PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Friday 4 November 2011

Seksualiti merdeka sejak 2008 lagi,bukan 2011 !

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempersoalkan kenapa pihak kerajaan telah membenarkan program Seksualiti Merdeka sejak 2008 lagi.
Justeru, Mapim mendesak Perdana Menteri tidak perlu menyenangkan hati golongan sekular dan liberal Barat hanya  kerana mahu mendapat sokongan mereka.
“Ketegasan terhadap nilai dan dasar negara mesti dipertahankan tanpa rasa terikat dan tertekan,” kata setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) kepada Harakahdaily.
Katanya, Mapim tidak menolak pihak berkuasa menggunakan pendekatan yang bijak untuk mencegah kemungkaran seks bebas, tetapi ia tidak boleh sama sekali bermaksud menerima perlanggaran undang-undang Islam  sebagai hak .

Ribuan demo berkumpul untuk membantah KETAMAKAN KORPORAT!

BANTAH SIKAP TAMAK: Para penunjuk perasaan berarak memasuki Pelabuhan Oakland, di California, kelmarin
OAKLAND: Ribuan penunjuk perasaan gerakan 'Occupy Wall Street' telah memaksa operasi di pelabuhan kelima paling sibuk di Amerika Syarikat dihentikan kelmarin.Polis menganggarkan sekitar 3,000 orang telah berhimpun di Pelabuhan Oakland setelah berarak dari kawasan bandar di California sementara yang lain datang menaiki bas.Jurucakap pelabuhan, Encik Isaac Kos-Read, berkata operasi maritim di situ terpaksa dihentikan.

Bukti kerajaan bn menipu rakyat lagi (projek lembu umno)

GEMAS, 3 Nov : Hasrat rombongan pimpinan PKR ke Pusat Fidlot Nasional hari ini gagal apabila dilarang memasuki kawasan ladang lembu tersebut.

Pihak pengawal keselamatan yang bertugas melarang rombongan yang diketuai oleh Rafizi Ramli dan pihak media. 

Walaupun pihaknya cuba berunding dan menjelaskan bahawa PKR telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC).

Thursday 3 November 2011

Projek PINTAR barisan nasional RM 256 Juta telah siap dengan gemilang,terbilang dan temberang!

Kem Skudai : Wikipedia [ sila baca ] Projek yang bernilai Rm256 juta inilah hasilnya, hanya TIANG-TIANG EMAS dipacak, penuh dengan tentera lalang.


Barisan Nasional telah membelanja RM 256 Juta untuk pembikinan Kem Tentera di skudai, Johor. 

Namun, projek itu telah siap dengan temberang, perkara ini didedahkan oleh beberapa rakyat berbangsa Cina di Johor yang begitu peka dengan ekonomi malaysia, demi menyelamatkan Malaysia. Tetapi melayu umno masih memperbodohkan rakyat Malaysia terutama melayu sendiri.

18 kena kompaun sebab hisap rokok dalam pejabat

gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seramai 18 orang dikompaun kerana merokok di tempat kerja berhawa dingin berpusat dalam operasi besar-besaran Kementerian Kesihatan di pejabat swasta seluruh negara pada 25 Oktober lalu. 

Demo lagi, Najib tak tenang ler di Mekah

Hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

NONEPiket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Ustaz Umno lapaq duit

NOTA EDITOR: Kenapalah Anwar Ibrahim pegi ambik manusia nama Zul Nordin ni jadi calon pilihanraya? Lebih baik ambik Puspha reformis jadi calon dari mamat ni. Arwah Tan Botak tu 100x lebih berakhlak Islami dari Zul Nordin haru ni. Kalau nak cerita Zul Nordin mintak duit ni, saya pun ada banyak cerita, tapi cukup lah dengan pendedahan Exco Kedah, Lim Soo Nee di bawah ini.

Pompuan kerja gila, jual tubuh di facebook


Sekali lagi Facebook disalahgunakan untuk tujuan terlarang. 

