PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 30 March 2013

Panas: Datuk Maslan mengaku umNO adalah Parti Bodoh!!


Inilah yang dikatakan oleh Datuk Ahmad Maslan! Kini sudah terbukti kata-kata Datuk Ahmad Maslan, umNO kini hanyalah sebuah parti BODOH! 

Friday 29 March 2013

Video :Pemimpin PERKASA Pro umNO Hina Agama Lain


 
Zulkifli Nordin ~ PERKASA

Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim. 

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Video : Warga Nigeria Mengamuk di Balai Polis



Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.
Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.

Panas : Papa Gomo Akhirnya Ditangkap Dengan IGP!!!



Bagai adik dgn abang gayanya.. patutler tak kena tangkap sampai ke hari ini!



Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...


Video: Inilah Negara Harapan Rakyat!!



Bayangkan Realiti yang kehidupan yang lebih indah jika Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat!! 

Hanya dengan pimpinan Pakatan Rakyat, 

    Thursday 28 March 2013

    Arahan Sulit PKR Terbongkar?




    Inilah fitnah terbaru umNO! Kalau difikirkan secara logik, parti yang mampu menang pada PRU13 akan buat kerja2 macam ni? Ini kerja2 orang yang nak kalah jer!! Tak percaya .. cer tanya macai2 umNO balik!

    Menurut macai UMNO yang menyebarkan dokumen ini, ini adalah arahan sulit yang telah dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat khusus bagi menghadapi pilihanraya ke 13 ini..

    Dalam arahan berikut ahli-ahli PKR pada peringkat pertama dikehendaki untuk wujudkan kekecohan di pusat mengundi supaya 'crowd' berasa kurang senang dan kecewa dengan kelemahan pengurusan Pusat Mengundi.

    Video Seks 2 Nurul Izzah Disebar oleh Blogger umNO!!


     

    Tak serik-serik blogger umNO ni dengan fitnah video seks ni..
    Kalau dulu dah kantoi klik kat sini.. kini keluar lagi version lain pulak..
    Yang sebarkan pula semuanya blog-blog umNO! 
    Siap bersambung2 lah pulak tu! Pastu kat blog tu pulak ada ayat Al-Quran!
    Memang umNO parti haram jadah betuller
    Nauzubillah...  

    Wednesday 27 March 2013

    Video : Bagaimanakah Pakatan Harapan Rakyat Boleh Menurunkan Harga Minyak!!

    Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 :

    Harga Minyak Turun


    Video Pelakon Popular mengaku melakonkan adegan haram kerana pengarah!!!


    “Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

    Skandal Sex Nik Aziz di Kota Mekah pula tersebar?

    umNO & Fitnah tiada berpisah jua!
    Sejak dari tahun 1998 lagi umNO sudah tiada isu lain, Nak cakap parti ini bela rakyat, merompak duit rakyat lagi ada lah. Tak cukup lagi dengan merompak, parti ini juga telah banyak kali menyalahgunakan kuasa yang mereka ada! Mereka telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka demi kepentingan peribadi dan politik mereka dan kroni. 


    Isu Kapal Selam Scorpene, Perwaja Steel dan NFC adalah salah satu dari bukti penyalahgunaan kuasa mereka! Itu belum lagi termasuk kes-kes yang telah ditutup seperti PERWAJA dan PKFZ yang ditutup atas sebab-sebab tertentu!

    Video Lucah Nurul Izzah pula kantoi!



    Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan ALLAH SWT susulan laporan media bahawa akan muncul video seks dan foto melibatkan Ketua Pembangkang itu sendiri dan anaknya, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR.

    Bob Lokman Makan Tak Basuh Pinggan??

    Bob Lokman (dua, kanan) ketika menjawab pertanyaan moderator, A Razak semasa Wacana Sinar, semalam.

    Bob Lokman menarik perhatian audien dengan analogi 'pinggan kotor' yang mengaitkan dengan penghijrahannya menyertai parti pembangkang.


    Video: Papagomo Ada Hubungan Sulit Dengan Pimpinan UMNO???


    Papa Gomo bersama NAJIB RAZAK dan RAIS YATIM


    KOTA BHARU: Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula. Oleh itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini ditarik balik.

    Tuesday 26 March 2013

    Video Lucah Nurul Izzah & Tan Sri Khalid pula tersebar??


    Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim antara pemimpin PKR yang dikaitkan dengan dakwaan video seks terbaru yang mungkin dikeluarkan oleh Umno pada masa depan, dakwa Datuk Saifuddin Nasution.

    Video: Janji umNO Janji DiCapati!!





    Projek Rumah Mampu Milik di Simpang Tiga, Bagan Datok

    Papa Gomo jual rumah nak bayar saman???


    NASIB SEORANG PEMFITNAH UPAHAN UMNO...

    -> Rumahnya Pula KOSONG... Kenapa ?

    Ketika diberi peranan dgn upah ekstra lumayan, macai ini begitu hebat dgn namanya menjadi sanjungan penggemar2 Umno. Beliau boleh naik kapal terbang bersama PM, beliau boleh berada dlm kapal selam bersama PM, beliau boleh mendapat projek besar seperti di Sukma. Malah lidah rasmi Umno sering menjadikan fitnah yang dimainkannya sebagai bahan berita.

    PKR tolak tawaran 10 minit siar manifesto!!!



    Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad


    PETALING JAYA - PKR hari ini mengumumkan pendirian rasmi pihaknya menolak tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


    Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa tawaran itu bersifat berat sebelah kerana masa diberi sangat sedikit.



    "Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi.


    Ubah- Lagu Tema Kempen DAP PRU13


    Lirik: Anthony Loke Komposer: Yu Heng Pengarah MV: Jia Keng

    Negara-ku, Tanggungjawab Bersama
    Masa Depan, Milik Kita Semua
    Jalan berliku, tentu mencabar
    Bersama kita harungi



    Al-Fatihah


    Inna lillah wa inna ilaihi raji'un ! 25 Mac 2013 sahaja tiga orang ulama di Malaysia telah selamat menemui Allah. Semoga roh-roh mereka ditempatkan bersama para syuhada' dan orang-orang beriman. Amin..

    Monday 25 March 2013

    Suara Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan ke udara di Radio Free Malaysia


    Wawancara Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan disiarkan secara langsung malam ini bersama rakyat Malaysia di seluruh negara melalui siaran Radio Free Malaysia. Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998. Ianya akan menjadi wawancara khas sempena operasi stesen radio baru ini, Radio Free Sarawak (RFM).

    Manifesto Pakatan Harapan Rakyat : Turunkan Harga Kereta!!


    Bagaimanakah caranya?
    Jom kita Share dan like!!
    http://www.youtube.com/user/DemiRakyat
    Kerana hanya kita yang mampu laksanakannya.


    Senarai Ahli Parlimen Barisan Nasional Yang Tidak Diperlukan Lagi Pada PRU13




    Sejak akhir-akhir ini pelbagai spekulasi dibuat mengenai siapa yang akan bertanding di PRU-13 nanti dan siapa yang digugurkan.

    Antara spekulasi tersebut ialah:

    DIGUGURKAN

    1) Tun Abdullah Ahmad Badawi (gambar - Kepala Batas)

    2) Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar - enggan bertanding)

    3) Noraini Ahmad (Parit Sulong)

    4) Syed Hamid Albar (Kota Tinggi)

    5) Azmi Khalid (Padang Besar)

    6) Radzi Sheikh Ahmad (Kangar)

    7) Ong Ka Ting (Kulai)

    8) Fong Chan Ong (Alor Gajah)

    9) Leo Michael Toyad (Mukah)

    10) Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (Jerantut - enggan bertanding)

    11) Sulaiman Taib (Kota Samarahan)

    12) Peter Chin (Miri)


    Rancangan Pembunuhan Anwar Ibrahim Terbongkar!!!



    Seorang penyokong kuat Barisan Nasional berbangsa Negro yang telah menjadi permastautin tetap di Malaysia telah didapati mengeluarkan kata-kata berbaur pembunuhan. 

    Sunday 24 March 2013

    Najib Razak Mencipta Sejarah!!!

    Tahniah!! Najib Razak dah masuk dalam Buku " Malaysia Book Of Records"

    Siapa tak kenal PM Malaysia ini..

    Ketika berumur 23 tahun, pernah menjadi Ahli Parlimen Paling Muda setelah menang ketika bertanding di Pekan

    Menjadi Menteri paling muda ketika berumur 25 tahun. Menjadi Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

    Menjadi Perdana Menteri tanpa perlu mengadakan pilihanraya.


