PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 26 November 2011

Blogger umno kantoi fitnah Mb kedah

Siapa tidak kenal dengan blogger fitnah umno. Terbaru saya baru perasan satu blog umno iaitu Duke of UMNO, dimana postingnya itu cuba memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, kononnya Ustaz Azizan, MB kedah diselamatkan umno.


boleh ke blog lembu umno di sini 

Apa yang dimaksudkan oleh blogger tersebut ialah, Ir Phahrolrazi dan Ir Amiruddin Hamzah cuba menggulingkan Ustaz Azizan di Kedah, dan musuh PAS kedah adalah orang Pas kedah sendiri. Tetapi itu hanyalah propaganda blogger lembu umno yang cuba menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

Ahli Parlimen KEADILAN menyanyi untuk kutip derma

KONGRES Keadilan 2011 yang berlangsung di Pulai Srings Resort, Johor Darul Takzim terus mencatat peristiwa-peristiwa yang menarik. Terbaru, seorang MP Keadilan Datuk Johari Abdul menyanyi bersama dalam satu 'busking' bagi membantu satu acara mengumpul derma untuk program "Hope 2 Walk".




Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani kelihatan bersama sekelompok besar perwakilan dan pemerhati yang sama-sama berkumpul semasa sesi berehat, tidak kekok dan dengan sikap penuh sporting bersama-sama seniman yang dijemput menyanyi bersama sambil memegang kotak derma.

Antara lagu yang dinyanyikan bersama adalah "Berita Untuk Kawan" yang pernah dipopularkan oleh Ebiet G. Ade, penyanyi tersohor Indonesia. Kelompok besar yang bersama turut memberikan sokongan dan menyanyi bersama-sama sambil menghulurkan derma.

Sumbangan adalah untuk program "Hope 2 Walk" yang dijalankan bagi membantu adik Annisa dan adik An-Nur untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan menerima pendidikan yang baik. Kedua anak istimewa ini hilang keupayaan untuk berjalan.



Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah menghubungi penganjur di talian 012-2124414/013-2096373/013-2031355 yang dibuka 24 jam sehari. Penyumbang juga boleh menderma terus ke dalam Tabung Harapan Annisa dan An-Nur di nombor akaun Maybank 156114001424 milik bapa mereka, Mohd Affandi Bin Ramli.

Selain itu, boleh juga menyumbang terus ke nombor akaun Bank Islam 14229020019752 milik adik Annisa Bt Mohd Affandi. Setiap sumbangan adalah satu langkah harapan.

Layari www.hope2walk.blogspot.com atau www.facebook.com/pages/Hope-2-Walk untuk maklumat lanjut.
source:

Bersihkan Pilihanraya Atau Bertempur Di Jalanraya


Amaran Kata Dua Ketua Angkatan Muda KeADILAN kepada Najib Tun Razak pada Kongress Nasional KeADILAN 2011  

GEMPAR!! Lelaki Misteri ini adalah Dato Redzuan? bukan Musa Hassan!!


Sebelum ni, lelaki misteri yang mukanya mirip bekas Ketua Polis Negara, telah tersebar luas (tengok disini).  Untung la dapat bini muda! haha...tetapi sayangnya, tidak menutup aurat! Semoga bahagia la hubungan mereka.. 



Menurut  informer lagi, lelaki ini bukanlah Tan Sri Musa Hasan (Bekas KPN).. tetapi ianya adalah Dato Redzuan? , Siapakah Dato ini? Adakah ianya seorang jutawan?? Lihatlah kekayaannya sehingga boleh membuat hantaran seperti ini..  Kami masih menyiasat.. siapakah Redzuan yang dimaksudkan itu?

WARTA JINGGA :Siapakah Dato Redzuan, 
lelaki misteri yang paling romantik 2012 ? 
 SELAMAT PENGANTIN BARU Dato!!

Kenali blogger umno! wajah kati senget

Selama ini kita hanya mengenali nama-nama mereke di laman-laman blog pencacai UMNO,, sekarang kita boleh mengenali rupa wajah mereka

Klik pada imej untuk wajah lebih jelas

Selama ini wajah yang aku dok pernah nampak ialah Papa Gomo , tetapi kali ini banyak yang aku kenali, semuanya warak-warak belaka seperti suara dari bumi, jas salleh, pas beruk, padi jantan dan azmy awang kelana jaya,,, semua mereka ni sentiasa menghentam dalam Facebook... kecuali afiq Kl tower yang aku jarang terbaca namanya....