Kali ini membabitkan seorang isteri yang menjual gambar separuh bogelnya dengan menjadikan laman sosial di Internet itu sebagai medium untuk mencari pelanggan dan proses tawar-menawar.

Wednesday 2 November 2011

GEMPAR!!! UMNO APCO FITNAH DSAI LAGI !! DSAI DAH 2X TUNAI HAJI

Sejak Najib berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji, timbul sindiran dan cakap-cakap berunsur fitnah daripada pencacai UMCO di laman sosial dan di blog  kononnya DSAI belum menunaikan haji. Berkokoklah mereka dengan sekuat-kuatnya, maklumlah idola mereka kini berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Antara kata yang dilemparkan termasuklah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?" Bukan sahaja memfitnah tentang haji, malah jurublog penyokong UMCO tegar ini turut mengaitkan DSAI dengan fitnah video lucah yang kononnya berlaku di Bangkok.

Himpunan awam mengecam tindakan biadab Chua Soi Lek menghina Islam


Perhimpunan mengecam Dato Seri Dr Chua Soi Lek menghina Islam oleh Jingga 13 .

TARIKH: 2hb November 2011.
JAM:2 petang .
TEMPAT:Wisma MCA,Jalan Ampang,KL.

Datang beramai-ramai! Sebarkan!Ajak seramai yang mungkin!

Tuesday 1 November 2011

Panas !! Najib tidur dalam akhbar online Indonesia

"Rombakan kepada AUKU untuk mengawal, bukan menghalang mahasiswa. Kalau halang mahasiswa, (masih ada) pelbagai cara untuk (mereka) berpolitik," katanya.

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa Seksyen 15(5) akta berkenaan, yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya, tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.'' - Auku (sekadar menghiasi laman)


laporan berita bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu berkisar tentang keputusan mahkamah baru-baru ini yang menolak akta AUKU, namun gambar Najib yang sedang tidur menghiasi laporan itu.

hahaha...najib tidur, najib tidur!! apa TANGGAPAN yang akan diberikan oleh rakyat indonesia kepada orang nombor SATU MALAYSIA ! 

Kedah semakin baik selepas 2008 - Audit

Sebelum-sebelum ini kita ada dok dengar kot kaca tv, TV3 suku, BERITA HAIRAN , UTUSEX mengatakan kerajaan Pas Kedah ni tak pandai memerintah, tak pandai jaga ekonomi , dan macam-macam lagi.

Konon-kononnya mereka cuba menakut nakutkan rakyat, mungkin mereka ingat bila PAS memerintah, rakyat kedarah batu kot, tapi TIDAK! semakin maju dan semakin sejahtera pulak! 

10 tahun Negaraku bersama Israel !!!!

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

'Pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara mereka bercadang untuk meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan perdagangan dengan benua ini.' - Micha Harish

Terbaru!! Jawapan bodoh Noh Omar pasai lembu shahrizat

DSC_0443
                                             

SK sempat tengok Noh Omar jawab soalan berkenaan isu Raja Lembu dan Lembu Lembunyadalam siaran Buletin Utama malam tadi..Inilah jawapan bodoh dari seorang Menteri/Ahli Parlimen yang menjawap dalam Parlimen bagi membela seorang Menteri tua  dan anak beranaknya yang terang-terang menghabiskan duit dan  menyalah gunakan kuasa 
Beriya iya Noh Omaq mempertahankan bahawa NFC(National Feedlot Corp) mencapai sasaran 8,000 ekor tahun lalu sedangkan Laporan Ketua Audit 2010 baru baru ini mencatitkan cuma 3,289 ekor sahaja atau 41.5%.Sekolah mana Noh Omar belajar matematik bila pencapaian tidak sampai 50% ini dianggap satu KEJAYAAN???kah,kah,kah,

Pemimpin Islam buat maksiat dulu sebelum p Mekah

Selepas satu tindakan BIADAB Dr Chua Soi Lek yang menghina Islam baru-baru ini, [sini] , kita dikejutkan pula dengan Pemimpin No 1 Malaysia dan Lady Gaga the Malay version, Najib dan Rosmah (pasangan bazir duit rakyat yang paling mesra didunia ) seolah-seolah menghina Islam dan tidak BERADAB bila ingin ke Tanah Suci, Mekah Al- Mukaramah.

