PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 19 November 2011

TAHNIAH!! MALAYSIA KE FINAL SUKAN SEA 2011!!

Saksikanlah gol kemenangan Malaysia di perlawanan Separuh Akhir Malaysia vs Myanmar oleh Fakri Shahrani pada minit 85

Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2

Dari Blog MiloSuam:


BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.

Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].

Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.

Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.

Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.


Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.




Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".

ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"

WARTA JINGGA: Ni bukannya pembela rakyat!! tapi perampas hak rakyat!! Sampai bila nak insaf??
Dahler pakai wang rakyat bina lebuhraya! tanah rakyat dirampas!! bila rakyat memberontak dikatanya anti-pembangunan!! INILAH KERA JAAN UMNO-BE END!! Jahanam!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-bodoh-mencuri-duit.html#ixzz1e88HIuR7

Friday 18 November 2011

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT-2)


Laporan SPRM Jingga13 bersama Ketua Koordinatornya, Fariz Musa dan Abd Rahman Yusof (Ketua Cabang Parti KeADILAN Rakyat Dungun) mengenai Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT-2

Kenyataan oleh Abd Rahman Yusof
1. Saya ingin menarik perhatian perbahasan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 2 November 2011 berhubung perkara diatas.
2. Saya telah melawat sebahagian tapak pembinaan Lebuhraya LPT-2 ini dan mendapati apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang adalah benar.
3. Disisipkan gambar keadaan pembinaan LPT-2 ini.
4. Saya minta kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan pihak-pihak yang bertanggongjawab menjawab segala perkara yang dibangkitkan seperti berikut:
i. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

ii. Harga asal RM3.7 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper 5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan lagi untuk menyiap projek ini dan tarikh untuk siap tidak menentu lagi

iii. Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil wang pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat.

iv. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai oleh wang rakyat Terengganu.

v. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

vi. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

vii. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hamper siap dan 12 lagi masih belum siap. Peruntukkan tambahan diperlukan lagi untuk menyiapkan pakej yang masih belum siap.

viii. Antara pakej yang bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Kerteh Daerah Kemaman. Nama Kontraktor : TSR Construction Sdn Bhd

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!

- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak – rm 174 juta. Harga semasa sudah meningkat ke rm 210 juta. Perlu tambahan rm 70 juta lagi untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir dibawah jambatan.

- Jambatan ini hamper siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak Sungai Bagus kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan rm70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.

b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re – tender. Nama Kontrkator: Arah Jitu Sdn Bhd

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak rm20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

c) Pakej 5A – Jalan Tidak Mengikuti Spesifikasi dan Amat Berbahaya Kepada Pengguna. Nama Kontraktor : Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd.

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya mengikut spesifikasi dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.

d) Banyak lagi penyelewengan yang berlaku dalam projek LPT-2 ini termasuk penganugerahan kontrak, pelaksanaan tidak mengikut spesifikasi, pembayaran dibuat tidak mengikut jadual kerja dan pelbagai lagi yang perlu disiasat oleh SPRM.

WARTA JINGGA: PENYELEWENGAN DEMI PENYELEWENGAN PEMIMPIN2 BE END TERBONGKAR AKHIR2 INI.. ADAKAH INI PETANDA BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN BE END DI MALAYSIA PADA PRU13? WALLAHUALAM...

Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 1


SEBELUM ini pernah didedahkan kisah "seram" jambatan dibina tapi tiada sungai. Selepas jambatan siap barulah sungai dipesongkan masuk ke bawah jambatan.

Kali ini satu lagi taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat Terengganu melalui projek Lebuhraya Pantai Timur di depan batang hidung rakyat. ReJaM bersama aktivis Jingga 13 sempat meninjau tempat kejadian.


Lihat gambar ini baik-baik, lihat bagaimana Lebuhraya Pantai Timur di kawasan Kampung Banggol Tuan Muda, Kuala Terengganu ini dibina?

Jalan yang lurus, tiba-tiba menjadi bengkok, projek lebuhraya yang sepatutnya melanggar tanah kosong, tiba-tiba dihalakan ke arah rumah orang kampung.

Difahamkan, 22 buah rumah akan dirobohkan akibat jalan ini dibengkokkan melanggar rumah orang-orang kampung Semanggul Tuan Muda.

