PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 7 April 2012

Najib jadi Menteri Pembangunan Wanita! Rosmah jadi Perdana Menteri?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

[Video] Lembu Umno Kacau Ceramah DAP di Melaka



Semakin kerap pula puak-puak penyokong umno dan Barisan Nasioanl melakukan kekacauan sekarang ini , selang beberapa hari, Perkasa (penyokong tegar Umno) melakukan kekacauan di Kedah,  semua gara-gara mereka sudah sedar mereka kini sudah di hujung hayat, terdesak untuk terus berkuasa, mereka ini diarahkan untuk membuat kekacauan, tujuannya menakutkan orang ramai.

Najib Akan Benarkan Bersih 3.0?




KUALA LUMPUR, 7 April — Pemerhati politik percaya pihak berkuasa tidak akan bertindak kasar terhadap peserta himpunan Bersih 3.0 seperti mana yang berlaku tahun lalu, mengatakan ia satu strategi “bukan main bodoh” oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mereka bersetuju sebarang tindakan kasar untuk menghentikan perhimpunan pada 28 April boleh menjatuhkan Najib dan pasukannya, menunjukkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir untuk perdana menteri berdepan risiko kehilangan lebih banyak sokongan.

“Jika mereka lakukan sekali lagi seperti apa yang berlaku pada (himpunan Bersih) kali pertama dan kedua, ia bukan main bodoh, adakah anda fikir mereka ini naif? “Peluang ketiga diberikan untuk menunjukkan sama ada anda sebuah kerajaan yang menghormati nilai-nilai demokratik dan menolaknya...ia adalah bodoh malah ia mengatasi piawaian Barisan Nasional (BN),” kata pensyarah undang-undang Universiti Malaysia Dr Azmi Sharom.


Menurut beliau, himpunan Bersih 3.0 dijadualkan pada 28 April di Dataran Merdeka, ia merupakan bantahan “mogok duduk” dan tidak berarak di jalan raya. “Ia mogok duduk, yang lebih aman. Ia pasti akan menjejaskan imej kerajaan dan pilihan raya umum jika mereka bertindak kasar.“Paling sedikit ia hanya akan mengukuhkan bukti orang ramai terhadap mereka,” katanya.

Bersih 2007
Semasa dua himpunan Bersih — pada 2007 dan tahun lalu, kerajaan menggunakan pasukan polis mencegah rusuhan yang bertindak menyembur meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan yang berkumpul di jalan raya mendesak pilihan raya adil dan bebas.Pada perhimpunan 2007, yang berakhir dalam keadaan huru-hara, telah memberikan kesan kepada BN semasa pilihan raya umum 2008. Tahun lalu pihak berkuasa cuba menghalang perhimpunan itu dengan manahan penyokong Bersih walaupun sebelum perhimpunan pada 9 Julai itu bermula. Mereka menegaskan kumpulan yang memakai pakaian berwarna kuning akan ditahan.


Bersih 2.0
Perhimpunan aman itu menyebabkan ibu negara seperti sebuah penjara, dengan jalan-jalan utama ditutup sementara perkhidmatan awam dihentikan sementara. Sesiapa yang memakai pakaian kuning akan ditahan tanpa disoal. “Tetapi saya rasa kerajaan telah lihat apa yang berlaku akibat tindakan mereka tahun lalu dan tidak akan menggunakan taktik sama.

“Saya rasa beberapa pengajaran penting diperoleh dari situ,” kata Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider. Selepas 9 Julai, Najib mendapati kerajaannya berulang kali menjadi perhatian media antarabangsa kerana dikatakan menggunakan kekerasan berlebihan ke atas peserta perhimpunan aman.

Para penganalisis juga percaya gerakan masyarakat sivil negara telah berkembang disebabkan himpunan Bersih 2.0.Sebagai langkah persediaan mengawal keadaan, kerajaan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman lewat tahun lalu untuk mengawal perhimpunan aman dan membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya negara.

“Ia adalah mengapa Akta Perhimpunan Aman dirangka. Dan selain itu, cara kerajaan menangani perhimpunan yang lain — pembebasan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (Liwat II), bantahan Himpunan Hijau (terhadap Lynas Corporation) di Kuantan — ia nampaknya akan menjadi lebih baik untuk mengkaji permintaan Bersih.

