PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 21 April 2012

Dataran Shah Alam jadi kuning!!! laungan SPR ‘ngapusi’ bergema


SHAH ALAM: Sebelum Dataran Merdeka dibanjiri 500,000 rakyat sempena Bersih 3.0 pada 28 April ini, Dataran Shah Alam terlebih dahulu bertukar menjadi serba kuning. Ia berikutan lebih 200 masyarakat pelbagai kaum dengan memakai t-shirt Bersih 3.0 berhimpun selama dua jam mulai jam 3 petang sebagai acara pemanas badan.

Isteri muda mati tergantung di tali buaian!!!



KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai jual ayam terkejut apabila menemui mayat isterinya tergantung di tali buaian yang diikat di alang rumah mereka di Taman Tengku Panglima, Wakaf Mek Zainab, di sini petang kelmarin.

Skandal Menteri : Artis ancam tindakan mahkamah!!



Pelakon wanita terkenal Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada menteri Umno yang didakwa mempunyai "hubungan intim" dengannya.

Friday 20 April 2012

Video Bongkar : Wajah-Wajah Yang Terlibat Dalam Pertukaran Alamat








Muhammad Asri Yaakub

ADUN Sungai Udang, YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin.

Inilah anak salah seorang anak Yang Berhormat terlibat dalam skandal pertukaran alamat di kampus UTEM. Nama beliau ialah Muhammad Asri Yaakub anak kepada ADUN Sungai Udang, YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin.

Video: 'Bukti' paksa, pujuk siswa pindah undi didedah



DAP Melaka mendedahkan 'bukti' terdapat anak pemimpin Umno tempatan memaksa dan cuba 'membeli' pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) supaya menukar alamat tempat pengundian bagi memberikan kemenangan BN di kawasan tertentu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Kad Pengenalan pun ada tarikh luput?

 Adakah ia dimiliki oleh warga asing? 


Sepasang kekasih ditemui mati dalam kereta!!!

Sekadar gambar hiasan!

KUALA LUMPUR - Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1 petang tadi akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.
 

PTPTN : Akhirnya Mahasiswa mengalah?

 PTPTN: SMM kosongkan Dataran hormati Agong
DSAI sanggup meluangkan masa untuk bersama mahasiswa di Dataran Merdaka!
KUALA LUMPUR - Selepas tujuh hari berhimpun, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengosongkan tapak khemah di Dataran Merdeka buat sementara waktu, mulai hari ini, bersempena Konsert Diraja yang akan berlangsung esok.

Thursday 19 April 2012

Anwar kecam samseng serang mahasiswa di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR 19 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan kepada mahasiswa semata-mata berbeza pendapat mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Video: Polis biarkan samseng serang khemah mahasiswa!!




KUALA LUMPUR: Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan dengan menumpu sasaran terhadap mereka yang membawa kamera dan perakam video.

Wednesday 18 April 2012

Skandal BN: Menteri Bayar Artis RM 100 ribu sekali jumpa??



KUALA LUMPUR 18 April: Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Aktivis mahasiswa mahu PM hapuskan PTPTN!!!

Adakah Mahathir sudah nyanyuk apabila mendakwa PTPTN ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim?

SHAH ALAM - Aktivis mahasiswa, yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu, bertekad akan terus berada di premis itu sehingga kerajaan bersedia mengadakan perbincangan dengan mereka berkenaan dengan tuntutan meminta pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

SEBARAN SEGERA, MAHASISWA PERLU BANTUAN DI DATARAN



Dikhabarkan jam 3 pagi ini, anggota polis dan DBKL akan merobohkan khemah dan mengusir mahasiswa yang berkampung di dataran merdeka bagi mendedsak pembelajaran percuma.

Dari maklumat di fb dan tweeter, telah ada lebih kurang 200 anak muda turun untuk mempertahankan mahasiswa ini, walaubagimana pun sumber itu sukar disahkan buat masa ini.

Tuesday 17 April 2012

Pasport ditahan tetapi masih bebas ke luar negara?


KUALA LUMPUR 17 April: Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang masih bebas ke luar negara untuk tujuan perniagaan membuktikan operasi syarikat itu masih berjalan seperti biasa.