Pampasan yang dijanjikan pula Hanya RM5000 satu lot untuk orang-orang kampung yang terlibat.

Berikut rakaman video keadaan jalan yang dimaksudkan.



WARTA JINGGA: SEMATA-MATA KERANA WANG! PEMAJU SANGGUP LANGGAR KAMPUNG? APAKAH NASIB RAKYAT DIKAMPUNG INI?? SIAPAKAH PEMAJU TERSEBUT? NANTIKAN PENDEDAHAN SELANJUTNYA!!!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-mencuri-duit-rakyat.html#ixzz1e2WkAAic

Thursday 17 November 2011

Wednesday 16 November 2011

PENYELEWENGAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2 ( LPT 2 ) dan JAMBATAN ATAS DARAT !


Lapuran SPRM oleh Jingga 13 di Terengganu terhadap PENYELEWENGAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PANTAI TIMUR II ( LPT 2 ) drp RM 3 Billion kepada RM 5 Billion dan JAMBATAN ATAS DARAT !!!!

Tarikh     :   17 November 2011
Masa       :   10 pagi
Tempat  :   Pejabat SPRM Terengganu , Wisma Persekutuan , Kuala Terengganu

RAKYAT TERENGGANU dijemput hadir ! SEBARKAN !

Kedah terus bela rakyat, Umno kedah baru dok tuduh sana sini

ALOR SETAR, 15 November 2011 – Kerajaan negeri yakin projek membina rumah mampu milik di seluruh Kedah akan memberi peluang kepada kira 25 ribu keluarga yang mendaftar untuk memiliki rumah sendiri.
Berucap sempena Ucapan Bajet 2012, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah, Penggal Keempat , Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah melantik STDC iaitu anak syarikat kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik di Kampung Seberang Terus dan Kampung Telok, Yan setelah fasa 1 projek Bandar Sejahtera di Pokok Sena mendapat sambutan yang menggalakkan.

Tuanku Sultan Kedah puji pelan ''Kedah Sejahtera'', terus maju bersama Pakatan Rakyat

ALOR SETAR, 15 November - Pelan Strategik Kedah Sejahtera mendapat kepujian  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ketika memberi  titah ucapan perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Bajet Penggal Yang Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Titah baginda, melalui buku tersebut perancangan dan pelaksanaan projek pertanian, akuakultur, pembuatan, pelancongan, prasarana dan pembangunan insan telah memberi impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Oleh itu baginda berharap semua pihak beri kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan agar pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar demi faedah kepada negeri Kedah.
Sehubungan itu titah baginda lagi, usaha menarik masuk pelaburan swasta giat dijalankan dengan memberi tumpuan bidang pembuatan, pengeluaran dan pemerosesan makanan serta perkhidmatan.

Kerajaan BN terus ingin memperbodohkan Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia

Kerajaan BN tersentak apabila keputusan mahkamah rayuan menetapkan bahawa AUKU sebenarnya  salah dari segi undang-undang, keputusan ini menjadikan mereka (Kerajaan BN) semakin takut atau boleh digelar ''ketaq bulu hati''.  Ini kerana kebangkitan mahasiswa yang berfikiran jauh, yang berfikiran positif serta matang dalam merangka idea untuk Malaysia semakin cemerlang dan menyebabkan penyelewengan kerajaan sekarang semakin terbongkar, dan mahasiswa lebih aktif membaca fakta dan tidak lagi membaca auta seperti utusex dan berita hairan. Auku bukanlah peraturan yang menguntungkan pelajar tetapi akan lebih menguntungkan kerajaan  BN apabila semua mahasiswa/siswi terus diperbodohkan!


Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Parti KeADILAN Rakyat Malaysia, Hj. Abas Awang, Pinda AUKU hanyalah janji kosong BN kerana mustahil dalam masa ini BN akan pinda AUKU kerana kebangkitan mahasiswa banyak telah merugikan mereka dalam memperbodohkan mahasiswa/siswi. Menurutnya lagi jika AUKU dilaksanakan ianya akan membendung aktiviti pensyarah seperti yang berlaku pada Prof. Aziz Bari dan menyebabkan mahasiswa akan terus disekat dari berfikiran terbuka dan kritis kerana ianya akan merbahayakan survival politik mereka pada masa hadapan!!

