PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday 17 December 2011

Bongkar !! DR MAHATHIR PERNAH MINTA BANTUAN BANK DUNIA (1999)






Hentam sana sini kat Anwar, cakap Anwar lah pembelot negara, jual negara...nampaknya dah semakin terbongkar siapa pembelot negara...

Sekali mereka fitnah saya, sepuluh kali penyelewengan mereka didedahkan - DS Anwar Ibrahim

Putrajaya akan jadi Pusat Ternakan Lembu?


Sejak kebelakangan ini rakyat Malaysia telah didedahkan dengan pelbagai penyelewengan dan skandal yang pelik lagi tak masuk akal yang dilakukan oleh pemimpin tertinggi umno yang juga pemimpin tertinggi negara Malaysia. Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia, mereka hendaklah bertanggungjawab atas semua kesilapan dan kesalahan yang dilakukan samada dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Inilah sikap seorang pemimpin yang dikehendaki dan dicari oleh rakyat Malaysia secara amnya.  Jika pemimpin-pemimpin ini didedahkan skandal atau kesalahannya, maka secara wajibnya merekalah yang patut menafikan dengan mengadakan sidang-sidang akhbar dan mengeluarkan bukti-bukti bahawa mereka tidak terlibat atau bersalah! TETAPI INI TIDAK BERLAKU! Makin didedahkan makin banyak skandal yang dapat dibongkarkan! 



Kini, yang terbaru akan didedahkan pada umum esok, bertempat di depan Masjid Putrajaya! Jingga13 yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu En. Fariz Musa akan membawa semua rakyat Malaysia yang hadir disana bagi menyaksikan bagaimana dua lot tanah di Putrajaya dibeli oleh syarikat milik suami Sharizat Jalil (National Fedlot Corporation) Putrajaya dengan harga RM3,363,507 juta. Akan turut bersama esok ialah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat YB Zuraidah dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga komrad-komrad NGO Jingga 13. Semua rakyat Malaysia juga dijemput hadir.


Apakah tujuan NFC membeli 2 lot tanah di Putrajaya dengan menggunakan duit  yang datangnya dari pinjaman wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Projek Fidlot Negara masih tidak diketahui? Tetapi rakyat Malaysia amnya sudah pasti akan meneka bahawa adakah NFC ingin membuka ladang lembu baru di Putrajaya? Adakah ladang yang sedia ada di Negeri Sembilan tidak muat untuk menampung permintaan bagi seluruh negara sehingga mereka terpaksa membeli tanah di Putrajaya pula dengan harga RM3,363,507 juta?  


Walaubagaimana pun semua teka-teki ini akan terjawab esok apabila semua yang hadir di Masjid Putrajaya pada jam 2 petang 18 Disember 2011 akan dibawa bagi menyaksikan sendiri tanah yang dikatakan telah dibeli oleh keluarga penternak lembu negara ini dengan menggunakan wang rakyat Malaysia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, Marilah beramai-ramai kita ke Masjid Putrajaya bagi menyaksikan satu lagi detik bersejarah negara Malaysia yang tercinta ini.

Tarikh : 18 December 2011
Waktu : 2 petang
Lokasi berkumpul : di hadapan Masjid Putrajaya.



Kerana marah, lelaki potong jari isteri yang ingin dapatkan ijazah


gambar hiasan
DHAKA: Polis akan mendakwa seorang lelaki yang dituduh memotong jari isterinya selepas wanita itu mula belajar untuk mendapatkan ijazah di sebuah maktab tanpa kebenarannya. Rafiqul Islam dilapor mengikat isterinya yang berusia 21 tahun dan menutup mulutnya dengan pita sebelum memotong lima jari tangan kanannya, beberapa jam selepas kembali dari Amiriah Arab Bersatu (UAE).


