PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Thursday 23 May 2013

Live Dari Terengganu ~Himpunan Blackout 505








Live broadcasting by Ustream

Tuesday 21 May 2013

Live Dari Kedah~Himpunan Blackout 505





Live streaming by Ustream

Saturday 4 May 2013

[Video] Milo Suam Ditangkap kerana pendedahan undi awal oleh PDRM?

Pelik Tapi Benar!! Polis yang dedahkan Blogger kena tangkap sebab siarkan apa yang polis dedahkan! Inilah Malaysia sebuah negara yang dikatakan demokrasi tapi sebenarnya kukubesi! 


Milo Suam membuatkan SPR kencing tak lawas. Milo Suam jugak penyebab najibtuya dan pemimpin umno sembelit memanjang. Milo Suam juga AMAT diminati oleh pihak berkuasa atas desakan bacul umno, yang terkenal dengan pemimpin mereka yang tak ade TELOR.

Saturday 27 April 2013

阿末扎希不及时对付主谋 Zahid Hamidi Enggan Ambil Tindakan Serta-merta ~ Tian Chua

Kenyataan Media Tian Chua
Zahid Hamidi Enggan Ambil Tindakan Serta-merta
Cuba Politikkan Pencerobohan Lahad Datu?

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tian Chua berkata, tindakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang, yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, tapi membuat keputusan menyerahkan maklumat tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), telah mempolitikkan insiden yang membabitkan keselamatan negara ini.
“Pencerobohan militan Sulu di tanahair kita adalah perkara yang amat serius, jika apa yang dinyatakan oleh Ahmad Zahid adalah benar, tidak perlu tunggu sampai tempoh pilihan raya baru beritahu, malahan menegaskan akan ambil tindakan selepas PRU13. Segala kenyataannya seolah-olah kenyataan peribadi sahaja, mempolitikkan isu tersebut.”
Ahmad Zahid membuat kenyataan di atas melalui Bernama pada 26 April 2013. Beliau tidak mengumumkan nama pemimpin pembangkang yang dikatakan menjadi dalang insiden itu, beliau hanya menegaskan tidak mahu dianggap sebagai permainan politik maka segala tindakan akan dilakukan sejurus selepas PRU13 nanti.  

Friday 26 April 2013

Pengundi mahu Najib, Anwar debat manifesto PRU13!!


Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.

Thursday 18 April 2013

BN akan kalah di Selangor oleh kerana Zul Noordin!~MIC



Barisan Nasional (BN) akan kalah di Selangor pada 5 Mei ini jika gabungan tersebut bertegas untuk meletakkan Datuk Zulkifli Noordin di Shah Alam, kata S Vell Paari dari MIC hari ini dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada presiden parti Datuk Seri G Palanivel.


Menurut pemimpin MIC itu, dengan meletakkan Zulkifli, BN berisiko untuk kehilangan undi India, yang beliau katakan akan menjadi faktor penentu di negeri seperti Selangor - kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR).

Menurut SMS yang dihantar ke The Malaysian Insider dari sumber dalaman parti itu malam ini, Vell (gambar) mendesak Palanivel untuk menyampaikan kebimbangannya kepada Datuk Seri Najib Razak dan meminta tindakan dari pengerusi BN itu, memberi amaran "keadaan buruk" jika tiada tindakan diambil.

"Kepada Datuk Seri G Palanival, Zulkifli Noordin sebagai calon di Shah Alam adalah penghinaan kepada orang Hindu di Malaysia. Di mana-mana orang emosi mengenai perkara ini," katanya dalam SMS tersebut yang turut dihantar kepada ahli jawatankuasa pusat MIC.

Anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu terdapat 15,000 pengundi India di Shah Alam, 31,000 di Kota Raja, 21,000 di Kapar dan 17,000 di Subang, kebanyakkannya menurut beliau marah dengan pemilihan Zulkifli oleh Najib.

