PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 4 February 2012

Video Panas : Makcik Rempuh Kedai Superbike Dengan Wira!!

Video CCTV dari sudut dalam kedai

Video CCTV dari luar kedai
KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.
Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.
Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.
“Mungkin makcik tu panik sangat.. lepas dia langgar volvo kat belakang..dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang lima kali..kali yang kedua dia reverse (mengundur) itu dia hentam pulak dua buah Myvi yang terletak kat tempat letak kerata kat belakang dia.
“Kali ke enam dia maju ke depan dan terus rempuh masuk dalam kedai..masa melompat masuk kedai tu dia sempat langgar sebuah motosikal Honda VFR 1000..pelanggan punya tu,” katanya bercerita mengenai kejadian yang mencemaskannya itu.
Menurut Mohd Noraimee yang merupakan pekerja kedai Superbike tersebut, wanita itu turut melanggar tiga buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000cc, Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang berada di dalam kedai berkenaan.
Seorang lagi saksi, Sarah Zamzuri, 30, pekerja RHB Bank yang terletak bersebelahan kedai superbike itu berkata, dia terkejut dengan bunyi dentuman kuat membuatkannya berlari keluar dari pejabat untuk melihat punca bunyi berkenaan.

Sarah berkata, dia bingung sebentar apabila melihatkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit berulang kali bergerak ke depan dan ke belakang dengan laju.
Melihat kejadian itu, Sarah berkata, dia terus berlari mengalihkan kereta Avanza miliknya sebelum sempat dilanggar oleh wanita berkenaan.
“Saya panik tengok mak cik tu laju aje reverse dan pecut ke depan, saya terus lari ke kereta saya untuk alihkan kenderaan saya. Memang Tuhan sahaja yang tahu macam mana saya menggigil berlari ke kereta.
“Waktu saya alihkan kereta saya, wanita itu masih lagi menggerakkan keretanya dengan laju,”terang Sarah.
Adik kepada pemilik kedai Superbike yang enggan dikenali itu mendakwa, abangnya mungkin terpaksa menanggung kerugian mencecah setengah juta ringgit akibat insiden tersebut.
Sementara itu, ketika mendapatkan kenyataan dari suami wanita tersebut, lelaki itu hanya banyak berdiam dan turut terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Lelaki berkenaan tidak percaya kemalangan yang berlaku itu berpunca daripada isterinya yang ditinggalkan sekejap sewaktu dia keluar untuk membeli barangan.
Orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sempat menjerit ke arah wanita berkenaan supaya menghentikan enjin keretanya supaya dia tidak terus menggerakkan kenderaannya.
Wanita berkenaan juga kelihatan masih bingung.

MCA Pun Kasi Angpau Putih : Ibrahim Ali

PERKASA: Apa warna angpau BN bagi?

NONE

“Cuba lihat berita bergambar dalamSinar Harian hari ini, apa warna angpau BN bagi?” katanya dalam kenytaan akhbarnya kepadaMalaysiakini.

Syed Hasan merujuk laporan akhbar Sinar Harian bahawa penduduk di Seri Setia yang menerima angpau dalam sampul putih berisi RM100 daripada penyelaras BN Seri Setia Abdul Halim Samad.

Akhbar itu memetik seorang penduduk Taman Dato Hormat, Loh Miew Lin, 57, yang mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi mereka wang.

Walau bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen yang juga hadir pada majlis itu, menafikan dakwaan yang dibuat PERKASA itu.

Ong berkata ia adalah kes yang berbeza dan PERKASA tidak seharusnya mengheret mereka dengan kontroversi yang melanda diri mereka.

"(Datuk) Ibrahim Ali sepatutnya bertanggungjawab atas kesilapannya sendiri dan tidak harus cuba mengheret orang lain."

NONEJelasnya, sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno. Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.

Sampul surat berkenaan, tegas beliau, jauh berbeza daripada sampul putih yang telah digunakan oleh PERKASA.