'Dia berang kerana tidak suka isterinya belajar di maktab. Dia cemburu kerana dia hanya lulus sekolah menengah sementara isterinya melanjutkan pelajaran di maktab,' kata Ketua Polis, Encik Mohammad Salauddin.Rafiqul, 30 tahun, mengaku melakukan jenayah itu selepas ditangkap di Dhaka, kata Encik Mohammad.



Beliau juga berkata, polis sudah menamatkan siasatan dan akan mendakwa Rafiqul.Lelaki berkenaan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Isterinya, Cik Hawa Akhter, yang sudah menjalani rawatan, kini berada di rumah ibu bapanya dan masih berminat meneruskan pengajian meskipun selepas kejadian itu menimpanya.'Tangan kanan saya sudah dipotong tetapi saya masih lagi boleh menggunakan tangan kiri,' katanya kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Daily Star.Serangan itu adalah keganasan rumah tangga terbaru di Bangladesh yang menyasarkan wanita berpelajaran tinggi. 


Jun lalu, seorang suami yang menganggur mencungkil mata isterinya iaitu penolong profesor di Universiti Dhaka kerana berang dengan keputusannya hendak melanjutkan pengajian di sebuah Universiti Canada. Kumpulan hak asasi manusia berkata, kes berprofil tinggi terhadap wanita telah meningkat sejak beberapa tahun lalu. Selepas berkurangan selama lapan tahun berturut-turut, jumlah serangan asid meningkat pada 2010.

Ia bagaimanapun masih tidak mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan 10 tahun lalu, menurut sebuh yayasan kebajikan persendirian, Yayasan Mangsa Serangan Asid. -- AFP

Friday 16 December 2011

Tahniah Arif ! Perkahwinan ''gay'' pertama Lelaki Melayu Islam

Tahniah kerana menghancurkan harapan ibu bapa dan pihak yang memasang harapan tinggi terhadap anda di dunia neh. Lihat bawah neh ;

belajar tinggi, tapi bodoh bertingkat-tingkat...dunia menghampiri kehancuran

sebab tu Allah turunkan hukum HUDUD...SUPAYA ORANG ISLAM LAKSANAKAN...SEBAB ALLAH MAHA MENGETAHUI..DI BAWAK TURUN HUKUM SEBAB DIA TAU MASALAH2 MCM NI, KLU KITA LAKSANAKAN HUDUD, DPT DIELAKKAN...PEMIMPIN NO 1 MALAYSIA KENA SEDAQ PASAI NI...






Cukuplah tiga gambar neh. Walaupun aku tiada kaitan dengan arif neh tapi aku tetap merasa sedih dengan apa yang dilakukan oleh arif. Itu baru aku, sebagai orang luar. Belum lagi ibu bapa arif, individu yang paling sayangkan arif di muka bumi neh. Hanya Allah swt je tahu perasaan kedua ibu bapa dia di atas perlakuan "pelik dan songsang" si arif neh.

Menjelang 2020 - Malaysia Jadi Negara Miskin?

Apa sudah jadi dengan Malaysia? Dimanakah kekayaan negara menjelang Wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan oleh bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir untuk menjadi Negara Maju pada satu ketika dulu? Adakah Malaysia akan mencapai wawasan tersebut dalam pada masa yang sama menanggung bebanan hutang yang tak akan mampu dibayar oleh negara? Inilah hakikat yang perlu diterima semua rakyat Malaysia.

Malaysia kini terpaksa menerima hakikat negara akan bertambah miskin menjelang 2020 dan
ianya akan melebarkan jurang pendapatan masyarat berdasarkan ujuran ETP. Setakat ini, hutang negara Malaysia pada 2011 telah mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% menghampiri had RM 500 billion untuk menjadi antara negara yang mempunyai hutang tertinggi didunia. Ini adalah disebabkan oleh idea Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.

Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar (atas) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:

  • Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
  • Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.

Thursday 15 December 2011

[ video ] Penjelasan Hukum Hudud Membidas Video ''sembang rakyat''

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.

Juga menampilkan mathluthfi90...

