PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 31 March 2012

Ramalan Noh Omar : BN yakin menang di 36 DUN Selangor

Bakal Menteri Besar Selangor yang baru? 

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin BN akan berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

PANAS!! Kerajaan Barisan Nasional Belanja Demi Rakyat!!!

Kerajaan BN membazirkan RM 608.68 juta Wang Rakyat dalam masa 11 minggu!! Demi Survival Politik Najib & Muhyiddin!!


Adakah pembelian chooper 1Malaysia ini bermanfaat untuk rakyat 1Malaysia? 


Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke seluruh negara.

Buku Jingga Edisi Sabah Diperkenalkan!!!



KOTA KINABALU, 30 Mac: Menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dengan tujuan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dapat dibimbing oleh Petronas untuk bersaing di persada dunia dan menyediakan peluang pekerjaan serta membina kepakaran rakyat Sabah dalam industri minyak dan gas.

Video : 200 Berarak ke Pejabat Perdana Menteri Bantah Penyenaraian Felda



Kira-kira 200 orang berarak dari Masjid Putrajaya ke depan Pejabat Perdana Menteri tidak jauh dari situ bagi membantah penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.



NONE
Perhimpunan yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman (kiri) itu turut disertai, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ketua Biro Felda PKR Suhaimi Said.


Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian.

Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka".


NONE
Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan, Suhaimi dan Pengerusi JINGGA 13 Fariz Musa.


"Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini.

Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.


NONE
"Bagaimana nasib orang Melayu nanti jika tanah orang Melayu nanti lenyap. Hampir 97 peratus Felda ini orang Melayu.


"Felda kini dalam krisis dan pergolakan yang mana ia tak pernah berlaku sebelum ini. Saya harap jangan sebab nak pertahankan Isa Samad, (seramai) 1.6 juta warga Felda hancur," katanya.

Perarakan itu juga kelihatan penuh warna warni apabila terdapat peniaga mengambil kesempatan baju-T kempen membantah penyenaraian FGVH.

Friday 30 March 2012

Live!! "Ceramah Pakatan Rakyat Di Kelantan - "Putrajaya bermula disini"

Siaran Langsung Ceramah Pakatan Rakyat Dari Kelantan TV Bersama Mat Sabu, Nik Aziz & Anwar Ibrahim

Ramalan Khir Toyo - Lima negeri ‘dalam bahaya’ untuk BN ketika PRU13!!!


KUALA LUMPUR, 30 Mac — Bekas Jawatankuasa tertinggi Umno Dr Mohd Khir Toyo telah menyenaraikan lima negeri yang mungkin sukar untuk Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedudukannya dalam pilihan raya akan datang, kerana formula lama yang digunakan untuk meraih undi tidak lagi berkesan.

LAMAN WEB SAHABAT BAIK UMNO DIGODAM


Sebelum ini kita sudah biasa mendengar kes-kes pencerobohan laman web oleh penggodam(hacker) termasuk laman web milik kerajaan dgn mesej2 tertentu. Kini timbul pula mesej2 politik sebagai amaran kepada kerajaan Malaysia agar tidak menyeleweng dan tanda protes kerjasama Barisan Nasional - APCO.

Thursday 29 March 2012

Terbukti!! Umno minta sokongan Zionis Israel Laknatullah!!!

Apakah sejarah kibaran bendera Israel ini akan berulang?

KUALA LUMPUR 29 Mac: Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012.

Wednesday 28 March 2012

Cabaran Ketua Menteri Disambut Dengan Bukti Bergambar!!!

KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis

Bidaan baru NFC usaha tutup silap Najib !!!



KUALA LUMPUR 28 Mac: KEADILAN menyifatkan pembukaan bidaan baru bagi mengambil alih Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai usaha untuk menutup kesilapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan projek ini secara terus kepada NFC.

Tuesday 27 March 2012

Percubaan Kerajaan BN Untuk Cuci Tahi Lembu NFC!!

K'jaan buka tender ambil alih projek pusat fidlot nasional


Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
    

Hassan Ali "Liar" - Dr Halimah Ali



SHAH ALAM, 27 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali (gambar) kesal dengan dakwaan Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali mengenai pengubahsuaian pejabatnya.

Video: Sokongan Rakyat Kepada MCA di Kajang Bertambah!

Kehadiran tidak dijangkakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong dalam perhimpunan berhubung isu-isu pendidikan Cina mengundang ejekan daripada pesertanya.


protest dong zong 325 250312


Pergelutan juga berlaku apabila seorang lelaki pertengahan umur dan pengawal peribadi Wee cuba mendekati ketua Pemuda MCA itu setibanya dia pada jam 11 pagi.

Monday 26 March 2012

Sudahlah ditumbuk oleh Umno!! Ditangkap pula oleh Polis!! Sahler Polis Balaci Umno!!

Ketua Samseng Umno Kelantan?.

TANAH MERAH 26 Mac: Dua beradik yang ditumbuk Pemuda Umno kini ditahan reman tujuh hari di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tanah Merah.

Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam @ Adun UMNO Ditahan di Kelab Malam!!


BANDARAYA MELAKA - Seorang wakil rakyat antara 27 yang diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya di sini, awal pagi semalam.


Najib Ikut Telunjuk Amerika?


KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan Malaysia kerana mengarahkan Petronas menghentikan mengimport minyak dari Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa ke atas negara itu.

Azmin: Rumah mampu milik PKNS lebih murah dari Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan agensi Kerajaan Negeri yang telah diberikan tanggungjawab untuk mendirikan Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan antara RM2500-RM5000 sebulan.

Sunday 25 March 2012

MIC - Pengkhianat Kaum India!!!

KUALA LUMPUR 24 Mac: Jawatankuasa Bertindak ‘Return Effingham Land Action Team’ (Reflax) akan bertemu perdana menteri bagi menuntut tanggungjawab MIC terhadap penyelewengan rizab tanah SJK (T) Effingham, Bandar Utama.

Penyerahan Memo Tuntut Bebaskan Imam Hoslan Kepada YDP Agong!!


KUALA LUMPUR, 24 Mac: Memorandum menuntut pengampunan dan seterusnya membebaskan imam Hoslan Hussain berjaya diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah, petang ini.

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...