Moga-moga muka-muka ini dapat hidayah dan diberi petunjuk oleh Allah S.W.T...
source : manjungmari

Bila LEMBU DIPERLEMBUKAN?? (Sambungan)

Adakah anda masih ingat cerita ini?

Bila LEMBU DIPERLEMBUKAN??


Hari Ini Terbukti Sudah!! Apa yang berlaku sebenarnya.. adalah kes Tipu 686 Pembeli Rumah Kos Rendah : "Mohd Yatim Dato' Abu Bakar" Bukan Kakitangan MB Selangor


Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang bernama Mohd Yatim Dato' Abu Bakar bukan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor.

Individu berkenaan dikatakan menipu pembeli rumah kos rendah dengan mengambil sejumlah bayaran sebagai deposit untuk memperdaya pembeli rumah di beberapa kawasan di Klang, Balakong, Selayang dan Cheras.

Sehubungan itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata dakwaan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang menuduh pegawai Menteri Besar terlibat dalam penipuan ini adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Justeru, sejak mengambil alih pentadbiran 2008 Kerajaan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk memansuhkan kuota politik samada secara nyata mahupun tersirat dalam segala bentuk bantuan kepada rakyat.

"Sekarang berbeza ketika pentadbiran Umno-BN terdapat kuata politik bagi pembelian rumah kos rendah dan banyak penyalahgunaan kuasa dan banyak penyelewengan yang berlaku," kata Faekah yang meminta mangsa yang terpedaya membuat laporan polis dan mengesa pihak berkuasa menyiasat segera perkara ini.

Malah, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah membuat laporan polis terhadap individu berkenaan sebanyak empat kali berdasarkan maklumat yang diterima daripada mangsa.

Ditegaskan sekali lagi, Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Menteri Besar dan LPHS tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau individu untuk mengutip bayaran bagi mendapatkan rumah kos rendah atau perkhidmatan lain - TVS News

*********************************************************************************************

686 Dakwa Ditipu Beli Rumah Kos Rendah Minta Dibela MB Selangor

SHAH ALAM: Seramai 686 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah menghantar memorandum kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis menuntut supaya Menteri Besar Selangor itu membela nasib mereka.

Memorandum diserahkan oleh wakil kumpulan itu Mohamed Durrany Izam, yang diiringi kira-kira 50 pembeli rumah murah berkenaan, kepada Pegawai Komunikasi Menteri Besar Selangor, Noor Amin Ahmad. Mereka mendakwa ditipu seorang individu yang mengaku sebagai pegawai khas Menteri Besar Selangor hingga membuatkan mereka membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,100 bagi pembelian rumah kos rendah di Taman Botani Klang, Taman Selayang Mulia, Taman Harmoni Balakong dan Taman Intan Cheras yang didakwa atas kuota politik oleh individu terbabit. "Kami pernah mengadu masalah kami kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan jadi kami harap Menteri Besar dapat membela nasib kami.

"Kami dijanjikan oleh individu yang turut mendakwa dirinya Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Malah diberikan surat oleh LPHS dan bawa kami melihat rumah tapi akhirnya kami diperdaya," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang turut bersama kumpulan itu berkata kumpulan itu juga mahukan permasalahan mereka dibawa kepada perhatian persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang sedang berlangsung. Sementara itu, kerajaan Selangor menafikan terbabit dalam urusan jual beli rumah kos rendah seperti yang didakwa oleh kumpulan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata pihaknya tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan penjualan mana-mana rumah kos rendah kerana semua urusan dilakukan secara terus melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah.