"Kira boleh kehilangan hampir 50 peratus hingga 70 peratus undi India yang akan menyebabkan kekalahan calon MIC terutamanya di Selangor dan dengan pengundi India menjadi faktor penentu, ia boleh menyebabkan BN gagal untuk merampas Selangor," katanya dan memberi amaran sentimen tersebut turut merebak ke negeri lain.

"Dato Seri kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan semua orang terlepas dengan memohon kemaafan selepas menghina agama dan komuniti.

"Pemimpin kita di bawah terutamanya di Shah Alam telah didera secara lisan," katanya.

Vell mengakhiri SMSnya dengan mengatakan beliau hanya memerhatikan secara tertib dengan memohon tindakan tentang pencalonan Zulkifli melalui rayuan kepada presiden parti.

"Ini nasihat strategik saya sebagai seorang pengarah strategi," katanya.

Vell kemudiannya mengesahkan kepada The Malaysian Insider beliau telah menghantar SMS tersebut.

Apabila ditanya apakah beliau menerima cabaran DAP untuk meletakkan jawatan parti jika Zulkifli tidak digugurkan sebagai calon BN, pemimpin tersebut tidak memberikan jawapan "ya".

"Saya juga boleh tanya soalan sama kepada DAP. Hari ini PSM mempunyai masalah dengan PR berhubung isu kerusi dan logo. PSM menyatakan ‘PKR menggunakan faktor kaum untuk menafikan kerusi kami'.

"Jadi apakah DAP akan keluar PR kerana penggunaan faktor kaum untuk menafikan kerusi kepada PSM oleh PR? katanya dalam satu SMS.


Najib mengesahkan pencalonan Zulkifli di Shah Alam semasa mengumumkan senarai calon BN Selangor semalam, membenarkan penyandang kerusi Kulim Bandar Baharu untuk bertanding secara langsung di bawah tiket BN.

Keputusan tersebut menyebabkan perdana menteri kerajaan sementara itu dikritik hebat, sebahagian besarnya disebabkan reputasi Zulkifli sebagai seorang Muslim berhaluan kanan, jawatannya sebagai naib presiden Perkasa dan kontroversi terbarunya mengenai penghinaan terhadap penganut Hindu.

Video menunjukkan Zulkifli menggunakan perkataan "Keling", yang masyarakat India rasakan sebagai penghinaan kaum, tersebar baru-baru ini, beberapa hari selepas satu lagi video menyaksikan beliau mempersoalkan seorang peniaga India mengapa tuhan Hindu tidak menyelamatkan kedainya daripada banjir, menyebabkan kemarahan penganut Hindu.

Zulkifli pernah menjadi salah seorang panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mempersoalkan kesuciaan Sungai Ganges yang turut dikenali sebagai Ganga di India, dianggap suci oleh penganut Hindu.

Zulkifli menjadi ahli parlimen bebas mesra BN selepas dipecat daripada PKR pada 6 Mac, 2010 disebabkan laporan polis yang dibuatnya kepada penyandang kerusi parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Calon Umno, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin kalah kepada Khalid pada 2008 dengan majoriti 9,314 undi. Pada 2004, beliau mengalahkan Khalid dengan majoriti 13,410 undi

~ The Malaysian Insider


Wednesday 17 April 2013

Operasi #Tekan Pekan Bermula!!!



AMK sokong penuh calon KEADILAN Selangor, sedia tempur lawan BN!!



Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini ingin menyatakan sokongan terbuka kepada semua calon Parti Keadilan Rakyat untuk Dun dan Parlimen Negeri Selangor seperti yang diumumkan secara langsung oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, dihadapan lebih 10,000 rakyat yang hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu.

Tuesday 16 April 2013

Bersantai Bersama Husam Musa

Program Bersantai Husam Musa 
Bersama Penggiat Media Sosial Putrajaya
Tempat : Medan Selera Percint 8
Tarikh : 15hb April 2013
Jam : 9:30 Malam








Monday 15 April 2013

Video: Onn Abu Bakar – Fokus Calon Parlimen PRU 13






Sinopsis:
Onn Abu Bakar – calon PKR Semberong, Johor

Anak Kecil Main Api!!!