“Mereka (kerajaan) menjadi lebih maju, mereka memberi tempat untuk berkumpul dan mereka dengan jelas mengelak atau mencegah diri mereka daripada memberi sebab-sebab yang membolehkan pembangkang dan masyarakat menyalahkan mereka.”

Keadah ini, tambah beliau akan membantu mengurangkan kesan politik terhadap perhimpunan seperti himpunan Bersih 3.0. “Jadi jika berlaku lebih banyak tindakan keganasan polis semasa himpunan Bersih 3.0...ia akan membangkitkan kemarahan rakyat,” kata Ibrahim.

Bersih 3.0

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengumumkan untuk menganjurkan himpunan Bersih 3.0, sehari selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan 22 cadangan PSC. Bagi Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia, pemerhati pilihan raya boleh melakukan kesalahan dengan Bersih.

Beliau mencadangkan penganjuran perhimpunan yang ketiga disifatkan beliau sebagai “berlebihan” dan akan mengakibatkan satu tindakan balas yang ganas walaupun untuk pembangkang dan Bersih, jika kerajaan memutuskan menghalangkan perhimpunan.

“Ya, lebih banyak tentangan terhadap BN dan pihak satu lagi. Kekecohan, huru-hara, tangkapan...ada yang simpati terhadap Bersih tetapi ada juga yang tidak.“Pengguna jalan raya, peniaga, mereka tidak akan gembira,” katanya.

Sebaliknya Agus mencadangkan semua pihak kembali kepada perbincangan untuk mencapai satu konsensus tentang bagaimana mengelakkan keadaan huru-hara di jalan raya.Sekurang-kurangnya dua reformasi sistem pilihan raya utama, katanya, mesti dilaksanakan untuk menyelesaikan kebuntuan buat masa ini — penggunaan dakwat kekal dan reformasi undi pos.

“Isu-isu lain seperti pengundian berganda, itu boleh diselesaikan dengan dakwat kekal,” katanya. “Perkara lain seperti membersihkan daftar pemilih boleh dilakukan kemudian. Tetapi sekarang ini, dua perkara penting ini perlu dilakukan segera,” katanya.

Namun Azmi tidak bersetuju, berkata perlu untuk Bersih mengadakan perhimpunan ketiga agar gerakan itu tidak hilang sokongan.

[Video] Perkosa 'serang' program PKR!!

Peniaga hampir kena pukul di program 
PKR Alor Setar 


Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Friday 6 April 2012

Kak Jat perlu cagar harta untuk elak lupus aset NFC!!!


KUALA LUMPUR 6 April: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil memberi jaminan peribadi berupa cagaran hartanya untuk mengelakkan aset-aset NFC yang sepatutnya dibekukan, dilupuskan NFC.

Rafizi membuat kenyataan itu selepas National Feedlot Corporation (NFC) dan kerajaan Umno BN tetap berdiam diri susulan pendedahan KEADILAN tentang cubaan melupuskan hartanah milik NFC semalam.

“Kita desak kerajaan minta Shahrizat bagi ‘personal guarantee’ supaya hartanya dijadikan cagaran. Setakat ini tiada apa-apa cagaran (daripada NFC atau Shahrizat),” kata Rafizi.

Menurutnya lagi, langkah itu perlu kerana berdasarkan perjanjian NFC dengan kerajaan Umno, risiko NFC hanya terhad kepada RM1 juta sahaja walaupun pinjaman yang dibuat berjumlah RM250 juta.

“Sekarang kita tahu syarikat ini akan ditutup. Menurut perjanjian, liabiliti NFC terhad kepada jumlah yang mereka sendiri laburkan sahaja iaitu RM1 juta sahaja,” katanya.

Rafizi sebelum ini turut mendedahkan wang RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat keluarga Shahrizat itu tidak disertai sebarang jadual pembayaran balik dan ia menimbulkan keraguan sama ada pinjaman itu akan dituntut semula oleh kerajaan atau pun tidak.