"Malah penjualan rumah murah tidak memerlukan sebarang deposit. Siasatan kami juga mendapati rumah-rumah murah yang ditawarkan kepada pembeli terbabit sebenarnya sudah ada pembeli," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan cuba membantu pembeli yang tertipu dengan menawarkan rumah murah di lokasi yang lain. - BERNAMA

Warta Jingga : Apa yang berlaku sebenarnya adalah ramai pembeli percayakan agen hartanah yang sanggup mempergunakan dan menjaja nama ahli politik untuk melariskan jualan hartanah mereka sehingga pembeli sanggup membayar deposit dahulu tanpa melalui peguam/pesuruhanjaya sumpah. Akhirnya apabila menyedari dirinya ditipu, pembeli akhirnya akan menyalahkan ahli-ahli politik tersebut sedangkan mereka tidak tahu menahu. Perkara ini sudah lama berlaku dari dulu, kini dan apakah akan berlanjutan selama-lamanya? KENAPAKAH INI MASIH BERLAKU? 


Friday 25 November 2011

Guru piano kena rogol

PERIKSA...kereta mangsa ditemui di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling, semalam.
PERIKSA...kereta mangsa ditemui di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling, semalam.
JOHOR BAHRU: Kehilangan seorang guru piano yang tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam Perodua Myvi miliknya dengan kesan jerutan di leher serta tangan diikat di belakang badan di persimpangan Jalan Undan 12, Taman Perling di sini, semalam.

Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju-T putih, jaket perang serta skirt paras lutut dengan seluar dalamnya terlondeh dipercayai dirogol sebelum dibunuh di tempat lain. Mayatnya kemudian diletakkan dalam kereta berkenaan.

Lagi Tuduhan rasuah membabitkan kementerian belia dan sukan

JAKARTA: Seorang pegawai Kementerian Ehwal Belia dan Sukan Indonesia, Wafid Muharam, menghadapi hukuman penjara enam tahun jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah berhubung pembinaan projek Perkampungan Atlit Sukan SEA di Palembang.



Pendakwa, Encik Agus Salim, memberitahu Mahkamah Antirasuah di Jakarta bahawa Wafid, setiausaha Kementerian Ehwal Belia dan Sukan, telah menerima cek bernilai 3.2 bilion rupiah ($459,684) kerana memberikan projek bernilai 191 bilion rupiah kepada syarikat pembinaan Duta Graha Indah.

Remaja kena rogol lagi !

PASIR GUDANG - Malang buat seorang remaja berusia 17 tahun dari Taman Cendana, di sini, apabila ditipu sebelum dirogol oleh seorang individu tidak dikenali di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran kawasan tapak takungan air, Masai, 19 November lalu.

Mengimbas kembali peristiwa hitam itu, gadis itu mendakwa diperdaya lelaki terbabit ketika sedang menunggu van pekerja di perhentian bas bersebelahan rumahnya sekitar jam 1 petang.

LaGI UMNO pengkhianat bangsa


Ni lah salah satu bukti UMNO pengkhianat bangsa! 

Surat ini menunjukkan bukti UMNO Puchong cuba utk menggadaikan tanah org melayu kpd non-bumiputra.. ini ke yg dikatakan membela nasib org melayu, habis semua tanah org melayu nak digadaikan.. lagi lama UMNO memerintah, betambah byk lg tanah org melayu akan tergadai.. 

Lagi lama memerintah, lagi la dok jual melayu...tapi masuk tv, hidup melayu! kah kah kah...
umno memang perangai macam taik..

Pemuda menampar menteri Pertanian ditahan!


HARVINDER SINGH yang menampar Menteri Pertanian India, Sharad Pawar, ditahan dalam sebuah kereta polis di New Delhi semalam.


NEW DELHI – Seorang pemuda menampar muka Menteri Pertanian India, Sharad Pawar semalam untuk menarik perhatian berhubung kenaikan harga makanan dan amalan rasuah di negara berkenaan. Ketika kejadian, Pawar yang berusia 71 tahun sedang bercakap kepada sekumpulan pemberita dalam satu majlis politik apabila dia diserang oleh lelaki tersebut. Beberapa laporan berita televisyen menyatakan, lelaki itu menjerit slogan tentang harga makanan yang melambung tinggi dan gejala rasuah.

Imej di stesen televisyen menunjukkan penyerang itu memegang sebilah pisau semasa dia ditarik keluar oleh beberapa pengawal keselamatan dan pembantu Pawar.
“Tahukah anda kenapa saya memukul beliau? Orang ramai di negara ini tertekan. Adakah saya salah?” jerit lelaki itu semasa dia dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan peribadi yang menangkapnya.