MARAH - Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah & Pecah Amanah

 Satu sidang media Mobilisasi Rakyat Anti Rasuah dan Pecah Amanah( MARAH ) akan diadakan oleh 

Jingga 13 

Tarikh : 15 Dis 2011 (Khamis)
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR), 
Tropicana Damansara.

MARAH adalah satu manifestasi daripada rasa ‘marah’ yang membuak-buak rakyat terhadap gejala penyelewengan, rasuah dan pecah amanah yang dilakukan oleh sekelompok manusia yang sanggup mempergunakan wang rakyat bagi memenuhi nafsu serakah tanpa rasa bertanggungjawab dan bersalah.

MARAH adalah satu gerakan rakyat yang ‘marah dan benci’ terhadap segala amalan penyelewengan, rasuah dan aktiviti pecah amanah yang semakin membarah di semua peringkat.

MARAH adalah satu gerakan rakyat menolak dan membenci terhadap kerakusan dan kejelekkan pimpinan politik penguasa dan pegawai-pegawai kerajaan yang mempergunakan kedudukan, status dan jawatan dalam merealisasikan kepentingan peribadi dan ahli keluarga serta diselindungi dari sebarang tindakan undang-undang.

MARAH adalah satu usaha dalam mengangkat maruah institusi penguatkuasaan dan undang-undang agar telus, profesional dan berintegriti dalam melaksanakan amanah tanpa mengira sesiapa agar sistem keadilan berada di atas landasan sebenarnya serta diyakini oleh rakyat .

MARAH adalah gerakan rakyat menolak amalan nepotisme dan kronisme serta mengangkat amanah rakyat dengan penuh rasa ketanggungjawaban serta mampu membendung segala ketirisan dan kebocoran .

MARAH adalah ‘mata dan telinga’ rakyat yang akan terus memantau, memerhati dan mendengar dengan menggunakan akal fikir dalam usaha menentang segala bentuk penyelewengan, rasuah dan pecah amanah terutama melibatkan wang rakyat .

MARAH adalah tuntutan rakyat yang mencintai agama , bangsa dan negara agar direformasikan secara total serta mampu menjana tatakelola pengurusan yang lebih telus, adil dan profesional .

Warta Jingga : Kemarahan rakyat akan reda jika pemimpin korup dan penipu rakyat ini ditangkap, diadili dan di hukumi. Ingatlah tiada suatu pun yang akan kekal di dunia dan tiada satu pun yang akan terlepas di akhirat kelak

Wednesday 14 December 2011

SPRM : Tolong Siasat & Dakwa Menteri-Menteri Lembu NFC!!

Jingga13 membuat laporan di SPRM Shah Alam
Semakin lama semakin ramai akan diheret ke dalam skandal Lembu NFC!! Terbaru!!  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Noh Omar kini diheret dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Ini berikutan laporan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga- tiga menteri tersebut yang bertanggungjawab semasa memegang portfolio Menteri Pertanian. 
Muhyiddin telah memegang portfolio sebagai  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2004 sehingga 2008, manakala Mustapa pula sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) hanya setahun iaitu pada 2008 sehingga 2009. yang dikatakan telah menyalahguna kuasa mereka sebagai menteri  untuk menyalurkan wang kedalam satu akaun khas sekitar tahun 2008 hingga 2009 sebelum perjanjian ditandatangani dengan NFC pada tahun 2010. Ini berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid bulan lalu selepas pihaknya memanggil pegawai NFC untuk mendengar penjelasan.
Laporan itu dikemukakan Ketua Koordinator Janji Jingga Afzainizam Abdul Rahman di pejabat SPRM di sini. 
“Kami mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak tahun 2008 hingga 2009 serta siapa yang terlibat dalam melulus dan membenarkan wang tersebut disalurkan sebelum perjanjian dimeterai, Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan SPRM wajar diambil terhadap menteri berkenaan sekiranya mereka. Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal,” 