"Kami gunakan sampul ini sepanjang tahun, bukan hanya semasa Tahun Baru Cina.

"Kami juga gunakan sampul ini pada Hari Raya, Deevapali dan juga apabila kami mengagihkan sumbangan. Ini berbeza daripada apa yang dilakukan oleh Ibrahim Ali," kata Ong lagi.

sumber : MalaysiaKini

Anak Sungai Derhaka: Parlimen akan dibubar minggu depan?.. Ini jawapan Najib tentang tarikh Pilihanraya bacalah..

Anak Sungai Derhaka: Parlimen akan dibubar minggu depan?.. Ini jawapan Najib tentang tarikh Pilihanraya bacalah..

Friday 3 February 2012

Skandal FLOS : Jingga13 Bekal Bukti Tambahan!!


NGO mesra PKR, Jingga 13 hari ini menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.


Pertukaran e-mel itu dimuat-naikkan pada laman blog Frockwriter oleh wartawan fesyen Australia, Patty Huntington yang mendedahkan butiran tentang apa yang berlaku antara Huntington, pereka Carl Kapp dan ‘publicist’ beliau Holly Beer.


Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.


NONE
Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.

"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.


Pada 26 Januari lalu, kumpulan itu membuat laporan kepada SPRM berhubung kolum yang ditulis oleh  Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan di akhbar Sydney Morning Herald.


"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.


Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero.


SKANDAL FIRST LADY OF SHOPPING ( FLOS ) : Belanja mewah: Rosmah, Najib dicabar saman


SHAH ALAM 3 Feb: NGO Jingga 13, mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendedahkan perbelanjaan mewah berjumlah RM325,000 (AS 100,000) di Australia baru-baru ini.
Tuduhan perbelanjaan mewah itu didakwa dilakukan Rosmah sepertimana dilaporkan menerusi akhbar dan blog di Australia. Menurut Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, tuduhan itu serius dan menjejaskan kredibiliti Najib serta maruah rakyat Malaysia apabila Rosmah didakwa boros dan bermewah-mewah seperti dilaporkan.
Fariz berkata, Najib dan Rosmah sebelum ini menafikan laporan akhbar Australia Sydney Morning Herald yang ditulis oleh kolumnis Andrew Horney mengenai perbelanjaan Rosmah di butik pereka fesyen, Carl Kapp. “Justeru itu Jingga 13 mencabar Najib dan Rosmah ambil tindakan undang-undang dan menyaman kesemua mereka jika segala tuduhan tersebut liar, fitnah dan direka.

“Kami juga mendesak Najib tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mempengaruhi siasatan bagi tujuan menyelematkan beliau dan isteri berkait  skandal tersebut,” katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini hari ini. Jingga 13 juga hadir mengemukakan bukti tambahan yang didakwa mengesahkan segala dakwaan perbelanjaan mewah Rosmah tersebut, lapor Free Malaysia Today hari ini.

Ini termasuklah kenyataan Pengerusi Festival Fesyen Islam, Raja Rezza Shah yang didakwa bercanggah dengan Karl Kapp. Ia berikutan pendedahan Wartawan fesyen, Patty Huntington mendedahkan emel beliau dengan Carl Kapp yang membuktikan Rosmah berbelanja sakan di butik pereka eksklusif itu di Sydney.
Pada 26 Januari lalu, Jingga 13 turut hadir ke SPRM untuk mengemukakan dokumen dan bukti mengenai perbelanjaan mewah tersebut. Satu aduan juga turut dibuat ke atas Shah Rezza, Najib dan Rosmah berkait skandal membabitkan pembelian 61 helai pakaian dan penginapan semalaman di hotel mewah di Sydney bernilai RM65,000 (AS 20,000).

Rumah & Kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar!!!


NUSAJAYA, 3 Feb 2012: Tingkat bawah rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti telah hangus terbakar akibat sabotaj pihak tertentu pada kejadian yang berlaku pada 3.40 pagi tadi.