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik Kroni


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat ketamakkan sesamalah umNO
Melayu lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan kroni
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mulut
Maruah umNO dah hilang

Kini umNO cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan kroni
Bersatulah hati bersama mencuri
Merompak harta rakyat negeri

Kita sudah tiada masa
Merompaklah sementara penuh kuasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
umNO kan perompak di nusantara
umNO kan perompak di nusantara

umNO kan perompak di nusantara
 


7 Mei ~ Harga Minyak Turun di Seluruh Negara!!

K pilah

7 Mei 2013 bakal menjadi hari bersejarah buat Malaysia apabila harga minyak yang beberapa kali dinaikkan BN sejak 2008 akan diturunkan Pakatan Rakyat jika berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Harapan ini yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat akan dilaksana 21 hari lagi menjelang tarikh itu.

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut sorakan gemuruh hampir 7,000 rakyat.

Senarai penuh calon KEADILAN bagi Parlimen, DUN di Selangor pada PRU13



Di depan lebih 10,000 rakyat Selangor,  Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berlangsung dan dijangka diumum esok.

Sunday 14 April 2013

Kampung Poh di Perak tidak dapat bekalan air bersih walaupun 55 Tahun MERDEKA!!

Dari blog Lianglahad

Sebelum ini aku ada menyiarkan satu artikel berkaitan keadaan air di sebuah kampung di negeri Perak yang tidak pernah dapat bekalan air bersih dari Lembaga Air Perak sejak merdeka dan sehingga kini masih lagi menggunakan air bukit yang berkeladak dan tidak dijamin kebersihannya..


Kampung berkenaan adalah, kampung Poh di Bidor, Perak.








Sebuah kampung dalam negeri Perak, sebuah negeri yang sejak merdeka duduk di bawah pentadbiran BN kecuali 11 bulan selepas PRU ke 12 pada 2008 dulu apabila pakatan Rakyat berjaya memerintah Perak selama 11 bulan sebelum rampasan kuasa dilakukan oleh BN..



Dan artikel sebelum ini melaporkan bagaimana keadaan air yang masuk ke rumah-rumah penduduk dalam keadaan keruh dan bekalan air tidak bersih yang selalu terganggu setiap kali hujan..



Blog Anak Sungai Derhaka juga ada menyiarkan kisah tersebut [BACA SINI



Kebetulan baru-baru ini, individu yang menyampaikan maklumat berkenaan air di kampung Poh dulu tu telah terlibat dalam satu gotong royong bagi membersihkan takungan air bukit yang menjadi sumber air minum penduduk kampung tersebut..

Anwar: Jaga kekuatan jemaah, sokong semua calon Pakatan Rakyat!!!



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar memberi sokongan padu kepada semua calon yang dipilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, tenaga semua pihak diperlukan untuk membawa perubahan, apatah lagi ketika di peringkat akhir untuk mencapai kemenangan.
“Kita tidak boleh sama sekali tolak ansur dengan orang yang khianat kerana RM5, RM50, tunjuk muka di TV3. Pengkhianatan banyak ada sekarang,” katanya lagi.

Pakatan Rakyat Bakal Berpecah Sebelum PRU13?


Berita Baik untuk umnO dan Barisan Nasional! Pakatan Rakyat diramalkan akan berpecah sebelum PRU13? Apa dah jadi?

Dimanakah persefahaman antara pimpinan & ahli-ahli Pakatan Rakyat? Sudah pasti ada yang tidak puas hati jika calon atau parti itu mengumumkan lebih awal tempat bertanding! Tetapi ianya sudah pasti akan dapat diselesaikan lebih awal! 

Berbanding dengan Umno Barisan Nasional yang sehingga kini tak berani nak keluarkan senarai calon parlimen mahupun dun! Apakah ini strategi mereka untuk tidak mahu berpecah? Dan akan terima apa sahaja calon Be End yang akan dinamakan kelak? 