Stesen televisyen tempatan, CNN-IBN TV melaporkan penyerang itu kini ditahan polis. Menurut agensi berita AP, Pawar tidak cedera teruk dalam insiden tersebut. Menurut laporan agensi berita Bernama, Pawar yang memberi reaksi mengenai kejadian itu menyatakan perbuatan itu adalah bodoh. Ketika ditanya sama ada dia akan mengemukakan dakwaan terhadap penyerangnya, menteri itu berkata, terpulang kepada polis untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pawar berkata, penyerang itu dilihatnya berdiri dalam kumpulan wartawan dan dia mungkin mengambil kesempatan daripada kawalan keselamatan yang longgar.

Semasa ditampar, Pawar hilang imbangan badan dan kelihatan tidak peduli dengan kejadian itu sebelum menuju ke pintu keluar auditorium dan memasuki sebuah kereta yang sedang menunggunya. “Saya merancang untuk datang ke majlis itu untuk menampar menteri tersebut,” kata penyerang Pawar, Harvinder Singh. Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengutuk kejadian itu.

Robot tercanggih teroka marikh

WASHINGTON: Robot terbesar dan paling canggih pernah dicipta bakal dilancarkan esok bagi meneroka planet Marikh.Robot yang menggunakan kuasa nuklear dan sebesar sebuah kereta kecil itu bakal memulakan perjalanan selama sembilan bulan bagi misi penerokaan menentukan adakahplanet itu sesuai atau pernah sesuai menampung sebarang hidupan.Makmal Sains Marikh bernilai AS$2.5 bilion ($3.3 bilion) itu akan dilancarkan ke Marikh dengan menaiki roket United Space Alliance Atlas 5 esok pada 1502 GMT (11.02 malam waktu Singapura) dari Stesen Angkatan Tentera Cape Canaveral, di selatan Pusat Angkasa Kennedy.

Ia dijangka mendarat di kawasan Gale Crater, Marikh, pada 5 Ogos tahun depan.Kawasan Gale Crater dipilih kerana ia mempunyai gunung setinggi lima kilometer dan dipercayai mengandungi mendapan dan tanah liat, yang mungkin pernah mengandungi air, dan oleh itu, kehidupan.'Tempat ini kelihatan mempunyai harapan, memandangkan ia pernah mengandungi air suatu masa dahulu membuatkan ia tempat yang boleh didiami,' kata saintis utama bagi program Penerokaan Marikh Nasa, Encik Michael Meyer.Di bumi, kehidupan mikrob wujud di mana sahaja air wujud, oleh itu para saintis berharap perkara yang sama juga berlaku di Marikh.

Pihak Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) melihat robot peneroka itu sebagai titik pertengahan dalam perjalanan panjang meneroka Marikh, yang bermula pada 1976 dengan pendaratan kapal angkasa Viking di planet itu.Sebarang maklumat yang dikirimkan melalui misi terbaru itu, tentang kesesuaian Marikh untuk didiami dan kadar radiasi planet itu akan digunakan Nasa bagi menentukan misi penerokaan selanjutnya.

Robot peneroka, yang juga digelar Curiosity itu dan seberat 899 kilogram itu, dilengkapi kamera video dan alat menganalisis batu dan tanah yang canggih.Tangan robot itu juga boleh menggerudi tanah atau batu dan mengisarnya sehingga menjadi serbuk sebelum makmal kimia bergerak di robot itu menganalisis serbuk itu dan mengirimkan maklumat kandungannya ke bumi

Thursday 24 November 2011

Siapakah lelaki ini, siasat dulu!

Kenapa agaknya si suami tidak mahu dikenali? Benda yang elok dan baik, tak salah kalau disebarkan.. lagipun kalau dah sah apa nak ditakutkan lagi? Inilah satu-satunya gambar suaminya yang jelas dan terang!. 