Sebagai pemimpin Islam, kita mestilah menunjukkan contoh yang baik terhadap rakyat. Bukannya menunjukkan sikap kurang ajar, tambahan apabila ia melibatkan kesucian Agama Islam! 

Monday 31 October 2011

[Video] Jingga 13 telah membuat Laporan polis terhadap Chua Soi Lek


Selepas Kenyataan Chua Soi Lek @ Sex actor dipaparkan dalam media, Baca Disini . JINGGA 13 Telah mengambil keputusan bijak untuk melaporkan perkara ini kepada Pihak Polis [Baca Disini]. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada petang tadi untuk menggesa Chua Soi Lek memohon maaf kepada orang Islam di Malaysia berhubung penghinaan beliau terhadap Hukum Islam.

Menurut Ketua koordinator JINGGA 13, En Farez Musa, Chua Soi Lek mestilah memohon maaf kepada Semua Umat Islam dimana kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA itu boleh mengguris hati semua orang Islam kerana ini melibatkan Hukum Allah yang mesti dilaksanakan oleh Pemimpin Islam.

Mereka juga meminta Chua Soi Sex memohon maaf dalam tempoh 48Jam ataupun pihak JINGGA 13 akan menghantar memorandum kepada Presiden MCA tersebut.

First lady malaysia beli mutiara $150,000 ????

KUALA LUMPUR 31 Okt: Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.


Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Hampa dengaq mai sini, orang kedah pun bayaq cukai la mukhriz oiii

"Dah hampa duit banyak, hampa bayaqlah sendiri...dok minta kat kami buat apa..pak hampa habaq hampa orang kaya..duit banyak.."

Lebih kurang macam tulah dialog budak-budak bergaduh, bertengkaq..

Agak-agak macam tulah juga yang berlaku kepada Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Tok Mukhriz....lebih kuranglah agaknya kata pada Menteri Besaq Kedah.." hermmm..hampa untung balak...keluaqlah duit sendiri..bagi kat orang kena banjir..buat pa minta kat kami..hermmmm.."

Panas : Pemandu Taxi sekitar Pekan Changlun mula pasang bendera PKR

Sudah hampir 4 tahun Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Namun UMNO masih belum dapat terima kenyataan mereka sudah tidak relevan di Kedah. Hari ini, aku ke Changlun saja untuk melawat- Pekan Changlun .. Nah  sekali ternampak taxi pasang bendera PKR di kereta mereka.

Bila aku tanya mereka, apa mereka jawab! Kami dah penat dengan janji kosong JOHARI BAHAROM!!

Ibu Buang anak sebab rambut perang


NANNING, China – Seorang ibu meninggalkan anak yang baru dilahirkannya di sebatang jalan di Nanning, wilayah Guangxi China kerana anak perempuannya itu berambut perang, lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi malang itu ditemui oleh seorang wanita yang terdengar tangisannya, baru-baru ini.


Dia ditinggalkan bersama sekeping nota, beberapa helai pakaian bayi dan satu sampul surat berisi wang berjumlah 3,900 yuan (RM1,926).

Lidah Rasmi Umno terkencing, salahkan Audit

 

Jika kita meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2010, kita akan melihat terlalu banyak ketirisan yang berlaku dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan yang ditadbir oleh Kerajaan UMNO/BN.


Malah beberapa peralatan yang dibeli oleh Jabatan Kerajaan itu layak untuk disenaraikan dalam Guiness Book of Record kerana terlalu mahal dan paling mahal di dunia.

Laporan Polis terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad Pengerusi Felda



Sebanyak 10 lapuran Polis dibuat di Balai Polis Temerloh oleh wakil-wakil peneroka dan ahli KPF terhadap Tan Sri Mohd Isa Samad, Pengerusi Felda.