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadiAkta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:
  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.
Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (2 / 1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah
  • Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa menyiasat,menjalankan pendakwaan,mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.
Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.
  • Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.
  • Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.
  • Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:
    • amaran;
    • denda;
    • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
    • dipecat dari universiti.


Warta Jingga: Jangan kongkong mahasiswa, sehingga pecah kepala, maka akan pecahlah kubu Barisan Nasional.







Tuesday 15 November 2011

Lapan maut dalam restoren di China

SIASAT BENCANA: Pasukan penyelamat menyelongkar serpihan runtuhan akibat letupan di sebuah restoran makanan segera yang telah mengorbankan lapan jiwa

BEIJING: Satu letupan, yang menggegarkan sebuah bangunan di utara China, semalam, telah mengorbankan lapan orang dan mencederakan lebih daripada 30 orang lain.
Menurut laporan media rasmi negara itu, letupan di restoran makanan segera itu memecahkan tingkap pejabat di tingkat satu dan dua bangunan pejabat yang terletak di Xian, ibu kota wilayah timur laut China, Shaanxi. Bandar Xian terkenal kerana patung-patung pahlawan China zaman silam yang diperbuat daripada tanah liat dan dipanggil, Terracotta Warriors.

SHARIZAT LETAK JAWATAN!!!


KeSian Rakyat Malaysia!! Dahler kena tipu pasal Lembu.. Kena tipu lagi pasal kondo.. apa nak jadi dengan pemimpin2 yg kononnya membela Melayu!! Nak bela Lembu pun x mampu? Jangan mimpiler nak bela RAKYAT MALAYSIA... JOM DESAK MENTERI BELA LEMBU DALAM KONDO ni LETAK JAWATAN!!!





WARTA JINGGA : SEMUA YANG TERLIBAT DALAM SKANDAL FIDLOT WAJIB LETAK JAWATAN!!!

Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan
PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.

Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.

Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.

“Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,” katanya.

TPM pertahan Shahrizat
Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, “Shahrizat perlu letak jawatan.”

Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.

Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat.



Monday 14 November 2011

Tak habis-habis kerajaan umno nak menghukum mahasiswa!


Ramai bising pasal PTPTN. Kononnya mahasiswa lari tak nak bayar. Lepas tu bising pasal mahasiswa pilih kerja. Tapi pernah ke kerajaan fikir masalah mahasiswa? Nak kerja elok sikit bersesuaian dengan bidang dan course yang di ambil untuk memudahkan bayar hutang.. tapi bila dapat kerja gaji rm1,000 bayar sewa rumah rm200 monthly sebab share2, lepas tu motor rm250, rm20 electricity n water, rm200 barangan dapur.

Perdana Menteri letak jawatan sebab krisis hutang!

TAMAT ERA PEMERINTAHAN: Mantan Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, melambai kepada orang ramai ketika meninggalkan kediamannya di Rome, semalam

Pakar ekonomi dan mantan Pesuruhjaya Eropah disebut jadi pengganti


ROME: Perdana Menteri Italy, Encik Silvio Berlusconi, meletak jawatan semalam, selepas krisis hutang negara itu menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik.Pengumuman peletakan jawatan Encik Berlusconi, 75 tahun, dibuat oleh pejabat media Presiden Giorgio Napolitano, yang secara rasmi menerima peletakan jawatan berkenaan.Sementara itu, pakar ekonomi dan mantan Pesuruhjaya Eropah, Encik Mario Monti, disebut-sebut bakal menggantikan Encik Berlusconi dan membentuk pentadbiran baru dalam usaha mengatasi krisis hutang yang melanda negara berkenaan.

Lembu Umporno - SPRM pun mau jadi lembu tak boleh siasat


Tidak sampai setahun Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor beliau telah dituduh terlibat dalam rasuah.


Beliau telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih kemudiannya.

Sunday 13 November 2011

Tesco henti program kebajikan tapi sokong Festival Gay

TESCO telah mencetuskan kemarahan apabila menamatkan sokongannya kepada Cancer Research "race for life" sebaliknya membuat keputusan untuk menaja festival gay terbesar di Britain.


Segelintir kumpulan dan pengulas agama mengutuk keputusan itu dan menyeru orang ramai agar memboikot rangkaian pasaraya tersebut.