Rasa-rasanya sesiapa pun kenal dengan wajah suaminya .. mukanya mcam...err,yang dah bersara dari kerajaan beberapa tahun lalu... Yang menjadi persoalannya.. adakah kerana beliau telah bersara dan secara tiba-tiba menjadi kaya raya dan boleh menyediakan hantaran perkahwinan yang mewah seperti ini tanpa ditaja sesiapapun? namun lelaki ini masih disiasat betul atau tidak kesasihannya...

Dari Oh!Bulan,com
Rakan media, Gua Malaysia melaporkan satu perkara yang menjadi perhatian OHBULAN! berkenaan perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak. Syella Kamarudin mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 jutanamun menafikan hantaran kereta Mini Cooper seperti yang dipaparkan dalam artikel OHBULAN! tempoh hari.
“Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya  mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.”
Majlis resepsi yang diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November turut meraikan perkahwinan 2 orang adiknya dan dihadiri oleh 1300 tetamu itu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat & rakan.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.
“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”
Fakta mengenai kereta :
  1. Harga semasa Mini Cooper – RM195000
  2. Harga semasa Mini Cooper  S – RM250000, MINI CoupĂ© launched – only in 1.6 Cooper S form, RM250k
  3. Harga semasa Audi R8 – RM800000, Audi R8 GT: More power, less weight, not bare bones
WARTA JINGGA: SEPATUTNYA SPRM DAN PDRM MENYIASAT SUAMINYA INI KERANA DICURIGAI TELAH MENDAPAT WANG YANG MELEBIHI PENDAPATAN BELIAU YANG SEPATUTNYA...

KITA TUNGGU SIAPAKAH LELAKI INI !

Pemansuhan Tiga Proklamasi Darurat


Pakatan Rakyat menyokong  pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk:(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu 

(i) Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;


(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan


(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;



2. Kita gembira kerana YAB Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada

April 2011. Tambahan lagi, pendirian PM diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat: "Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:



(a) adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa akan terhenti berkuatkuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan


(b) kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan Negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada.


Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi. Pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


3. Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk

dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini.



4. Pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan untuk menghadkan pergerakan ahl-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.


5. Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat.


6. Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan

untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.



KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Siapakah Lelaki Misteri Yang Berkahwin dengan Artis ini?

Dari Blog Artis Beautifulnara.com 

(11 GAMBAR)Syella Kamaruddin Dan Suaminya

Bukan niat Abang Nara untuk memblurkan gambar suami Syella Kamaruddin. Seperti mana yang anda semua ketahui, sememangnya identiti suami Syella Kamaruddin mahu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Jadi untuk menjaga hati ramai pihak, Abang Nara dengan rela hati memblur gambar suami tercinta Syella Kamaruddin.
syella kamaruddin dan suami
Namun daripada gambar-gambar yang ada, jelas terpancar kebahagiaan di wajah Syella. Semoga berbahagia Abang Nara ucapkan. Bagi Abang Nara, usia bukan faktor menentukan kebahagiaan rumah tangga seseorang. Orang kata lagi berusia lagi banyak pengalaman. Tak gitu?
Lagi 10 keping gambar Syella Kamaruddin dan suami dengan membaca entri ini sepenuhnya.
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami
syella kamaruddin dan suami

Warta JIngga: Milik Siapakah Wajah Lelaki ini?

Dari Oh!Bulan,com
Rakan media, Gua Malaysia melaporkan satu perkara yang menjadi perhatian OHBULAN! berkenaan perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak. Syella Kamarudin mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta, namun menafikan hantaran kereta Mini Cooper seperti yang dipaparkan dalam artikel OHBULAN! tempoh hari.
“Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya  mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.”
Majlis resepsi yang diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November turut meraikan perkahwinan 2 orang adiknya dan dihadiri oleh 1300 tetamu itu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat & rakan.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.
“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”
Fakta mengenai kereta :
  1. Harga semasa Mini Cooper – RM195000
  2. Harga semasa Mini Cooper  S – RM250000, MINI CoupĂ© launched – only in 1.6 Cooper S form, RM250k
  3. Harga semasa Audi R8 – RM800000, Audi R8 GT: More power, less weight, not bare bones
Warta Jingga : Siapakah yang telah keluarkan duit dan hantaran sebanyak ini? Apakah dia juga seperti ROSMOH MANSUR? Yang menabung sejak dari lahir?

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...