PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Showing posts with label umno lpt2. Show all posts
Showing posts with label umno lpt2. Show all posts

Saturday, 12 May 2012

[Video] Apa & Siapakah UMNO Dari Perspektif ISLAM?






1. Bila kita menilai UMNO kita jangan lupa Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf. 
Allah SWT. Berfirman: 

(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦ 

Yang maksudnya: 
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.] 


Saturday, 19 November 2011

Taktik pemimpin "bodoh" mencuri duit rakyat siri 2

Dari Blog MiloSuam:


BANTAHAN hebat telah disuarakan oleh penduduk Kampung Banggol Donas (Kg Banggol Tuan Muda) berhubung isu membelokkan lebuhraya yang lurus ke arah 22 rumah penduduk kampung.

Dalam pendedahan lalu telah ditunjukkan bagaimana kerja pelik "orang gila" ini telah dilakukan, rujuk sini [Pemimpin bodoh].

Pelik tapi benar, lebuhraya yang lurus dipesongkan dan melanggar 22 rumah penduduk kampung. Kalau kambing diajar jadi jurutera jalan, kambeng pun tak sanggup buat kerja gila ini.

Maklumat yang didedahkan oleh salah seorang penduduk Kg Banggol Donas, juga mangsa di mana rumahnya turut akan dirobohkan, mendedahkan bahawa rupa-rupanya lebuhraya tersebut dipesongkan agar melanggar sebahagian tanah JKK Umno bernama Ghani B Hitam.

Saudara Salleh B Embong, mendedahkan bahawa Ghani telah lebih awal menukar status tanahnya secara senyap-senyap daripada tanah kampung kepada "bangunan" untuk mendapatkan pampasan berlipat kali ganda.


Di bawah ini penjelasan saudara Salleh Embong, beliau turut menunjukkan lokasi tanah pemimpin Umno yang dimaksudkan.




Selepas ini kita akan dedahkan dokumen bukti bagaimana pejabat tanah turut didakwa bersekongkol untuk mengenyangkan perut pemimpin celaka ini. Malah PM Najib sendiri telah mengetahui hal ini, namun sampai sekarang semua "tidur".

ReJaM© " Duit punya pasal 22 rumah orang kampung kena roboh! Jahanam!"

WARTA JINGGA: Ni bukannya pembela rakyat!! tapi perampas hak rakyat!! Sampai bila nak insaf??
Dahler pakai wang rakyat bina lebuhraya! tanah rakyat dirampas!! bila rakyat memberontak dikatanya anti-pembangunan!! INILAH KERA JAAN UMNO-BE END!! Jahanam!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/taktik-pemimpin-bodoh-mencuri-duit.html#ixzz1e88HIuR7

Friday, 18 November 2011

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT-2)


Laporan SPRM Jingga13 bersama Ketua Koordinatornya, Fariz Musa dan Abd Rahman Yusof (Ketua Cabang Parti KeADILAN Rakyat Dungun) mengenai Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur LPT-2

Kenyataan oleh Abd Rahman Yusof
1. Saya ingin menarik perhatian perbahasan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 2 November 2011 berhubung perkara diatas.
2. Saya telah melawat sebahagian tapak pembinaan Lebuhraya LPT-2 ini dan mendapati apa yang dinyatakan oleh Ketua Pembangkang adalah benar.
3. Disisipkan gambar keadaan pembinaan LPT-2 ini.
4. Saya minta kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan pihak-pihak yang bertanggongjawab menjawab segala perkara yang dibangkitkan seperti berikut:
i. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

ii. Harga asal RM3.7 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper 5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan lagi untuk menyiap projek ini dan tarikh untuk siap tidak menentu lagi

iii. Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil wang pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat.

iv. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai oleh wang rakyat Terengganu.

v. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

vi. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

vii. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hamper siap dan 12 lagi masih belum siap. Peruntukkan tambahan diperlukan lagi untuk menyiapkan pakej yang masih belum siap.

viii. Antara pakej yang bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Kerteh Daerah Kemaman. Nama Kontraktor : TSR Construction Sdn Bhd

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!

- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak – rm 174 juta. Harga semasa sudah meningkat ke rm 210 juta. Perlu tambahan rm 70 juta lagi untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir dibawah jambatan.

- Jambatan ini hamper siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak Sungai Bagus kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan rm70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.

b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re – tender. Nama Kontrkator: Arah Jitu Sdn Bhd

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak rm20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

c) Pakej 5A – Jalan Tidak Mengikuti Spesifikasi dan Amat Berbahaya Kepada Pengguna. Nama Kontraktor : Ahmad Zaki Resources Sdn Bhd.

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya mengikut spesifikasi dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.

d) Banyak lagi penyelewengan yang berlaku dalam projek LPT-2 ini termasuk penganugerahan kontrak, pelaksanaan tidak mengikut spesifikasi, pembayaran dibuat tidak mengikut jadual kerja dan pelbagai lagi yang perlu disiasat oleh SPRM.

WARTA JINGGA: PENYELEWENGAN DEMI PENYELEWENGAN PEMIMPIN2 BE END TERBONGKAR AKHIR2 INI.. ADAKAH INI PETANDA BERAKHIRNYA PEMERINTAHAN BE END DI MALAYSIA PADA PRU13? WALLAHUALAM...

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...