Ketika kebakaran ini berlaku, seramai 7 orang termasuk beliau berada di dalam rumah tersebut yang juga mengakibatkan berlakunya 2 kali letupan yang kuat dari kereta yang terbakar.

"Ketika kami sekeluarga sedang tidur, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat sehingga mengejutkan saya dan isteri. selepas itu, saya lihat kereta saya dan di tingkat bawah rumah sudah terbakar dan api sudah pun marak"

"Saya bergegas menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri", ujar beliau lagi yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.
\
Sementara itu juga ketika ditemui wartawan Nusajayakini, beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini adalah tindak balas dari pihak tertentu terhadap kelantangan beliau mendedahkan banyak penyelewengan terutamanya berkenaan pengambilalihan KFCH dan QSR.

"Saya lihat ini tindak balas akibat pendedahan saya terhadap penyelewengan terhadap pengambilalihan KFCH dan QSR yang dilakukan beberapa orang penting di Johor ini. Mereka seolah-olah cacing kepanasan ketika ini"

"Namun saya bersyukur, semua ahli keluarga saya selamat dan tiada kecederaan yang menimpa kami. Laporan polis juga sudah dibuat pagi ini dan kita serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya",ujar beliau lagi.

Turut bergegas ke tempat kejadian adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Johor iaitu Dato' Dr. Mahfodz Mohamed, Saudara Mazlan Aliman selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP negeri Johor merangkap ADUN Skudai.



sumber : Nusajayakini


Rosmah Boros:Jingga 13 Akan 'Gegar' SPRM Shah Alam !!


Jingga 13 akan tampil pada 3 Februari 2012 jam 11.00 pagi di Bangunan SPRM Selangor, Shah Alam bagi penyerahan bukti baru yang boleh membantu SPRM menyiasat perbelanjaan besar Datin Seri Rosmah Mansor yang bernilai RM 325,000 di Sydney Australia.

Wartawan fesyen terkemuka Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan emel untuk membuktikan berlakunya aktiviti tersebut. Berita mengenai blog itu didedahkan oleh portal MalaysiaKini.

Jingga 13 mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan wartawan esok dan diharap penyerahan bukti terbaru ini membantu SPRM lebih pantas bertindak dan menyelesaikan persoalan yang timbul.

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13

PANAS: Facebook Groups Akan Berubah Rupa?


Inilah rupa terbaru time-line group yang akan diperkenalkan oleh Facebook! Antara facebook groups yang terawal dikesan menggunakan time-line groups ini adalah Group Debat Rakyat! Dengan interface dimana gambar-gambar ahli groups diletakkan dibahagian atas dan dijadikan gambar profil group tersebut, ianya nampak menarik ! Adakah rekabentuk ini akan dikekalkan? Sama-sama kita nantikan!

Sesiapa yang berminat untuk melihat bagaimana rupanya TimeLine Groups, bolehlah melawat sendiri ke alamat https://www.facebook.com/groups/DebatRakyatMalaysia57 dan tekan butang Join!!

Thursday 2 February 2012

SMS bukti rasuah NFC, namun tiada tindakan SPRM - Sivarasa

(Oleh: Nabihah Hamid)
PUTRAJAYA 2 Feb : Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) bersikap sebelah kerana masih tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail.


Beliau berkata, terdapat bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) menunjukkan Salleh mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah anggota polis yang menyiasat skandal berkenaan.
Sebaliknya, kata Sivarasa, pihak berkuasa menahan Shamsuhbahrin dalam masa dua hari selepas beliau membuat laporan polis, mendakwa diupah oleh Salleh untuk mempengaruhi anggota polis dalam siasatan kes itu.

