih baik pembangunan terlewat sedikit daripada kehancuran akibat rusuhan,' kata Dr Mahathir dalam tulisan terbarunya yang disiarkan dalam laman blog beliau, www.chedet.cc, kelmarin.

Semasa mempertahankan hujah tentang keperluan Malaysia meneruskan dasar-dasar berteraskan kaumnya, seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan sebagainya dan hubung kaitnya dengan perniagaan, Dr Mahathir berkata langkah 'mengetepikan masalah bangsa' dalam sebuah negara berbilang kaum tidak semestinya 'menjamin kepesatan pembangunan'.

Thursday 26 January 2012

Warga Emas Kantoi Rogol Cucu

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap empat pertuduhan mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berumur sembilan tahun.


gambar HIASAN


Warga emas berusia 74 tahun itu dituduh mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan itu di empat tempat berasingan termasuk di dua buah hotel dan dalam sebuah kereta di ibunegara antara pukul 1 tengah hari hingga 6 petang, antara April 2010 dan Oktober 2011.
    
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
    
Semasa pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, ibu kanak-kanak perempuan itu yang merupakan pengadu dalam kes itu, dilihat menangis dan ditenangkan oleh anggota keluarganya.
    
Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan warga emas itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.
    
Tertuduh diwakili peguam Muhammad Fauzi manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne.

Bernama

[HOLLYWOOD] Bintang pertimbangkan untuk memeluk Islam dan mendekati Islam

Bintang filem Hollywood, Liam Neeson berkata dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kepercayaan Roman Katolik yang dianutinya untuk memeluk agama Islam. Pelakon itu yang kini berusia 59 tahun mengakui yang Azan “telah meresap ke dalam jiwanya” semasa menjalani penggambaran sebuah filem di Istanbul, lapor Herald Sun.
Ada 5 kali panggilan untuk bersembahyang setiap hari, dan untuk minggu yang pertama, ia membuat saya terganggu. Kemudian ia meresap ke dalam jiwa dan pada masa itu, ia adalah sesuatu yang sangat, sangat indah.
Ada 4000 masjid di bandar ini. Ada yang binaannya begitu mengagumkan, dan ia benar-benar membuat saya berfikir untuk menjadi seorang muslim.
Neeson telah dibesarkan di kawasan utara Ireland dan merupakan seorang penganut Roman Katolik dan dia dinamakan bersempena nama seorang paderi tempatan.
Tetapi bintang itu, yang isterinya, Natasha Richardson telah meninggal dunia pada usia 45 tahun pada 2008 dalam satu kemalangan luncur salji, telah memberitahu tentang keraguan pada kepercayaannya.
Saya dibesarkan sebagai seorang Katolik, tetapi saya fikir setiap hari kita bertanya tanpa sedar, apakah yang kita lakukan di planet ini? Semua ini tentang apa? Saya berterusan membaca buku-buku tentang tuhan, ketidakwujudan tuhan dan ateisme.
Filem terbarunya The Grey, ialah mengenai satu pasukan pencarigali minyak yang terperangkap di kawasan sejuk beku Alaska, dijadualkan untuk tayangan 16 Februari.

Penyelewengan Utama Melibatkan NFCorp

KUALA LUMPUR 26 Jan: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, siasatan audit yang dijalankan Jabatan Audit Negara hanya tertumpu kepada pusat Fidlot Nasional dan bukan syarikat dikuasai penuh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Menurut Saifuddin, penyelewengan utama dilakukan National Feedlot Corporation (NFCorp), National Livestock and Meat Corporation (NLMC) dan RealFood Company, yang disifatkan beliau sebagai 'lubuk penyelewengan'.
"Hakikat bahawa ketua audit menjalankan audit ke atas NFC dan bukan NFCorp tidak mengubah fakta bahawa ada penyelewengan dana awam RM250 juta,
"Saya refresh fakta kes kerana ada percubaan untuk putarbelitkan isu dengan mengheret ketua audit negara. Kita percaya integriti jabatan ketua audit," katanya dalam laman twitternya semalam.
Ahli parlimen Machang itu berkata, rekod suruhanjaya pendaftar syarikat menunjukkan hutang ditanggung NFCorp sehingga akhir tahun 2009 berjumlah RM256,082,518.
"Ini bermakna pinjaman kerajaan (berjumlah RM250 juta) disalur kepada NFCorp," katanya lagi.
Beliau mendakwa, NFCorp kemudiannya telah menyalurkan wang berjumlah RM81,222,448.93 kepada NLMC.
Sebahagian daripada wang itu katanya digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah One Menerung di Bangsar.
Menurut Saifuddin, NFC yang dikendalikan suami Shahrizat, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, juga telah menyalurkan wang kepada Real Food Company  yang juga dimiliki keluarga itu.
Tambahnya, NFCorp  masih perlu menjelaskan banyak perkara seperti pembelian kondominium di Singapura, lot tanah di Putrajaya serta perbelanjaan sebanyak RM823,000 untuk lawatan ke luar negara.

[VIDEO] JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT "First Lady Of Shopping"


JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT DAN ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL CAAP KERANA FITNAH

JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri Malaysia perolehi  sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Bukan sahaja berbelanja mewah,  dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.

JINGGA 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?

Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'?  Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah?

JINGGA 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan.

SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang dilihat melampau dan keterlaluan.