Lawatan ke Africa pasti menjanjikan anda pemikiran yang berINOVASI dan Kreatif!

Perjalanan ke Africa begitu menarik. dan gembira sekali. Hasil pemikiran yang Allah berikan Kepada mereka, Mereka dapat menghasilkan Motorcycle yang sekali pandang dah macam cooper!



Jingga 13 akan buat laporan Polis berhubung kebiadaban Chua Soi Lek menghina Kesucian Islam

Sebelum ini kita membaca tentang keBIADABan Chua Soi Lek tentang penghinaan Beliau terhadap Agama Islam (sini)

Ini Adalah Statement dari Pihak Kami (JINGGA13)
Jingga 13 menyelar kebiadaban dan keceluparan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina Hukum Hudud dalam satu petikan akhbar The Star, keluaran 29 Oktober 2011. Dr Chua Soi Lek yang juga Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) mengeluarkan kenyataan itu sebagai respon terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang sebelumnya dipetik menyebut, Barisan Nasional tidak akan melaksanakan Hukum Hudud meskipun mengakuinya sebagai hukum Tuhan.

Bakal Haji, Najib Razak besar kemungkinan mengumunkan tarikh Bubar Parlimen tidak lama lagi

Ramalan bahawa Perdana Menteri Najib Razak akan membubarkan parlimen pada11 November 2011 (11/11/11) ada asasnya. Melihat kepada keghairahan Najib dan Muhyiddin 'pusing' Malaysia bertemu rakyat, menunjukkan seolah-olah pembubaran parlimen 'just around the corner'.

Media elektronik dan cetak saban hari memainkan 'lagu' memuji Najib dan BN serta meng'henyak' PR dan pemimpinnya.

Dua beradik parah diserang asid

MASIH TRAUMA: Shafiq Haiqal (kiri) dan Syaffiy Aiman mengimbas kembali pengalaman mereka diserang dengan asid dalam sidang akhbar kelmarin



KUALA LUMPUR: Syaffiy Aiman Mat Safar Zaidi, 10 tahun, yang parah di muka dan badan akibat disimbah asid oleh jiran sekampung ketika bermotosikal bersama abangnya, kini bukan saja kurang yakin diri, malah trauma setiap kali mendengar atau melihat cecair dalam botol kaca.

Sunday 30 October 2011

Panas : Pak Su Dan, Pak Sedara kepada Johari Baharom masuk Pakatan Rakyat (mesti baca)

CHANGLON : Pak Su Dan ( Shahidan ), Pak Sedara kepada Johari Baharom telah mengisi borang masuk PKR. Beliau hari ini telah menceritakan segala-galanya tentang Johari Baharom. Beliau juga banyak menaburkan janji kosong kepada rakyat terutamanya di kawasan Parlimen Kubang Pasu. Di Kedai makan beliau lah yang menjadi markaz Johari Baharom, Markaz Dato Zaini, dan puteri Umno. Tetapi semasa pilihanraya sahaja, selepas Pilihanraya , Pak Su Dan terus dilupakan oleh Johari Baharom.

Liga Perdana England - Akhirnya Ferdinand buka mulut


LONDON: Buat pertama kali kelmarin, Anton Ferdinand tampil untuk mengulas kenyataan John Terry yang berbaur perkauman dengan menyebut insiden tersebut sebagai tempoh yang bergelora.

Insiden itu berlaku semasa Chelsea tewas 0-1 di tangan Queens Park Rangers (QPR) dalam pertandingan Liga Perdana England di Loftus Road pada 23 Oktober lalu.Terry telah menafikan ada membuat kenyataan seperti itu, tetapi Persatuan Bola Sepak England (FA) telah menyiasat insiden tersebut.Polis Metropolitan juga membuat siasatannya setelah menerima aduan daripada pihak yang tidak dikenali.