“Kita tekankan apa yang dalam laporan sebelum ini memang serius.
“Datuk Shamsubahrin dalam laporan menegaskan tuduhan bahawa Datuk Salleh yang telah menekan dia dan arahkan dia untuk rasuah polis dengan tujuan tutup siasatan (NFC),”
“Dia bukan saja sebut malah tambah bukti di dalam bukti berbentuk SMS yang dia terima dari Datuk Salleh dan Kita difahamkan oleh Samsubahrin bahawa ia sudah ada dalam tangan SPRM selepas tangkapan beliau pada 22hb Disember .
“Kenapa sudah sebulan lebih tidak ada apa-apa tindakan,” kata Sivarasa yang juga peguam Shamsubahrin kepada wartawan selepas membuat laporan SPRM di Putrajaya hari ini.
Menurutnya laporan SPRM kali ini adalah untuk menuntut badan itu mempercepatkan kes ini namun amat mengecewakan apabila SPRM sendiri masih belum mendapat sebarang dokumen yang berkaitan.
“Mereka (SPRM) kata masih belum terima laporan atau dokumen Polis dari Shamsubahrin tempoh hari,” ujar beliau.
Ketika ditanya wartawan mengenai respon SPRM tentang kes ini terutamanya mengenai SMS berkenaan, Sivarasa berkata masih lagi menyiasat mengenai kesahihan bukti tersebut.

“Dia (SPRM) perlu siasat SMS samada betul atau tak, kita tidak diberitahu sebarang perkembangan. Mereka dah dapat bukti dan kenapa ambil masa yang agak lama?” soal beliau.
Sementara itu Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin mengatakan kekecewaannya kerana tidak dapat berjumpa dengan Pegawai yang terlibat untuk menguruskan kes tersebut.
“Kita nak berjumpa dengan IO (Pegawai penyiasat) tapi dia tiada. Dan terus dibawa kepada Tuan Rahman Bachok, Ketua IO.
“Pegawai tidak mahu berikan maklumat dan kita minta dengan laporan untuk bertindak secepat mungkin,” tegas beliau.
Dua pimpinan Keadilan tersebut telah berjumpa dengan Rahman Bachok yang merupakan Penguasa Kanan SPRM, kira-kira jam 11 tengahari tadi untuk membuat laporan terhadap Salleh.

NFC: SPRM perlu jelaskan e-mel 'unsur rasuah'

PUTRAJAYA, 2 Feb: Jingga 13 hari ini mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan dengan segera berhubung perkembangan laporan isu e-mel yang dihantar oleh Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas.

Kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa sewaktu menyerahkan memorandum kepada SPRM, laporan telah dibuat pada 12 Januari lepas berkaitan bukti e-mel bertarikh 31 Disember tahun lepas yang bertajuk "sekarang NFC adalah mangsa penipuan" sehingga sekarang tidak ada sebarang perkembangan.


Memorandum tersebut telah diterima oleh Penolong Kanan Penguasa SPRM, Azlin Mohd Ali pada jam 11.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM di sini.
"Sehingga sekarang kami tidak mendapat apa-apa perkembangan dari laporan yang telah dibuat. Apa yang pasti jelas e-mel yang ditulis oleh Megat Najmuddin menunjukkan wujudnya unsur rasuah yang melibatkan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

"Arahan rasuah itu jelas apabila Mohamad Salleh mengarahkan Datuk Samsulbahrin sebagai orang tengah bagi merasuah pihak polis sebanyak RM1.755 juta agar perkara itu ditutup," dakwa Fariz.

Tambahnya lagi, SPRM masih bersikap diam diri serta tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi laporan tersebut dan ia seolah-olah wujud sikap pilih kasih dalam kes yang dikendalikan oleh SPRM.

"Kita melihat Samsulbahrin ditangkap dan sekarang berada di Penjara Sungai Buloh tetapi malangnya pelaku rasuah Mohamad Salleh masih bebas serta tidak didakwa langsung," dakwanya lagi.

Katanya, email yang dihantar oleh Megat Najmuddin perlu dipandang serius.

Ini, ujarnya memandangkan Najmuddin merupakan Ahli Lembaga Penasihat SPRM serta selari dengan laporan polis oleh Samsulbahrin pada 27 Januari lalu.

