PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 18 February 2012

Video : Presiden MCA Berani Berdebat!! Presiden Umno Bila Lagi?


Part1
Part2
Part3
Part4
Part5
Akhirnya dua tokoh politik masyarakat Cina bersemuka dalam debat yang disiar secara langsung dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berdepan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bila lagi nak sahut cabaran Ketua Umum PKR untuk berdebat? Takkan belum turun gelanggang dah cabut?!!!

PANAS: Pemimpin Naik Motor Jumpa Rakyat 1Malaysia di Pekan!!

Asal jumpa rakyat, naik motosikal pun Anwar sanggup.
PEKAN: Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu rakyat.

Labuan : Bebas Cukai Tapi ..

Harga Barang Tetap Naik…… Pulau Bebas Cukai

Bandar Labuan - Bebas Cukai Tapi Harga Barang Naik(BN)!
Labuan, meskipun kepulauan yang bebas cukai, cuma terkenal kerana harga minuman keras dan kenderaannya yang murah. Yang lain-lainnya, termasuklah barangan pengguna seperti kelengkapan elektrik amat mahal kerana barangan ini tidak dimport secara terus ke Labuan. Harga barang keperluan asas adalah 20%-30% lebih mahal berbanding dengan negeri lain.

Gempar!! Dr Mahathir Adalah Ejen Yahudi Laknatullah ?(2)

sambungan dari isu Gempar!! Anwar Dipecat Kerana Umno Nak Jalinkan Hubungan Dengan Yahudi?





Surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel Laknatullah Ehud Barak!!
Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi Laknatullah!!

Friday 17 February 2012

Gempar!! Anwar Dipecat Kerana Umno Nak Jalinkan Hubungan Dengan Yahudi?(1)

Apakah sebenarnya yang berlaku pada 1998? Hanya Mahathir sahaja yang tahu kerana beliaulah yang paling berkuasa pada waktu itu. Beliau dikatakan telah merancang hubungan dagang Israel dengan Malaysia. Rancangan beliau bermula sejak tahun 1994 lagi.
Menurut Wikipedia, Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

TV3 Kena Serang?

Berita Fitnah Hiburan Maksiat

AIC (Anwar Ibrahim Club) menggegar Seri Pentas TV3 tadi untuk menghantar Memorandum Mendesak Media Prima berhad menghentikan serangan berat sebelah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung Polemik Israel dan Palestin. Kehadiran Presiden AIC , Saifuddin Shafi Muhammad , Timbalan Presiden , Al-Azadi Aljohari dan dua Ahli AIC disambut puluhan wartawan dan penggiat media.

Pemimpin Malaysia Kaki Temberang?

KUALA LUMPUR 16 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak temberang kepada rakyat dengan mengatakan defisit negara telah turun, tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, pengumuman Najib bahawa defisit turun dari 5.6 % pada 2010 kepada 5.0 %  pada 2011 adalah tidak benar, disebabkan sikap boros kerajaan berbelanja besar melalui cara off-budget.
“Suka Pas dan Pakatan ingatkan Najib, negara Greek bankrap kerana berbelanja besar melalui cara off-budget atau off-balance sheet sebegini,” katanya.
Katanya, kerajaan BN berbelanja bukan sahaja menggunakan peruntukan dalam belanjawan tetapi juga di luar belanjawan atau perbelanjaanoff-balance sheet.
Ia katanya dalam bentuk Liabiliti luar jangka (contingent liablities) iaitu hutang kepada pihak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) seperti IMDB, SPNB, PTPTN, MAS dan lain-lain yang dijamin kerajaan Pusat.

Thursday 16 February 2012

Isu Israel: Presiden AIC Akan Serah Memo Kepada TV3

ANWAR IBRAHIM CLUB (AIC)

Anwar Ibrahim Club (AIC) memandang serius tentang serangan media oleh Media Prima Berhad yang keterlaluan dan berat sebelah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Negara Israel yang begitu bersungguh-sungguh dimainkan oleh Buletin Utama, TV3. 

AIC melihat situasi ini seperti satu medan pembunuhan karakter yang terancang, bertujuan memburuk-burukkan serta menjatuhkan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan beliau tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul di media-media naungan Media Prima Berhad untuk menerangkan fakta sebenar dan mempertahankan diri berhubung isu tersebut.

Maka esok, 17 Februari 2012 jam 11.00 pagi, AIC akan menyerahkan memorandum bantahan ini kepada Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Lembaga Pengarah Media Prima Berhad di Sri Pentas,No. 3 Persiaran Bandar Utama,Bandar Utama,47800 Petaling Selangor Malaysia bagi menyatakan pendirian tegas kami berhubung perkara ini. 

Dijemput, rakan-rakan yang mendukung kebebasan media bagi sama-sama hadir ke penyerahan memorandum ini. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

GENERASI PENGGERAK ZAMAN


Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden
Anwar Ibrahim Club (AIC)

Mahathir mahu Shahrizat letak jawatan


SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar usah terlalu 'sayangkan' jawatannya sehingga enggan meninggalkan jawatannya walaupun ia tidak baik bagi Umno.



Mantan perdana menteri Malaysia itu, yang lewat tahun lalu meluahkan sokongannya agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan Ketua Wanita Umno itu meletak jawatan berikutan skandal Pusat Feedlot Nasional (PFN), menekankan kepada senator itu bahawa beliau akan akhirnya terpaksa meninggalkan jawatannya itu.

Wednesday 15 February 2012

Polis Buat Lawak? Sendiri Benarkan! Sendiri Tangkap & Soal Siasat?