Beliau seterusnya memaklumkan KeadilanDaily yang satu pengumuman susulan akan dibuat pada 9 April depan berhubung cubaan NFC untuk melupuskan hartanah mereka.

Beliau juga menegaskan akan terus melakukan pendedahan demi pendedahan kerana ia pendekatan terbaik untuk memaksa NFC berhadapan dengan masyarakat.

“Kalau kita terus pendedahan begini kita tahu dia tiada pilihan kecuali berhadapan dengan rakyat,” katanya.

KEADILAN semalam mendedahkan syarikat NFC cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah miliknya yang sepatutnya dibekukan.

NFC kini dilaporkan sedang memuktamadkan penjualan tiga hartanah kepada sebuah syarikat, Insun Development Sdn Bhd (Insun Development) pada harga RM3 juta.

Ia dibuat sebaik sahaja Shahrizat mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak lama dahulu.

KEADILAN sokong penuh Bersih 3.0


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) amat bimbang akan kewibawaan dan kebolehpercayaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) setelah menerima dan mendedahkan maklumat tentang pelbagai penyelewengan yang berlaku berkaitan daftar pengundi, termasuklah:

- Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;


- Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;


- 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;


- Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.


Tambahan pula, KEADILAN amat kesal dengan tindakan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 3hb April lalu yang seakan-akan menghalalkan penyelewengan-penyelewengan ini dengan tidak membenarkan “minority report” pihak Pakatan Rakyat disertakan dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Maka dengan itu, saya bersama pimpinan tertinggi parti menggesa setiap anggota KEADILAN di seluruh negara untuk keluar menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 di mana sahaja perhimpunan ini diadakan.

“Demi Pilihanraya Yang BERSIH”

Nurul Izzah Anwar – Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Chua Tian Chang – Ahli Parlimen Batu, merangkap Naib Presiden KEADILAN
N Surendran – Naib Presiden KEADILAN

Exco Kerajaan Selangor Cedera Ditumbuk Oleh Peniaga Haram!!!


SERI KEMBANGAN – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, difahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.

Scorpene: Komisyen RM 144 Juta Terus Ke Poket Najib Razak!!!

Oleh  John Berthelsen 

Razak Baginda kini menjadi sasaran Mahkamah Majistret Perancis
dalam siasatan ke atas penjualan kapal selam berjumlah AS 1.2 billion!

Siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hanya 1 daripada 8 tuntutan Bersih ditunaikan, PAS akan kerah ahli turun!!



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan himpunan Bersih 3.0 perlu diadakan memandangkan hanya satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) diluluskan dalam laporan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC).

[Video] Forum Khas 'Putrajaya Bermula Di Sini'

Forum khas yang dihadiri oleh 3 tokoh muda Pakatan Rakyat!!!
Part1 - Husam Musa


Thursday 5 April 2012

KEADILAN dedah NFC cuba jual aset yang sepatutnya dibekukan

Datuk Seri Najib berbohong kepada rakyat apabila beliau mengumumkan bahawa asset NFC telah dibekukan





(Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 5 April:  KEADILAN mendedahkan syarikat Perbadanan Fidlot Nasional (NFC)  yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil cuba mengatur urusniaga bagi melupuskan hartanah-hartanah milik NFC yang sepatutnya dibekukan.

[Video] Umno Bukit Baru Bertindak Samseng Mengoyakkan Bendera PAS & Mengugut Bunuh !!

Bendera dan banner yang dipasang semula

Seorang isteri kepada seorang penduduk di Kg. Bukit Baru ini hidup dalam ketakutan apabila suaminya telah diugut bunuh oleh tiga lelaki dipercayai orang kuat UMNO di sini semalam ekoran daripada tindakan mengantung bendera PAS dihadapan rumahnya.

[Video] Ramalan Pak Adnan : BN Pahang Yakin Rampas Kembali Kerusi!!

Adakah MB Pahang ini juga ada hati nak jadi Tok Nujum?

TEMERLOH, 23 JAN : BN Pahang yakin mampu merampas semula semua kerusi yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata berdasarkan angin perubahan politik semasa, BN yakin dapat merampas semula kerusi terbabit walaupun mengakui ia sedikit sukar.