"Beliau mengaku bahawa terdapat arahan dari Mohamad Salleh agar beliau (Samsulbahrin) membayar pihak polis bagi menutup siasatan skandal NFC," katanya lagi di hadapan bangunan SPRM.

Fariz juga menyebut laporan SPRM juga telah dibuat oleh Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dan juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pada 31 Januari yang lepas mengenai perkara itu.


"Jingga 13 meneruskan tekad untuk terus menjadi pendesak dalam isu NFC yang tampak begitu bersungguh-sungguh cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu.

"Justeru, Jingga 13 ingin mendapatkan kepastian tentang status siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM. Rakyat perlu tahu apakah perkembangannya kerana sudah diketahui umum ini semua adalah melibatkan wang rakyat.

"Jika Ketua Persuruhjaya SPRM tidak mampu dan tiada kredibiliti adalah lebih baik meletakkan jawatan agar dapat dilantik pengganti yang baru yang lebih tegas serta telus dalam melakukan siasatan tanpa takut tekanan pihak lain" sambungnya lagi.

sumber : Harakah Daily

Isu NFC: Jingga 13 Akan 'Serang' SPRM Putrajaya!!

 


ISU: Penyerahan Memorandum Kepada Ketua Pengarah SPRM Mendesak Penjelasan Siasatan Ke Atas' Emel NFC' Yang Tiada Perkembangan!

Jingga 13 meneruskan tekad untuk terus menjadi pendesak dalam isu NFC yang tampak begitu bersungguh-sungguh cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu.


Jingga 13 akan berkunjung ke Pejabat SPRM Putrajaya bagi menyerahkan memorandum kepada Ketua Pengarah SPRM bagi mendesak penjelasan dan laporan perkembangan isu emel yang dihantar oleh Tan Sri Megat Najmudin Megat Khas kepada satu kumpulan emel, yang secara jelas dan nyata membayangkan berlakunya aktiviti rasuah terhadap anggota PDRM yang menyiasat kes NFC.

Sejak laporan SPRM dilakukan oleh salah seorang komrad Jingga 13, belum ada sebarang siasatan atau soal siasat yang dilakukan terhadap mana-mana individu penting seperti yang disebut dalam emel yang dinyatakan.

Justeru, Jingga 13 ingin mendapatkan kepastian tentang status siasatan yang sedang dilakukan oleh SPRM. Rakyat perlu tahu apakah perkembangannya kerana sudah diketahui umum ini semua adalah melibatkan wang rakyat.

Rakan-rakan media dan bloggers dijemput ke Bangunan SPRM Putrajaya, Parcel D Presint 2 Putrajaya pada 2 Februari 2012 jam 11 pagi. Kehadiran amat dialu-alukan.

Saifuddin Shafi Muhammad
Setiausaha
JINGGA 13

Wednesday 1 February 2012

PAS SOKONG LYNAS?

Pengerusi Eksekutif Lynas berniat jahat



KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah Salleh dan PKR sahaja. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.

Tegasnya, perjuangan menentang pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut adalah perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar dan masa depan generasi akan datang. “Malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat yang telus dan terbuka tidak sebagaimana masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dan membuat penilitian berdasarkan ilmu dan akal yang waras selepas menilai pelbagai kemungkinan dan kesan yang akan timbul kelak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut. PAS, tegasnya lagi adalah konsisten melalui dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut. Katanya, usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota disokong sebulat suara lalu di panjangkan kepada Muktamar PAS Kawasan Indera Mahkota yang juga disokong secara konsensus. “Usul ini kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS negeri Pahang dan seterusnya diluluskan dalam Muktamar PAS Pusat,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau berkata, PAS Indera Mahkota seterusnya menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) bagi menyelaraskan asktiviti dan gerak kerja mewakili parti bagi menentang projek tersebut dan BADAR kini merupakan organ parti yang bernaung di bawah Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Jelasnya lagi, Tuan Guru Presiden PAS telah menyerahkan mandat PAS kepada Lajnah Alam Sekitar di bawah pimpinan Zulkefly Mohamad Omar untuk bersama-sama dengan penduduk Pahang menentang projek itu.

