PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 14 April 2012

[Video] Kroni DIutamakan! Mahasiswa Dipinggirkan Punca Ribuan Mahasiswa Turun Ke Jalan Raya!


(Oleh Masdar Wahid)



KUALA LUMPUR: Hanya kerajaan zalim enggan menerima pandangan dan tuntutan mahasiswa termasuk memansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma hingga memaksa mereka turun ke jalan raya.
“Mahasiswa terpaksa turun ke jalan raya bagi menyuarakan tuntutan ekoran keengganan Datuk Seri Najib Razak menerima pandangan mereka,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula mendesak Perdana Menteri menyediakan dana untuk pendidikan percuma berikutan anak muda adalah pelapis masa depan.
“Kalau untuk kroni, pentadbiran Umno BN sanggup berhabis berbilion ringgit sedangkan nikmatnya hanya dirasai segelintir individu berkepentingan.


“Tiada alasan untuk tidak memberi dana khas untuk pendidikan percuma,” katanya.
Kedua-dua Naib Presiden KEADILAN itu berkata demikian apabila diminta berucap pada perhimpunan menuntut pemansuhan PTPTN dan pendidikan percuma.
Kira-kira 1,000 mahasiswa pelbagai institusi pengajian tinggi berhimpun dan berarak dari masjid jamek Kuala Lumnpur ke pusat beli-belah Sogo mulai jam 2 petang.
Mereka membawa kain rentang dan poster kecaman terhadap kerajaan Persekutuan dan desakan mengenai tuntutan pendidikan percuma.


Perhimpunan diketuai aktivis, Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia, selain disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Mereka melaung slogan antaranya ‘Student Power’, ‘Mansuh PTPTN’, ‘Jahanam Umno-BN, ‘Reformasi’ dan ‘Mahasiswa bukan robot’.
Pada perhimpunan itu, beberapa mahasiwa mengkalungkan gambar Najib Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan bunga yang membawa simbol ‘mati’.


Selepas selesai perarakan yang berlangsung tertib dan aman, sebahagian mereka kemudian berkhemah berhampiran Dataran Merdeka mulai jam 4.30 petang sehingga acara Bersih 3.0.

Bukti Najib Menggunakan Imam & Kadi Demi Kepentingan Politiknya!!


Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Najib Makin Terdesak?

Walaupun telah disahkan tidak bersalah oleh Mahkamah! DSAI terus diaibkan oleh Najib! Inilah ajaran 1 Malaysia! Fitnah Didahulukan Neraka Diutamakan!


Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri. Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Penasihat PKR itu dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi awal bulan ini setelah mengambil masa hampir tiga tahun untuk perbicaraan. 

“Kementerian Pelajaran boleh mengadakan mesyuarat dengan kami bila-bila masa. Kali ini, kami diberi taklimat tentang pencapaian kerajaan sejak beberapa tahun lalu,” kata seorang guru kepada The Malaysian Insider.

baca selanjutnya disini

[Video] Lynas-Nak Tunggu Rakyat Mati Baru Terbukti?




(Oleh: Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 13 April: Rakyat Malaysia tiada pilihan selain menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang sebagai jawapan kepada keangkuhan kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi Lynas, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
“Apakah kita mahu ulangi seperti yang terjadi di Bukit Merah? Tidak.

Sekali Lagi Khairy Jamaluddin Dicabar Berdebat!!!

JEMPUTAN KEPADA SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN:
GANTI DEBAT NFC DENGAN DEBAT PTPTN

Apakah sejarah ini akan berulang? Harap-harap ianya akan menjadi kenyataan di Malaysia  pula!

Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa “penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar” merujuk kepada twit beliau PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should” [1:57 pm, 11 April 2012]

Peneroka Felda: Durian Runtuh atau Durian Reput?


KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan “tersandar, rebah dalam kejutan” hasil tawaran awam permulaan atau “initial public offering” (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.

AMK: Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan Malaysia 



Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berpendapat bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia malah terdapat unsur penipuan dalam proses transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO/BN.

Friday 13 April 2012

Anwar Janji Akan Bebaskan Media!!!