    Seorang Perdana Menteri yang paling takut berdebat!
    Seorang Perdana Menteri yang paling takut nak bubarkan Parlimen!
    Seorang Perdana Menteri yang paling banyak berhutang sehingga kemuncaknya!

    Seorang Perdana Menteri yang paling bacul dan takut pada bini!

    Seorang Perdana Menteri yang paling takut dengan mahkamah!!

    Seorang Perdana Menteri yang paling banyak skandal!!


    Bakal Menjadi Perdana Menteri umNO terakhir!


    Bakal Menjadi Ketua Pembangkang umNO Malaysia yang pertama



    Bakal Menjadi Presiden umNO yang pertama dihadapkan ke Mahkamah 


    Bakal Menjadi Presiden umNO yang pertama dijadikan banduan!


    Ada sesiapa lagi nak tambah? Silakan!!

    Hanya 10 minit untuk menghormati demokrasi?


    MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim menyatakan bahawa selepas pembubaran Dewan Rakyat, semua parti politik yang bertanding pada PRU-13 dibenar membentangkan manifesto masing-masing di RTM.


    Menurut beliau, setiap parti akan diberi masa selama 10 minit dengan syarat ketat yang ditetapkan RTM, agensi di bawah kementerian beliau yang mana kementerian itu diketuai beliau sendiri dengan menyiarkan berita dan laporan pro-BN semata-mata..

    Rais memberi justifikasi atas tindakan ini sebagai ‘penghormatan kepada demokrasi’. Bagus tu, enak benar bunyinya. Inilah yang rakyat dambakan dari kerajaan. Soalnya sekarang, adakah ini satu pengakuan daripada pemimpin BN, adakah bermakna sebelum ini selama berdekad lamanya kerajaan BN tidak menghormati demokrasi?

    Apa pun, bukan saja yang ditawarkan hanya 10 minit, diletakkan pula syarat-syarat termasuk mesti disediakan dalam bentuk rakaman, yakni bukan “live” atau secara langsung. Rakaman visual dan suara atau suara sahaja, atau siapa yang membuat rakaman? Siapa yang tentukan rakaman yang sah?

    Namun kita percaya bahawa siaran 10 minit dalam bentuk rakaman ini dibuat untuk memastikan RTM boleh menyunting mana-mana bahagian menurut budi bicara mereka. Nampaknya kementerian Rais mahu jadi Lembaga Penapis Filem, mahu gunting mana-mana bahagian yang tidak disukai. Sudahlah ruang yang diberi itu 10 minit saja, nak kena potong lagi.

    Apatah lagi Rais itu Menteri BN. Saban hari ia gunakan RTM untuk puji BN, hetam Pakatan Rakyat. Selama ini pun para pemimpin PR tak pernah diberi ruang untuk menjelaskan dasar, apa lagi mempertahankan diri daripada serangan zalim BN. Malah, tohmahan Rais terhadap PR pun tak diberi peluang menjawab.

    Nampak gayanya, pemberian ini sangat tidak ikhlas. Bak kata orang, kalau nak beri, berilah betul-betul. Kalau ragu-ragu, baik jangan buat. Inikah namanya ‘penghormatan kepada demokrasi’?

    Demokrasi bagi UMNO BN adalah menurut apa yang mereka fahami, jika dia nak beri itu maka diberinya, pandangan rakyat dan pembangkang ditolak tepi. Beginilah keikhlasan BN kepada rakyat. Upin dan Ipin pun dapat 30 minit setiap minggu, manifesto Pakatan Rakyat hanya 10 minit setiap lima tahun?

    PR ini kalilah…BN lain kalilah.