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung perhimpunan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II pada 9 Januari lalu. Beliau memberi keterangan dan disiasat di bawah seksyen 41 A Akta Hasutan 1948 di Balai Polis Kepong kira-kira jam 11.05 pagi tadi.

Malaysia Sebenarnya Talibarut Amerika, Israel?


KUALA LUMPUR 15 Feb: Malaysia tidak pernah konsisten memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin, sebaliknya dasar luar kerajaan Barisan Nasional berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.
Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya Malaysia konsisten terhadap perjuangan Palestin dan menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap talam dua muka dalam isu itu.

Tuesday 14 February 2012

Panas: Lembu Umno Dah Jadi Timbalan Menteri Paling Angkuh dan Biadap!!!

Inikah perangai seorang Timbalan Menteri di JPM?
KUALA LUMPUR 14 Feb: Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said menyifatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebagai seorang yang angkuh dan biadap.

Beliau mengulas tindakan Ahmad Maslan semalam yang mencampakkan Buku Jingga ke dalam tong sampah, ketika sesi penerangan lebih dua jam kepada pemimpin Felda daripada keseluruhan 317 tanah rancangannya.

Najib Dah "Mati Akal" Nak Tawan Selangor?

Tee Keat jadi Menteri Besar Cina Pertama Selangor ?

Written by  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Terdapat spekulasi di kedua-dua belah pihak parti politik bahawa Ahli Parlimen Pandan dan bekas presiden MCA Ong Tee Kiat akan menjadi Menteri Besar pertama Selangor yang berbangsa Cina sekiranya pakatan Umno-BN berjaya menawan semula negeri itu pada PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Samada Perdana Menteri Najib Razak serius atau semata mendapatkan respon rakyat masih samar tetapi yang jelas pakatan Umno-BN itu sememangnya terdesak untuk menawan semula Selangor. Negeri itu adalah yang terkaya dan mereka telah kehilangannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim pada 2008.

Monday 13 February 2012

Nazri cuba selamatkan keluarga Shahrizat dari tindakan undang2?


KUALA LUMPUR 13 Feb: NGO anti rasuah, Jingga 13 menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang dianggap cuba menyelamatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dari tindakan undang-undang.
Ketua Penyelarasnya, Fariz Musa berkata demikian mengulas kenyataan Nazri yang menasihati Shahrizat membayar semula wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya, tanpa perlu meletakkan jawatan.
“Persoalan membayar balik dana rakyat yang dipinjam sejumlah RM250 juta adalah isu yang berbeza.
“Skandal NFC telah membuktikan bagaimana keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil bertindak menyeleweng dan berlaku pecah amanah jenayah apabila ia menyimpang daripada matlamat dan objektif asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan. Malah projek tersebut gagal,” kata Fariz.

Dulu Dah Kena Penyapu! Sekarang Nak Di Tong Sampahkan Pulak Ke?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini mencampak Buku Jingga ke dalam tong sampah tanda tidak puas hati terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat dalam isu Felda yang dipertikaikannya.

Menurutnya, beliau mengambil tindakan itu dalam majlis perjumpaan bersama kepimpinan tanah rancangan itu di Kuala Lumpur hari ini kerana beberapa perkara yang diketengahkan pembangkang didakwa tidak berdasarkan maklumat yang tepat.

Himpunan BEBAS ANWAR 901 - Ketua AMK Dipanggil Polis!!


KEPONG 13 Feb: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kepong untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan Himpunan 901, 9 Januari lalu.
Shamsul yang tiba kira-kira jam 11.45 pagi tanpa diwakili peguam, memberi keterangan kepada pegawai penyiasat, ASP Ooi Wei Seng.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip dan pegawai khas Adun Kota Anggerik, Shamsul Firdaus Mohamed Supri.

Video Piala Negara Africa - Zambia vs Ivory Coast (8-7)

Drogba Miss Penalty

Sunday 12 February 2012

Lelaki Uzbek Mengaku Salah Cuba Bunuh Presiden Barack Obama!!!

Ulugbek kodirov
Seorang lelaki Uzbekistan yang tinggal di AS mengaku salah di mahkamah persekutuan negeri Alabama kelmarin kerana cuba membunuh Presiden Barack Obama. Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan memberitahu, Ulugbek Kodirov (gambar), ditangkap dalam satu operasi rahsia semasa dia cuba mendapatkan bahan letupan dan senjata.

Kelantan Bina Lebuhraya Tanpa Bantuan Putrajaya

Kerajaan Negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

NONE
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.


“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

Page 100000 Rakyat menolak Budaya Samseng UMNO disebarkan untuk menunjukkan rakyat benci budaya samseng

Assalamualaikum..tengah berjalan-jalan melihat facebook mencari gambar pemuda umno samseng..terjumpa satu page  100000 Rakyat Tolak Budaya Samseng Pemuda UMNO.. 

dibuat pada 21 Disember 2011..malangnya baru 4 saja yang like.. so, mari ramai-ramai kita takan like di page ini sehingga sampai cukup 100000 untuk menunjukkan kita semua anti budaya samseng pemuda umno...


ini adalah link page tersebut :) 


Ketua Wanita Umno, Shahrizat Bakal Di Pecat?



Nampak gayanya Umno telah membuat keputusan untuk membuang Ketua Wanita Shahrizat jalil dan akan menggunakan keadah persetujuan dua pihak untuk mengeluarkan beliau daripada kabinet dan juga sebagai ketua Wanita Umno.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...