Kenapa ahli-ahli Pakatan Rakyat sibuk bergaduh mengenai calon dan parti mana yang akan bertanding sedangkan dulu sudah bersepakat akan menewaskan umNO Be End pada PRU13 kelak! Bagaimanakah kita hendak menang dan tawan Putrajaya jika asik bergaduh berebut kawasan? 

Selangor Dah Dapat! Johor Bila Lagi? Undilah Pakatan Rakyat Demi Masa Depan Malaysia!!


Perjanjian pembekalan air antara Johor dan Singapura membuktikan Umno tidak bijak mengurus bahan mentah itu berbanding Pakatan Rakyat, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Ingat perjanjian air Johor-Singapura? Johor jual kepada Singapura dengan harga 3 sen setiap 1,000 liter. Singapura proses, rawat kemudian jual balik pada harga 50 sen Dollar Singapore.

Saturday 13 April 2013

Dato Seri Najib Razak Takut Dengan Bendera Parti Lawan?

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap Dato Seri Najib Razak dan umNO  Bahagian Pekan di atas kehilangan Bendera PKR di Paloh Hinai Pekan!  Berikut adalah kenyataan media dibuat oleh Penyelaras Parlimen Pekan P.085 yang juga lawan Dato Seri Najib Razak yang merupakan calon Parlimen Parti Keadilan Rakyat Pekan iaitu Saudara Cikgu Fariz Musa. 


Friday 12 April 2013

Video Kantoi : umNO guna Topeng Getah untuk Memfitnah Pakatan Rakyat!!!





Inilah keburukan teknologi masa kini! Sesiapa sahaja boleh menyamar dan berlakon jika tahu merekanya!

Tak Percaya? Jom tengok video ini!

Serangan Peribadi Pemimpin Pembangkang Politik Murahan


Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menggesa Barisan Nasional (BN) menghentikan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PAKATAN) serta menghormati Ikrar Integriti Pilihanraya yang telah ditandatangani oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malaysia dijangkiti dengan demam pilihanraya sejak tahun 2011 akan tetapi, demam pilihanraya kian melarat terutamanya pada awal tahun ini sehingga ke hari – hari sebelum hari mengundi. Konsep integriti telah hilang dari pandangan mata BN.

Malam Kebangkitan Anak Muda Tolak umNO/Be End!!


Jom kita konvoi ke Pekan ramai-ramai!! 
Malam Kebangkitan Anak Muda Tolak umNO
Insya Allah Dato'Seri Najib Tun Razak boleh ditewaskan di P.085 dengan kebangkitan Anak Muda Tolak umNO!!!! 

Tolong Sebarkan & Share Ramai-Ramai!!



Taktik guna dakwat kekal terbongkar?

Ekoran proses pengundian awal akan berlaku lima hari sebelum hari mengundi, ketahanan dakwat kekal kini menjadi persoalan.


Ini kerana, sebelum ini SPR menyatakan dakwa kekal hanya tahan tiga hari sahaja.

"Jika begitu, dakwat kekal pada tangan pengundi awal tidak akan ada lagi pada hari mengundi dan membolehkan mereka mengundi semula?" kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, Dr Hatta mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan penjelasan tentang perkara ini.

SPR mengumumkan, hari mengundi adalah 5 Mei manakala hari mengundi awal untuk polis, tentera, petugas SPR dan wartawan adalah 30 April 2013, lima hari sebelum hari mengundi.

Padahal sebelum ini, SPR memaklumkan hari mengundi awal adalah tiga sebelum hari mengundi.

Sebelum ini juga, pelbagai pendedahan dibuat tentang pengundi awal yang terdiri dari pasukan keselamatan, petugas SPR dan wartawan yang bertugas terdedah kepada pengundian berganda.

Thursday 11 April 2013

Lagi Fitnah Blogger umNO Terbongkar!!!