City mampu bina kejuaraan - Savic


MANCHESTER: Stevan Savic percaya Manchester City mampu menjulang kejuaraan sambil memberi amaran kepada saingan mereka bahawa City akan menjadi lebih baik dengan setiap perlawanan.

Pasukan pimpinan Roberto Mancini itu memberi peringatan kepada kelab-kelab elit Eropah selepas membelasah Manchester United 6-1 pada hujung minggu lalu - keputusan yang meletakkan mereka lima mata di atas pesaing terdekat dalam Liga Perdana.City membuktikan lagi keupayaan mereka dengan menggilis Wolverhampton 5-2 dalam perlawanan Piala Liga Rabu lalu, yang meletakkan mereka pada kedudukan untuk memenangi empat kejuaraan musim ini.

Tiga hartanah IMELDA MARCOS bernilai $1.3j dirampas pemerintah


MANILA: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam.
Rumah-rumah itu bernilai sejumlah 43.8 juta peso ($1.3 juta), menurut pemerintah negara itu.Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez.

Arena Bola Sepak Di Malaysia sering berakhir dengan kekecohan


SHAH ALAM , 29 Oktober 2011 : Bola sepak Malaysia menjadi episod tragedi buruk setiap kali ''final'' ataupun game menarik. Malah lebih teruk ianya membabitkan melayu sesama melayu, tetapi masih ramai yang menuduh bangsa lain penyebab Melayu bergaduh. Ternyata, dakwaan ini sama sekali hanya propaganda politk UMNO yang sering kali menuduh PAS dan PKR punca melayu bergaduh. 

Panas - Bekas Pegawai kanan polis dakwa Najib tahu salah laku peguam negara

Mat Zain buat pendedahan dalam surat terbuka kepada PM berkaitan kes mata lebam Anwar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak pernah mengatakan Tan Sri Abdul Gani Patail tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Demikian menurut seorang bekas pegawai kanan polis, Datuk Mat Zaib Ibrahim, yang mendakwa bertemu secara peribadi dengannya pada Oktober 2008.Ketika itu, Datuk Seri Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

38 Juta untuk Majlis Perkahwinan

Penyanyi Coco Lee berkahwin dengan tunangnya seorang ahli perniagaan Kanada berusia 52 tahun, Bruce PhilipRockowitz dalam satu majlis perkahwinan mewah yang berharga AS $ 10 juta. Majlis perkahwinan itu akan diadakan di Studio Shaw Brothers Limited di Hong Kong.
Coco Lee dan Bruce PhilipRockowitz

Chua Soi Lek semakin Kurang ajar dan perlu diajar!

Ramai pihak mengecam tindakan Chua Soi Lek hari ini kerana menghina Islam. Malah menghina cara Islam, dan hukum hakam Islam. Perkara ini merupakan perkara yang series dan boleh menyebabkan Orang Islam berpecah belah. Ini juga merupakan kes hasutan. Jaminan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan Isu Hudud (tidak akan melaksanakan hudud) membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin berani menghina Hukum Islam.

Kenyataan Najib juga dikatakan membuka ruang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek untuk terus menghina Islam. Berikut merupakan ''statement'' Chua Soi Lek dalam akhbar miliknya -The Star (here)

Banyak Pihak mengecam Tindakan CHua Soi Lek yang menghina hukum Islam

Ramai pihak mengecam tindakan Chua Soi Lek hari ini kerana menghina Islam. Malah menghina cara Islam, dan hukum hakam Islam. Perkara ini merupakan perkara yang series dan boleh menyebabkan Orang Islam berpecah belah. Ini juga merupakan kes hasutan. Jaminan yang diberikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berkaitan Isu Hudud (tidak akan melaksanakan hudud) membuatkan Presiden MCA, Chua Soi Lek semakin berani menghina Hukum Islam.

Kenyataan Najib juga dikatakan membuka ruang seluas-luasnya kepada Chua Soi Lek untuk terus menghina Islam. Berikut merupakan ''statement'' Chua Soi Lek dalam akhbar miliknya -The Star (here)

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...