JINGGA 13 MENCABAR Rosmah Mansor untuk menyaman akhbar  Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney dan  pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.

Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13






Permainan 'Aku Jimat' Diharamkan Selepas 9 Hari DiPerkenalkan?



Aku Jimat, permainan elektronik kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia, nampaknya sudah tidak ada lagi selepas sembilan hari diperkenalkan.

NONE
Permainan tersebut yang dipercayai diilhamkan dari watak Datuk Seri Rosmah Mansor - isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak -  nampaknya telah dibuang daripada iTunes App Store Apple.


Malaysiakini telah mendapat maklumat mengenainya semalam.

Pada hari Sabtu,Aku Jimatmuncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar di Malaysia selepas beberapa portal berita melaporkan mengenainya.

Permainan itu yang diberikan penarafan lima bintang oleh pengguna, dibangunkan oleh Kumpulan Antartika dan dijual pada harga US$0.99 setiap muat turun.

Tidak diketahui bila aplikasi permainan itu dibuang. Kuasa untuk berbuat demikian terletak di tangan Apple dan pemaju permainan tersebut.

Malaysiakini telah mengirimkan emel pertanyaan mengenai perkara itu kepada Apple,. Bagaimanapun sehingga ini belum mendapat jawapan.
Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung” sejak kecil dan “lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan”.

NONE
Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendaki menyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000).


Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta).

Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan.

Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom.

Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun.

Laporan SPRM Terhadap Perbelanjaan Datin Seri Rosmah Mansor Di Sydney, Australia

Jingga 13 hari ini mengambil satu langkah yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan membawa isu perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Sydney, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Pendedahan Morning Sydney Herald tentang perbelanjaan mewah bernilai RM 325,000 itu harus segera disiasat kerana wujud kesangsian untuk seorang isteri Perdana Menteri berkemampuan untuk berbelanja semewah itu di butik milik Carl Kaap.

Justeru Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke SPRM Selangor (berhadapan Blue Wave Hotel) pada 26 Januari 2011, jam 11 pagi. Kehadiran rakan-rakan media seharusnya nanti akan membantu mewujudkan gelombang penolakkan terhadap kerakusan dan penyalahgunaan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha

Sanusi : Bersekongkol Dengan Pembohongan

Ada blogger UMNO Menggunakan nama Pak Teh yang bekerja di perpustakaan sebuah universiti menulis bahawa dia terkejut teramat sangat bila saya menulis posting sebelum ini perihal sifat dan perangai babi. Tergamaknya saya sebagai Ketua Penerangan PAS menukilkan babi sebagai perumpamaan kepada pemberitaan melulu, bohong, terdesak dan menyimpang dari kebenaran...

Wednesday 25 January 2012

Bila Ketua Audit Mengaku Wujudnya Kelemahan Dalam NFC!!


Apabila Ketua Audit Negara mengeluarkan kenyataan bahawa NFC tidak kucar-kacir tetapi wujud kelemahan, rakyat akan terfikir apakah kelayakan suami Shahrizat Jalil sehingga beliau dibenarkan meminjam RM 251 juta wang rakyat? Kredibilitinya kini diragui, sebagai seorang pengurus, beliau seharusnya memiliki pengalaman dan kelayakan untuk mengurus sebuah ladang penternakan lembu terbesar di Malaysia! Inilah yang dipertikaikan selepas disahkan mempunyai kelemahan dalam mengurus syarikat NFC! Apakah kelayakan yang dimiliki oleh anak-anak keluarga tersebut sehingga dibenarkan menggunakan kad kreadit sehingga hampir RM 600 ribu setahun? rujuk disini 

Selain daripada itu, NFC juga dikatakan mempunyai kelemahan dalam terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek tersebut! Sebab ada kelemahanlah, disyaki terdapatnya penyelewengan tapi apabila disiasat, terbukti pulak ada penyalahgunaan wang rakyat. 


Wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk Penternakan Lembu digunakan untuk membeli kondominium di Bangsar dan di Singapura, beli tanah di Putrajaya, beli kereta mewah, pergi umrah, perniagaan restoran mewah di Singapura, belanja kad kredit sehingga beratus ribu wang rakyat demi anak bini? Apa kejadah semua nih? Walaupun dikatakan hanyalah untuk mencari keuntungan! tetapi adalah salah bila digunakan untuk tujuan lain.. kalau macam tu elok ler NFC tukar jer bidang ke bidang hartanah! Pulangkan balik wang rakyat tu kepada mereka yang memerlukannya! Ramai lagi penternak yang memerlukan pinjaman untuk membesarkan ladang perternakan! 


Dalam laporan 2010 itu, Ketua Audit Negara mendapati projek Pusat Fidlot Kebangsaan gagal untuk memenuhi objektif 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 kerana tiga sebab, termasuk kegagalan NFC untuk menubuhkan Program Pembangunan Usahawan (EDP).

Berdasarkan perjanjian itu, NFC sepatutnya untuk menghasilkan 130 peladang satelit yang akan menerima lembu dan makanan untuk menggemukkan lembu, yang kemudiannya akan dibeli balik oleh NFC.

Bagaimanapun, kata laporan tersebut, sehingga 31 Disember, NFC belum menubuhkan EDP. Selain itu, draf prosedur operasi standard (untuk peladang) oleh NFC masih belum dimuktamadkan.

sumber: malaysia kini

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...