Pelajar Berkhalwat Di Hotel Murah!!!


SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Video: Bapa Mahasiswa Sokong Mahasiswa Tuntut Pendidikan Percuma


KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, Mohd Ismath Habib Mohamad menyokong perjuangan anaknya yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma.

Monday 16 April 2012

Dr Mahathir Pertikaikan Keuntungan Perjualan Lebuhraya MEX!!!

Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP


KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.


Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

Video: Debat Lynas TV1!


Selepas tiga minggu, rakaman debat melibatkan anggota parlimen Kuantan daripada PKR Fuziah Salleh berhubung kontroversi pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan masih tidak disiarkan di televisyen.

Sunday 15 April 2012

Video: Mahasiswa Dirempuh Khemah Dirobohkan Oleh Penguasa Zalim


(Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR: Tuntutan supaya kerajaan melaksanakan pendidikan percuma dan membatal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan tuntutan segelintir mahasiswa, sebaliknya ia menggambarkan desakan rakyat.

TER NOW - TER KINI DARI DATARAN MERDEKA!!






BERITA BARU MASUK JAM 5.03


dua khemas telah dirampas.



telah berlaku bergelutan dashat



seorang pelajar telah ditunbuk




ANAK MUDA SEDANG BERTAHAN








Penguatkuasa DBKL rempuh mahasiswa, robohkan khemah



KUALA LUMPUR 14 April: Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak ganas apabila merempuh mahasiswa yang membuat benteng bagi mempertahankan khemah mereka dari dirobohkan di Dataran Merdeka.
Dua mahasiswa, dikenali Alif Hafiz dan Alif Asyraf turut cedera apabila dicekik dan ditumbuk dari bahagian belakang ketika penguatkuasa berkenaan meroboh khemah mereka jam 5 petang tadi.

Daripada enam buah khemah yang didirikan sejak semalam, hanya satu sahaja yang tinggal selepas ia dirosakkan penguatkuasa  DBKL.
Menurut seorang jurucakap mahasiswa terbabit, beberapa anggota polis yang berada di situ hanya menyaksikan kejadian tersebut tanpa melakukan sebarang tindakan.
Katanya, mereka juga telah berbincang dengan peguam dan akan meneruskan ‘Sidang Rakyat’  seperti yang dilakukan malam tadi.
Mahasiswa membuat benteng mempertahankan khemah mereka
Bagaimanapun katanya, mahasiswa terbabit memerlukan khemah untuk meneruskan aksi bantahan mereka.
Semalam, kira-kira 30 mahasiswa mendirikan khemah di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan dan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mereka juga merancang untuk berkhemah di kawasan itu sehingga 28 April ini.

Mahasiswa ada hak dirikan khemah di Dataran Merdeka


(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 11 April: Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ahmad Zaki Yamani mempertahankan tindakan mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka. Ini kerana katanya, tindakan itu adalah hak asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan.

“IPD Dang Wangi sudah beri kenyataan tidak akan masuk campur dalam hal ini kerana ia di bawah bidang kuasa DBKL,” katanya. Beliau berkata demikian ekoran cubaan sekumpulan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama anggota polis menghalau aktivis mahasiswa yang memasang khemah di kawasan itu.

Berlaku pertengkaran kecil ketika Zaki cuba mempertahankan hak mahasiswa itu yang menyaksikan polis dan pegawai DBKL  itu terpaksa mengalah selepas campur tangan beberapa pegawai DBKL lain.


Kira-kira 40 mahasiswa berkhemah di kawasan itu sejak petang semalam bertujuan mendesak kerajaan membatalkan pinjaman PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu juga merancang untuk berkhemah di situ sehingga himpunan Bersih  28 April ini.

Semalam kira-kira 1000 mahasiswa berarak dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dengan membawa sepanduk dan melaungkan slogan ke arah tuntutan pendidikan percuma.

[Video] Pengerusi FELDA Sudah Gila Kuasa?


Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad telah melantik dirinya sebagai ketua di beberapa entiti dalam Felda dalam usaha untuk mengukuhkan kuasa, dan sanggup melanggar segala undang-undang dalam proses untuk menguasai seluruh anak syarikat Felda!

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...