PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 10 March 2012

8 Bukti Najib Perlukan Untuk Terus Berkuasa!!!



KUALA LUMPUR, 10 Mac — Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyambut baik penafian Pejabat Perdana Menteri berhubung dakwaan Putrajaya menanggung perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuannya  namun menegaskan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjawab bersama bukti-bukti yang sewajarnya.

Lagi Bukti Perdana Menteri Tempah Hotel Untuk Pertunangan Anaknya!!


Nak nafi apa lagi? Takkan Rosmah yang tempah hotel pulak? Sejak bila Rosmah jadi PM nih? Bukti dah ada! Bukti yang lain-lain ada di sini & sini! Ini baru bertunang, dah abis RM409,767 wang rakyat! Kita tunggu bila berkahwin nanti, berapa pulak perbelanjaan yang akan dibelanja oleh Najib & Rosmah nanti. Takkan ler tak dapat sponsor dari jutawan-jutawan UMNO kot? Kalau tak memang malangler Najib & Rosmah nih...  

Friday 9 March 2012

Kenapa saya baling kasut? - Imam Hoslan [Video]


salam sejahtera kepada semua
salam pada sahabat sahabat..

PANAS : Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis RUNTUH!!!

Siling stadium yang runtuh masih belum diperbaiki-gambar hiasan


Siling Pejabat Tanah dan Galian Perlis di Jalan Penjara di Kangar runtuh malam tadi berikutan hujan lebat. Kejadian itu menyebabkan sebahagian besar ruang pejabat digenangi air dan peralatan pejabat termasuk komputer dan dokumen tertentu mengalami kerosakan. Pengerusi Jawatankuasa Tanah dan Perhutanan Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 malam ini ketika hujan lebat.    

Thursday 8 March 2012

Imam Masjid Dipenjara Kerana Baling Selipar?


Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Najib umumkan SBPA batal - Kenyataan Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA – 8 MAC 2012
Sudah Terhantuk Baru Terngadah: Kerajaan Harus Belajar dari Kesilapan SBPA!
KEADILAN mengalu-alukan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang baru diumumkan hari ini. Namun, pembatalan ini jelas menunjukkan kegagalan berterusan Kerajaan Umno-BN dalam mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar yang begitu penting sebegini.

Bongkar: Najib Hubungi Sirul & Azilah Pada Malam Kejadian?

Hubungan telefon pada malam Altantuya dibunuh!
Beberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Wednesday 7 March 2012

"Kambing Hitam" NFC Cuba Menanduk Tuannya Kembali?

Skandal projek lembu: Shamsubahrin serah bukti!



Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Suami Kak Jat Terus Menyalahgunakan Dana Awam?

Dana NFC dicagar beli hartanah RM9.7 juta


KL Ecocity

KUALA LUMPUR 7 Mac: KEADILAN hari ini sekali lagi tampil mendedahkan penyelewengan yang dilakukan National Feedlot Corporation (NFC) apabila membeli lapan hartanah komersil di Bangsar, Kuala Lumpur, dengan menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan.

Tuesday 6 March 2012

Barisan Nasional Mesti Menang PRU13, Kalau Tidak!!!

Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya!!!


KUALA LUMPUR 6 Mac: Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Monday 5 March 2012

PANAS!! Najib Gila Kuasa?


Bila bekas menteri kewangan Barisan Nasional sendiri dah cakap camni! Takkan Najib tak reti-reti bahasa! Jangan jadi dayus dan tamak haloba! semua nak pegang! Kalau dulu ada jugak jawatan Bendahari! sekarang apa yang tinggal untuk pemimpin lain? Hanya jawatan Menteri Kewangan Kedua jer yang ada! Yang lain berkaitan dengan kewangan semuanya Najib pegang! Elok benarlah tu..!  Tolong letak jawatan Menteri Kewangan dan serah pada yang lain. Bukannya Najib tak tahu macam-macam benda dah berlaku sejak dia jadi Menteri Kewangan dari dulu hingga kini! Apa yang harga barang turun yang turun untuk rakyat? Semuanya Naik!! Tak pernah satu pun turun kecuali hujan dan embun! 

Sunday 4 March 2012

Najib Minta Maaf Dengan Keluarga Altantuya?

Kalau diikutkan sudah 2 kali Najib meminta maaf bagi pihak kerajaan Barisan Nasional! Ini adalah disebabkan kekalahan teruk Barisan Nasional di Selangor dan Kedah pada PRU12 yang lepas! Kenapa pulak beliau terpaksa meminta maaf? sedangkan yang bersalah adalah pemimpin-pemimpin Be-End yang lepas? 

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...