Katanya, kehadiran dan sokongan dua tokoh utama PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis Makan Malam Perdana bagi mengutip dana untuk tindakan mahkamah ke atas Lynas pada 7 Januari lalu satu lagi isyarat jelas pendirian kepimpinan utama PAS terhadap isu Lynas. Beliau menambah, penglibatan segelintir ahli dan penyokong yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung adalah atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar dan pendirian PAS.


Justeru itu, ujarnya tidak timbul isu PAS menyokong Lynas sebagaimana yang di putar-belitkan oleh Curtis dan golongan-golongan yang berkepentingan dalam projek tersebut. Katanya, pendirian Curtis bahawa pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia sekiranya pembangkang membatalkan projek ini apabila berkuasa nanti adalah sama sekali tidak berasas.

“Saya bersetuju dengan kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bahawa sebaliknya pelabur asing mana yang sanggup datang ke Kuantan yang bakal dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi kerana radiasi kilang Lynas tersebut,” ujarnya.

Sebaliknya, kata beliau Curtis perlu menjawab dengan jujur mengapa kontractor AkzoNobel yang membekalkan resins untuk pembinaan kilangnya di Gebeng seperti yang didedahkan New York Times. Soalnya, bagaimana pula masalah kelembapan yang dibangkit AkzoNobel yang menjadi sebab penarikan kontraktor tersebut dalam pembinaan tangki pemprosesan nadir bumi, yang dikatakan tidak stabil dan bakal berlaku kebocoran dan menyebabkan pencemaran.

“PAS tegas dengan keputusannya dan berjanji akan menghalang kilang Lynas habis-habisan. Sekiranya kita diberi kuasa memerintah kelak, PAS berjanji akan memansuhkan operasi kilang ini dengan serta merta. “Seperti kata Mursyidul Am, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah – buang BN, ambil PR!” katanya.



Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'jaga cucu di rumah'!


KUALA LUMPUR 1 Feb: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihati mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas.
Katanya, beliau sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya sejak bertahun-tahun itu.
“Itu orang tua belum habis lagi ka? Sudah la tu. Dia dan keluarga sudah kaya-raya, Mirzan dah berbilion.
“Cukuplah, duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah,” katanya kepada lebih 1,000 hadirin di acara rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran KEADILAN Batu di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jinjang Selatan, Kuala Lumpur.
Anwar  mengulas serangan Mahathir pada Isnin lalu yang mendakwanya mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat berbangsa Yahudi.
“Dia kata saya dekat dengan orang Israel. Dulu dia kata saya ikut orang Cina. Kalau jadi PM, saya akan jual negara ini pada orang Cina.”
“Dey ane! Mana satu ini.
“Hari itu saya pergi majlis Ponggal, saya pakai topi India. Macam MGR (bintang filem India). Nanti dia kata saya ikut orang India pula!” sindir Anwar seperti dilapor Malaysiakini.

KEADILAN baru-baru ini mengecam tindakan media milik Umno, Utusan Malaysia yang memutarbelitkan kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal, 26 Januari lalu.
Parti itu menegaskan pendirian ketua umum KEADILAN itu selari dengan Inisiatif Keamanan Arab dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ketika wawancara tersebut.
Kenyataan Anwar itu berhubung prinsip Penyelesaian Dua Negara atau  Two-State Solution yang turut dipersetujui gerakan Islam termasuk Hamas, dengan syarat Israel menghormati kedaulatan negara Palestin.
Ia turut ditegaskan oleh timbalan menteri luar Hamas, Ghazi Hamad untuk mematuhi resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB) 1967, berhubung konflik Palestin-Israel.

sumber: keadilan daily

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...