Diharap dengan laporan tersebut, diharap SPRM terus menyiasat dan membongkar satu kegiatan penyelewengan menggunakan dana wang rakyat oleh menteri serta pemimpin UMNO yang secara terang-terangan meluluskan peruntukan tersebut tanpa menandatangani perjanjian terlebih dahulu. Adakah menteri-menteri ini ingat wang tersebut adalah wang mereka sendiri sehingga mereka membenarkan NFC menggunakannya tanpa perlu memertai perjanjian terlebih dahulu? Sedangkan rakyat biasa yang ingin memohon wang atau bantuan dari kerajaan pun perlu menandatangani pelbagai borang atau perjanjian terlebih dahulu walaupun pinjaman itu sekadar dari bantuan yang kecil!!!    

Diharap juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengambil tindakan setegas-tegasnya dan tidak tunduk pada mana-mana pihak serta menangkap mereka yang telah melakukan kesalahan tanpa mengambil kira pangkat dan kedudukan mereka sebagai Menteri Kerajaan Malaysia. Ingatlah Rakyat Malaysia sedang memerhatikan tindak tanduk kamu. 


Adakah kamu (SPRM) tidak berasa bersalah kerana takut menangkap dan menyiasat menteri-menteri ini? Sedangkan bukti dan saksi sudah disampaikan didepan kamu(SPRM)? Apakah SPRM sanggup menjawab dihadapan Yang Maha Berkuasa apabila dihadapkan di Akhirat kelak sedangkan kamu(SPRM) tidak terlibat dalam kes Penyelewengan Wang Rakyat Malaysia ini? FIKIR-FIKIRLAH     


SHAH ALAM 14 Dis: NGO Jingga 13 membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap salahguna kuasa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dalam isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC).
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis NGO itu membuat laporan berkenaan di Pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam tengahari tadi.
Laporan ke atas Muhyiddin dibuat kerana beliau menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek itu ketika memegang jawatan menteri pertanian antara 2004 hingga 2008.
Turut dinamakan Datuk Mustafa Mohamed yang juga bekas menteri yang memegang porfolio berkenaan dari 2008 hingga 2009.
Menurut Fariz, laporan tersebut berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid yang memberitahuwang dikeluarkan kepada satu akaun khas NFC sejak 2008 hingga 2009.
Beliau berkata, ia merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila wang disalurkan kepada akuan khas tersebut sebelum perjanjian dibuat sepertimana yang ditetapkan prosedur dan peraturan kewangan.
Sedangkan katanya, ia memerlukan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi disalurkan kepada akaun pengurusan syarikat tersebut.
“JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak 2008 hingga 2009, serta siapakah yang terlibat dalam melulus dan membenarkan penyaluran wang tersebut sebelum perjanjian dimeterai antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujar Fariz.
Katanya, Jingga 13 mengesyaki campurtangan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam penyaluran dana berkenaan kepada NFC yang dimiliki suaminya.
“Kenapa sangat istimewa? Adakah kerana NFC diterajui oleh Datuk Seri Dr Mohamad Ismail dan ahli keluarga yang tidak mempunyai kemahiran dan latar belakang dalam industri penternakan lembu atau kerana beliau ialah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan menteri kabinet dan Ketua Wanita UMNO?
“Adakah wujud campurtangan dan salah guna kuasa Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam layanan istimewa yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat?,” soal beliau.
Sehubungan itu, Jingga 13 mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM diambil terhadap semua individu terbabit.
“Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan,” tegasnya.

Menteri bela Lembu?



LAPORAN SPRM OLEH JINGGA 13 TERHADAP MUHYIDDIN , MUSTAFA DAN NOH OMAR BERKAITAN SKANDAL NFC


Tarikh : 14 Disember 2011

Masa : 10 pagi

Tempat : SPRM Selangor , Shah Alam

Mari Kita Beramai-ramai buat laporan SPRM.... 
Jumpa Disana!!