'Salahkah saya ke Kerinchi' - Adam Adli


SHAH ALAM – “Salahkah saya ke sana untuk melihat sendiri apa yang berlaku,” demikian kata aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim mengulas mengenai pihak yang mempersoalkan kehadirannya semasa operasi pecah unit kosong Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kelmarin.


Wednesday 4 April 2012

BERSIH 3.0 : RAKYAT WAJIB TURUN PERTAHANKAN HAK UNTUK PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL


Kenyataan Media
JINGGA 13 
Tarikh : 4 April 2012
BERSIH 3.0 : RAKYAT WAJIB TURUN PERTAHANKAN HAK UNTUK PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL
JINGGA 13 hari ini menyambut baik langkah untuk melaksanakan satu lagi perhimpunan pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 3.0 seperti yang diumumkan dalam sidang media sebentar tadi di KLSCAH oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0. 

[Video] - 500,000 dijangka sertai himpunan BERSIH 3!!




Penganjur BERSIH 3.0 hari ini mengumumkan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini - jam 2 petang 28 April - di Dataran Merdeka, pusat bandar Kuala Lumpur.



Pengerusi bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara itu turut menganggarkan 500,000 orang dijangka menyertainya kali ini.

Kerana Saham ADUN Muflis! Bagaimanalah nasib FELDA kelak?



Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.
    
Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.
   

Speaker Enggan Bersih Daftar Pemilih??

Speaker Pandirkar Amin meroyan takutkan 4 Perkara ini dibahaskan?




(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 3 April: Kengganan Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi ruang kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membahaskan usul laporan minoriti PSC dilihat terlalu angkuh dan tunduk kepada Barisan Nasional.

Tuesday 3 April 2012

Video Panas: Adam Adli ditumbuk curi ketika perobohan Flat Kg Kerinchi!!



(Oleh: Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 3 April: Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim hari ini dipukul sekumpulan lelaki ketika hadir memberi sokongan kepada 34 keluarga penghuni Flat Kg Kerinchi yang diarah mengosongkan kediaman mereka hari ini.

Video : Speaker Gagal Kawal Dewan, Tolak Laporan Minoriti

Kekecohan bermula apabila Pandirkar Amin menghalau 3 ahli Parlimen PR

KUALA LUMPUR 3 April: Kekecohan berlaku dalam perbahasan meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) di Dewan Rakyat. Ia bermula usul Pakatan Rakyat untuk membuat pindaan memasukkan laporan minoriti ke dalam laporan akhir PSC ditolak Speker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Saksikanlah video live dari Parlimen disaat Speaker Pandirkar menghalau keluar 3 ahli Parlimen PR!

Usul PSC tambah baik p'raya lulus dalam kecoh & 3 Ahli Parlimen PR Dihalau Keluar



Saksikanlah video live dari Parlimen disaat Ahli Parlimen PR dihalau keluar!


KUALA LUMPUR, 3 April: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dalam suasana kecoh.

Video : Liga Perdana Inggeris, MU Jarakkan Jurang Kejuaraan




MANCHESTER United (MU) terus kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dan melebarkan jurang mata dengan menang mudah 2-0 ke atas Blackburn.

Dua gol yang membolehkan tiga mata penuh bagi MU dijaringkan oleh Antonio Valencia dan Ashley.

Najib Samseng ???

Kesamsengan Najib terserlah sehingga tiada yang berani menegurnya kecuali Rosmah !!

(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 2 April: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Datuk Seri Najib Razak akan dilihat cuba melindungi kes jenayah yang dikaitkan dengannya jika tiada siasatan dilakukan terhadap penglibatan kongsi gelap dalam institusi polis.

TUKAR Ditubuhkan?

PAHANG DEFISIT 12 TAHUN BERTURUT-TURUT - NGO "TUKAR" MAHU TUKAR ADNAN YAAKOB!!


Sebuah NGO yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Gabungan Tukar MB Pahang (TUKAR) bertekad menjalankan kempen supaya Menteri Besar Pahang ditukar dengan apa cara sekalipun...

Penyerang Kebangsaan, Safee Sali Menceraikan Isterinya!!!