Perletakan Jawatan PETRONAS


Aktivis Umno akhir-akhir ini banyak menimbulkan cerita buruk mengenai perletakan jawatan saya dari PETRONAS dalam tahun 2009. Fitnahnya adalah saya dibuang kerana membuat tuntutan perbelanjaan yang menyeleweng.


Mulanya saya tidak mahu melayan kerana ia fitnah picisan. Agaknya mereka masih mencari kelemahan saya, jadi mereka mencipta cerita bahawa saya menyeleweng hingga dibuang untuk mencemarkan kredibiliti saya. Pada kiraan mereka (yang silap), jika kredibiliti saya tercalar, makan tercalar jugalah kredibiliti pendedahan saya selama ini dan yang akan datang.

Mutakhir ini saya merasakan jika saya terus berdiam diri, ia tidak membantu kebenaran kerana fitnah terancang ini disebarkan seluas-luasnya.

Terbukti Blogger umNO kaki Fitnah!!!

Seperti yang aku jangka, Calon P85 Pekan dari PKR Fariz Musa mula diserang bertubi tubi sejak diumumkan semalam. Hari ini blogger pro-UMNO-BN dengan berlagaknya menyerang Ketua Koordinator Jingga 13 ini dengan satu fitnah baru, gelaran baru.. GURU PALING MALAS DI MALAYSIA.. Best tuuuuuuuuuuuhh!!! Bukan senang dapat. Cikgu Razali (caitruper lembUMNO bergelar Suara Dari Bumi) mesti jeles.. Kah kah kaaaaaaaaaahh!!!




Antara blogger2 pro UMNO yang main isu ini yang mendakwa mempunyai BUKTI KUKUH


Wednesday 10 April 2013

Video : Najib Boleh Tewas di Pekan ~ Fariz Musa






Fariz Musa percaya Datuk Seri Najib Razak boleh ditewaskan melalui semangat kebangkitan rakyat dan pergolakan dalaman Umno BN di Parlimen Pekan.
Saya mempunyai keyakinan tinggi apabila melihatkan sokongan akar umbi dan kita lihat kebangkitan rayat ada untuk memastikan BN tumbang."  
“Senario semasa menyaksikan gerakan Umno di Pekan agak perlahan, kita nampak dan ia beri isyarat baik kepada Pakatan,” 
Pada PRU 1999, Najib nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ramai berpendapat  kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.

Video : Umno BN guna strategi kotor ‘beli calon’ tak terpilih ~ Anwar



Umno BN dijangka menaja pihak tertentu yang kecewa dan tidak terpilih sebagai calon untuk bertanding melawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, strategi Umno yang dikesan sejak sebulan lalu ialah membeli sebanyak mungkin individu tertentu untuk dijadikan calon Bebas.

“Tetapi rakyat sudah putuskan, sama ada BN atau Pakatan. Tiada cara lain. Jika mahukan perubahan, kena sokong Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP.

“Jika bertanding (Bebas) kerana tidak dipilih jadi calon (KEADILAN), itu bukan amalan demokratik, kena ada agenda (perjuangan), bukan sebab mahu jadi calon semata-mata,” katanya.

Beliau menjawab demikian terhadap soalan berkaitan hasrat segelintir pihak yang mahu bertanding selepas mendapati nama mereka tidak disenarai sebagai calon KEADILAN.

Sidang media di Hotel Megaview, Kuantan itu bersempena pengumuman calon KEADILAN bagi beberapa kerusi Parlimen di Pahang.

Mengikut laporan media tempatan, segelintir ahli parti membuat pengumuman untuk menjadi calon Bebas selepas tidak terpilih sebagai calon PRU 13.

Justeru, Ketua Umum KEADILAN itu memberi amaran, mana-mana ahli yang  menyokong parti lawan atau menjadi calon Bebas akan dipecat serta merta.

“Kalau belum, belumlah. Kalau tarik balik esok (kemudian), tak apalah,” katanya selepas Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyatakan, pengumuman bertanding mencukupi untuk dikenakan tindakan



Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...