Jingga 13 akan mengadakan satu lagi laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap salahguna kuasa oleh menteri-menteri umno terhadap skandal penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC)



Laporan SPRM oleh Jingga 13 ini akan berlangsung pada 14 Disember 2011, bersamaan hari Rabu jam 10.00 pagi, bertempat di Bangunan SPRM Selangor, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam berhadapan dengan Hotel Grand Blue Wave.


Jingga 13 dengan penuh hormat ingin menjemput rakan-rakan media untuk sama-sama hadir pada hari dan waktu tersebut, kerana satu lagi pembongkaran skandal serta laporan yang akan dilakukan ini bakal menunjukkan wajah sebenar pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional yang terkait dengan penyelewengan, rasuah dan pecah amanah.



SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
Jingga 13

Muafakat*Prihatin*Berani*

KL Banjir Salah Siapa?


Apa dah jadi dengan Bandaraya Kuala Lumpur? Masinnya tahi telinga apabila teringat kata-kata seorang menteri dengan takburnya mengatakan apabila terowong SMART disiapkan ianya akan menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda Bandaraya Kuala Lumpur! Kini apa dah jadi?  Hujan lebat yang bermula jam 4 petang, berlanjutan tidak sampai 2 jam kemudian telah menyebabkan banjir besar di Jalan Tun Razak! Sebelum ini kita juga dikejutkan dengan berita Bandar Kajang menghadapi banjir kilat dan menyebabkan separuh bandar tersebut dinaiki air dan menyebabkan paluan gendang kompang media-media pro kerajaan bergema menyalahkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang yang bersalah kerana tidak memperbesarkan sungai disamping aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa yang kononnya dibenarkan oleh Menteri Besar Selangor itu sendiri.

Hari ini dengan izin tuhan, Kuala Lumpur pula mengalami banjir besar dan menyebabkan kesesakan yang paling teruk dalam sejarah dan telah melumpuhkan aktiviti di sekitar Perpustakaan Negara! Hujan yang turun sejak pukul 4 petang tidak disangka oleh sesiapa pun akan menyebabkan banjir kerana kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir.   Kita tunggu dan tengok siapa pula yang akan umno salahkan? Adakah ini balasan yang diturunkan olehNYA untuk menyedarkan umno yang bongkak dan sombong serta kaki fitnah supaya sedar diri dan bertaubat serta tidak menyalahkan orang lain? Wallahualam...

sumber: malaysiakini

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Sebelum ini, kawasan itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 30 kanak-kanak terkandas di sebuah tadika di Jalan Semarak berhampiran pusat latihan TM akibat banjir kilat.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat, dua bot dikerahkan bagi membawa keluar kanak-kanak berkenaan secara berperingkat.

"Sekarang ini kami dalam proses menyelamatkan mereka ke tempat yang lebih selamat sedikit demi sedikit," katanya dipetik agensi berita nasional itu.


kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 08kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 07kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 06
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 01
kuala lumpur jalan tun razak flood 131211 03



Tuesday 13 December 2011

Pilihanraya Umum ke-13 awal tahun hadapan!!

Dari Utusex Malaysia, cek det pembela nasib melayu yang suka perbodohkan bangsa melayu dalam artikelnya berpendapat bahawa Barisan Nasional berada di landasan terbaik untuk mengekalkan kemengangan. < cek det dilema > hahaha... lawak pulak bila admin baca utusan, cek det juga yakin dengan perhimpunan umno yang berjaya menambat hati rakyat, padahal rakyat letak kaki je kt tibilisyen masa ''live'' rancangan taik umngok..

Cek Det juga berkata, PRU AKAN DATANG MUNGKIN AKAN DIADAKAN PADA AWAL TAHUN HADAPAN...


Bersiap-sedialah semua dengan PRU-13 ...yang akan jadi pilihanraya yang paling kotor untuk umngok kekalkan kemenangan Kerajaan Be-End!!..

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...