Tesco dilaporkan telah bekerjasama dengan Cancer Research selama lebih sepuluh tahun, dan berjaya mengumpul dana ratusan juta pound sterling di dalam membantu menangani penyakit yang telah menjangkiti satu pertiga penduduk Britain itu.


Rangkaian pasaraya besar itu sebelum ini memainkan peranan utama di dalam meningkatkan dana tahunan "Race for Life" sebuah program kebajikan wanita terbesar di United Kingdom.

Dilaporkan lebih £400 Juta (RM2 bilion) berjaya dikumpul sejak program kebajikan tersebut dimulakan pada tahun 1994.

Namun sebaik sahaja Tesco mengumumkan untuk menamatkan kerjasama dengan badan kebajikan itu, syarikat tersebut dilaporkan akan menaja Pride London.

Ketua Eksekutif Perkhidmatan Jualan Tesco, Andrew Higginson berkata "Pasukan kami akan menjalinkan kerjasama rapat dengan Pride London bagi memastikan festival tahun depan lebih menyeronokkan".

Ramai pihak yang kesal mengecam tindakan itu dengan alasan, Tesco sebagai rangkaian pasaraya tidak sepatutnya terlibat dengan organisasi politik yang agresif.

Sumber: Dailymail & Free Malays 

Tesco henti program kebajikan tapi sokong Festival Gay

PAPA GOMO BLOGGER BODOH BEBAL NAK MAMPUS!

Kami Anti Papa Gomo





Kantoi lagi!! Rumah Macam Ni Di Katakan Berjuta.. Rumah sape ni? Aku rasa PAPA GOMO lebih tahu.. Kah kah kaaaaaaaahh.. Haaaaakktuuuuiiihh!! Kalau dah kaki pemfitnah tegar tu, xleh buat apa apa laaaaaaaa.. baca boleh, percaya jangan! 








Papa Gomo.. blogger UMNO penfitnah no. 1 Malaysia kantoi lagi. Ada ke patut rumah macam ni harga BERJUTA RINGGIT? Mana buktinya?? Kalau nak tuduh biarlah berfakta. 












Nak tengok contoh rumah BERJUTA RINGGIT? Ni haaaaaaaaa.. Femes siap masuk tv ngan paper lagi.. Agaknya ko tau tak ni rumah siapa? Takkan aku nak bagitau gak kot? Bodoh punyer blogger!! Ini yang dikatakan 'blogger jalang'. Dapat duit hasil jual fitnah.







Satu cubaan bodoh dari United Monggol National Organisation dan semua komponen Bangladesh National!



Lagi Pemuda Umno bersikap kebudak-budakan aka kerja bodoh

PASIR GUDANG – Pakatan Rakyat (PR) kesal dengan sikap provokasi yang dibuat sekumpulan pemuda dalam usaha dan cubaan untuk menggagalkan Ceramah Isu Semasa Bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Perjiranan Sembilan Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas Johor, Syed Othman Syed Abdullah mendakwa, sekumpulan pemuda dipercayai Pemuda Umno yang membuat kekecohan melambangkan sikap pemimpin di Pasir Gudang yang mengamalkan politik kebudak-budakan.

Menurutnya, PR mencabar Pemuda Umno berdebat secara terbuka untuk membuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenar sebagai jalan penyelesaian agar insiden kekecohan tidak lagi berulang.

Imbau Kembali Perangai Umno kaki maki hamun

Assalamualaikum semua..hari ini getahskrab tak dapat pergi motong, tapi dapat nak share dengan korang semua cara-cara menasihati orang dalam umno.. 
umno lah kata ''kami pertahankam bangsa kami, agama kami, negara kami''

BOLEH PERCAYA KE CAKAP DORANG NI??

tabiat umngok ni dah lama rakyat dok perhatikan mereka, mereka berkumpul tiada masalah, mereka memaki hamun orang juga tiada masalah.. ini bukan cerita main2 beb, ini cerita benar! 

Dah le mereka berhimpun tanpa permit lepas tu tunjukkan pula kata-kata lucah tu. Agaknya dalam 51 tahun memerintah ni ini le ajaran terbaru UMNO sekarang.. Eh tak pula kena gas pemedih mata dan disuruh bersurai oleh Polis Raja di Malaysia. Wah perhimpunan kata-kata ganas tu pun aman bagi Polis ye..

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...