Mungkin jodoh mereka sampai disini sahaja, penyerang kebangsaan Safee Sali yang kinu bersama kelab Pelita Jaya FC bercerai talak satu dengan isterinya Sabarina Yusof, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Monday 2 April 2012

Video : PSC pilihan raya gagal bersihkan daftar pemilih!!!

PSC gagal mencapai objektifnya

KUALA LUMPUR 2 April: Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk memperbaiki pilihan raya gagal mencapai objektifnya walau pun bersidang selama enam bulan dan mengadakan sekurang-kurangnya enam pendengaran awam.

Bila Polis Wanita Dituduh Cabul Wanita !!

Sekadar gambar hiasan

Oleh tukanglawan

Berita mengenai hubungan antara bekas ketua polis dengan golongan gangster tersebar di blog-blog dan portal-portal berita (sila baca sini), fikirkan kembali apa sudah jadi dengan intistusi kepolisian negara ini, jika begitulah bapak polis, anak-anaknya bagaimana?, baca kisah dibawah:

Kemenangan Aung San Suu Kyi Pembakar Semangat Buat Pejuang Demokrasi

Berucap kepada penyokong sebaik sahaja menangi pilihanraya kecil


(Oleh: Ahmad Fadli KC)

KUALA LUMPUR 2 April: Kemenangan pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi memperolehi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya kecil di negaranya merupakan satu inspirasi buat pejuang demokrasi di rantau ini dan seluruh dunia.
Pengarah Biro Antarabangsa KEADILAN, Yusmadi Yusoff

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff sewaktu mengulas perkara itu semalam. Mengulas lanjut, Yusmadi yang juga merupakan Setiausaha Kaukus Asean Inter-Parliamentary Myanmar berkata walau pun kemenangan itu bukan satu kemenangan keseluruhan buat Suu Kyi dan partinya, ia tetap mengesahkan mandat rakyat buat Suu Kyi selama ini.

“Kemenangan ini bukan kemenangan baru, ia dipanggil pengesahan semula mandat oleh Aung San Suu Kyi bagi memimpin agenda demokrasi di Myanmar. “Walaupun bukan kemenangan keseluruhan, ia sudah cukup untuk beri nafas baru kepada pejuang-pejuang demokrasi rantau ini yang mungkin agak lesu (kerana cabaran berpanjangan),” katanya.

Anwar Ibrahim - Pejuang demokrasi & kebebasan Malaysia
Menurutnya lagi, selain Suu Kyi, masyarakat di Asia Tenggara juga mengenali Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pejuang demokrasi dan kebebasan. “Di rantau ini cuma ada dua tokoh demokrasi yang kita tahu iaitu Aung San Suu Kyi dan Anwar Ibrahim.

“(Justeru), kemenangan ini satu inspirasi untuk pejuang demokrasi lain terutamanya di Malaysia yang akan berhadapan pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Kemenangan Suu Kyi ini juga, kata Yusmadi wajar menjadi iktibar kepada yang lain agar bersabar dan terus tabah dalam perjuangan mereka. “Kita boleh ambil iktibar daripada perjuangan Aung San Suu Kyi – ia perjuangan lama dan bersungguh-sungguh dan tabah walaupun pelbagai tentangan dihadapi.
Para penyokong yang meraikan kemenangan Aung San Suu Kyi.

“Yakinlah agenda demokrasi dan kebebasan akan temui kejayaan walaupun ia mungkin memakan masa seperti juga perjuangan Nelson Mandela,” katanya. Aung San Suu Kyi dilaporkan memenangi satu kerusi Parlimen dalam pilihan raya di negaranya. Beliau mengalahkan dua pesaing lain dalam pertandingan tiga penjuru.

Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang dipimpin Suu Kyi mengumumkan yang beliau memenangi kerusi Kawhmu, berhampiran bahagian selatan pusat komersial Yangon. Suu Kyi yang diperintahkan menjalani tahanan dalam rumah selama 15 tahun sejak 1989 bertanding buat pertama kali selepas parti yang dipimpinnya membuat keputusan mengakhiri pemulauan pilihan raya yang didominasi junta tentera.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...