    Bersenjatakan janji, Pakatan gempur Melayu Johor


    JOHOR BARU, 24 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menggempur Kampung Melayu Majidee, berkempen menjelang pilihan raya malam tadi, menyerang teras Melayu bandar Johor dengan menjanjikan pendidikan percuma kepada pengundi baru kawasan tersebut, dan janji untuk mengekalkan penempatan itu kepada penyokong tradisional Umno.
    Berhimpun di wilayah Melayu bersejarah di pusat bandar Johor Bahru, lebih kurang 2,000 orang telah diberi amaran oleh pemimpin-pemimpin PR kerajaan negeri mereka, diterajui oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang didakwa “rasuah”, mempunyai rancangan untuk menjual beberapa kampung dalam penempatan tersebut untuk komisen lumayan.
    Akan tetapi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, anak kelahiran Johor yang dikatakan menjadi calon pilihan PR untuk menggantikan Abdul Ghani sebagai MB, berjanji perkara ini tidak akan berlaku di bawah pemerintahan pakatan jika ia berjaya merampas kubu Umno di Johor dalam pilihan raya akan datang.
    “Dengar cerita tanah Kampung Melayu Majidee nak dijual, pemimpin Umno sedang bincang-bincang, komisennya cukup lumayan,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu kepada hadirin.
    “Kalau Umno tak boleh pertahankan tanah orang kampung, kami PR akan selamatkan tanah tuan-tuan,” tegas Salahuddin disambut sorakan dan teriakan penyokong mereka.
    “PR akan jadikan Kg Melayu sebagai Kampung Warisan Negara, Umno tak fikir ini semua ...  esok dah hilang kampung, nak buat apa, nyanyilah lagu ghazal,” kata beliau merujuk kepada lagu tradisional Melayu Johor.
    Kampung Melayu Majidee adalah penempatan untuk selurang-kurangnya 10 kampung Melayu dan dikatakan mewakili suara Melayu bandar Johor, kubu kuat lama parti tunjang Barisan Nasional (BN), iaitu Umno.
    Tetapi orang-orang yang hadir malam tadi kelihatan riuh dalam menunjukkan sokongan mereka untuk rentetan pemimpin PR -bergilir-gilir di pentas ceramah.
    The Malaysian Insider mendapati ramai orang muda di kalangan hadirin, faktor yang tidak dilupakan oleh penceramah kerana mereka bangkit untuk sorakan lebih padu.
    Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kemuncak malam tadi, dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berjanji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
    Selain itu, Anwar memberikan jawapan khas terhadap kritikan kerajaan persekutuan di bawah PR akan mengakibatkan kehilangan kuasa politik orang Melayu, kumpulan etnik yang paling dominan di negara ini.
    “(Kalau) menang,  menanglah, tak menang takpelah, kita tawakal kepada Allah. Kita tak mungkin kekal dalam perjuangan ini kalau nak khianat Melayu,” tegas Anwar.
    Walau bagaimanapun, terdapat dikalangan hadirin yang meragui retorik PR.
    Seorang hadirin yang ditemui The Malaysian Insider walau bagaimanapun berkata, cabaran PR di Johor amat besar kerana mereka perlu memecahkan monopoli Umno dan BN daripada penduduk Melayu Johor jika mahu menawan negeri tersebut.
    Monodon, 49, mengakui Melayu Johor lebih cenderung kepada Umno, dan kesedaran politik mereka terhadap PR amat sedikit.
    “Tapi pengundi muda, ada anak- anak yang merupakan pengundi baru ... mereka ini lebih kepada PR, mereka ada maklumat daripada alternatif media,” katanya.
    Di semenanjung, Johor dilihat sebagai kunci PR untuk menawan Putrajaya, diantara negeri yang tidak terkesan dengan Tsunami politik Pilihan Raya 2008.
    Menjelang Pilihan Raya 2013, PR memberikan tumpuan menang di Johor termasuk secara strategiknya memindahkan pemimpin utama mereka untuk bertanding di negeri selatan tanah air itu.
    Diantaranya termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang diumumkan oleh Anwar awal minggu ini bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.
    Melayu merupakan 60 peratus daripada tiga juta populasi di Johor, yang juga penempatan kepada 74 kawasan FELDA di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
    Undi Melayu FELDA sering dijadikan BN sebagai kunci utama dalam pertempuran pilihan raya, dan juga telah dikreditkan sebagai antara sebab-sebab di sebalik survival BN dalam pilihan raya umum 2008.
    Dalam Pilihan Raya 2008, BN menjadi kerajaan yang kuat di Johor apabila menang 25 daripada 26 kerusi parlimen dan 50 daripada 56 kerusi DUN.
    Tanpa kemenangan di Johor, BN akan kalah di tangan PR di semenanjung, dengan hanya 60 kerusi persekutuan berbanding PR yang mempunyai 79 kerusi.
    Dengan mengambilkira kerusi Johor, kerusi di semenanjung antara BN dan PR adalah 85-80.

    Rakan Facebook Jingga 13

    Blog Archive

    Tip Top Sponsor


    Intense Debate Comments

    Artikel Berkaitan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...