KUALA LUMPUR 13 April: Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, media akan diberi kebebasan dalam membuat laporan jika Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pendidikan Percuma Merupakan Beban Bagi Kerajaan BN!!


(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 12 April: Dasar Pakatan Rakyat memperkenalkan pendidikan percuma lebih banyak kebaikan daripada keburukan seperti yang ‘dicanang’ Barisan Nasional (BN).
Ini kerana, pendidikan percuma daripada peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi memberi peluang sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia mendapat pendidikan lebih baik tidak mengira bangsa dan keturunan.

Buku Jingga Ancam Keselesaan Kuasa UMNO-BN

Oleh Hafiz Zainuddin

Apakah Barisan Nasional telah hilang pertimbangan waras atau semakin kecut apabila rakyat mula menuntut tekanan ekonomi ciptaan kerajaan dimansuh atau dikurangkan?

Malaysia tidak akan bankrap jika memenuhi tuntutan kebajikan rakyat pelbagai kaum yang telah banyak berjasa negara dengan pembayaran cukai-cukai yang dikutip saban tahun. Apalagi ditambah pula dengan hasil bumi yang kaya seperti minyak dan sawit, sumber dari pelancongan, perindustrian dan sebagainya.

Thursday 12 April 2012

[Video] Kita Mampu Hapus PTPTN - Keadilan!!!



Berapakah sebenarnya hutang PTPTN yang perlu ditanggung oleh kerajaan sekiranya pinjaman PTPTN dihapuskan?
Hutangnya adalah RM24.7 bilion. Ini adalah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh  peminjam-peminjam sehingga kini. Angka RM43 bilion yang disebut-sebut BN itu adalah jumlah keseluruhan pinjaman  yang telah diluluskan. Sebahagian besarnya belum dibayar, ada juga yang membatalkan pinjaman di tengah jalan dan pelbagai perkara lain.

Wednesday 11 April 2012

Negara Pengeluar Minyak Kehabisan Minyak RON95?

Hari ini minyak ESSO! Siapa tahu minyak PETRONAS juga bakal kehilangan bekalannya sedangkan Malaysia antara Pengeluar  Minyak Dunia!!

Hari ini dalam sejarah! Pertama kali bekalan minyak RON95 dan diesel jenama ESSO, kehabisan stok di 500 stesen minyak diseluruh negara! Apa puncanya? Adakah hanya kerana kenaikan harga minyak RON97 menyebabkan minyak RON95 terus menjadi rebutan? Kini minyak RON95 pula kehabisan stok dan menyebabkan rakyat terpaksa mencari di stesen-stesen minyak lain! 

Takut Digelar BODOH!! Kerajaan Bini Najib benarkan perhimpunan BERSIH 3.0.0

Tuesday 10 April 2012

[Video] Bapa Altantuya Dakwa Lihat Gambar Anak Dengan PM!!!

Adakah ini gambar yang didakwa dilihat oleh En. Shaariibu?

Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.

Skandal Dato Seri Ismai Sabri Yaakob Terbongkar!!!


KUALA LUMPUR 10 April:  NGO Jingga 13 mendedahkan wujud salah guna kuasa apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak memberikan penangguhan ‘khas’ kepada Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KTKKK) untuk melaksanakan GP6 (Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi) dan GP7 (Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi).

Rasuah & Salahguna Kuasa Datuk Ismail Sabri Yaacob Terbongkar!!!


KENYATAAN MEDIA oleh JINGGA 13 telah pun dibuat di Lobi Parlimen Malaysia sebenar tadi mengenai PENDEDAHAN TERHADAP RASUAH SALAHGUNA KUASA MENTERI KPDNKK DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB, SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA DAN TIMBALAN KETUA MENTERI SABAH DATUK SERI PANGLIMA YAHYA HUSSIN TERHADAP PELANJUTAN ‘ISTIMEWA DAN KHAS’ KOPERASI TANJONG KERAMAT KOTA KINABALU BERHAD


Sunday 8 April 2012

Anwar dakwa kes Scorpene akan bongkar kes Altantuya!!

Oleh : Abdul Rahim Sabri


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

VVIP UMNO Selangor Terlibat Dalam Kes Bunuh Sosilawati?


Baca maklumat lanjut di sini:

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...