PHR

Selangorku

Warta Jingga Followers

Saturday, 7 January 2012

Lembu Umno Pun Kena Kencing Dek Si Saypool Baukari!



Bagaimanalah seorang blogger upahan umporno terkenal,   blogger ruangbicarafaisal a.k.a Muhammad Faisal bin Rohban, boleh mempercayai seorang kaki sesumpah yang terkenal lagi mashor dengan kes fitnah diliwat oleh orang tua yang mempunyai masalah tulang belakang?  Harap badan jer perkasa tapi otak tak ada akal langsung. Apa tidaknya, yang terbaru si sayfool ini telah memburukkan  Ahli Majlis Pimpinan pusat PKR, Fariz Musa dan berniat mengelirukan pembaca di blog tersebut bahawa kononnya Saiful adalah "mangsa liwat" dan kononnya ada pemimpin PKR mempercayai beliau.. 

Antara cerita sayfool yang dipercayai oleh si lembu umno ini adalah
  • Saiful dan Fariz Musa mengadakan pertemuan sulit di Hentian Sebelah Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur...
  • Saiful ada menjelaskan kisah dia diliwat Anwar kepada Fariz Musa.
  • Fariz Musa mendoakan kejayaan Saiful di dalam kes liwat.

Ini adalah satu pembohongan dan fitnah yang nyata dan jelas berniat jahat bagi menjatuhkan maruah Fariz Musa dan cubaan mengelirukan pembaca di blog tersebut..

Kejadian sebenar yang berlaku adalah...

Tiada langsung pertemuan sulit...
apa yang berlaku adalah...
Fariz Musa secara kebetulan "terserempak" dengan Saiful semasa berhenti untuk merehatkan badan di hentian sebelah Lanchang...

Fariz Musa pada ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas bercuti sempena hari raya Idul Adha ditemani oleh isteri beliau,adik ipar dan juga seorang rakan lelaki.

Saiful yang kebetulan berada di situ juga sedang dalam perjalanan pulang ke KL...

Apabila "terperasankan" Fariz Musa, Saiful telah menghampiri untuk menyapa Fariz Musa yang ketika itu bersama isteri,adik ipar dan seorang rakannya.
 
Ketika itu,tiada langsung perbualan sulit antara keduanya..

Yang berlaku hanyalah sapaan biasa...
dan Fariz Musa hanya menanyakan kepada Saiful  
“ Bila engkau bicara lagi ?” , 

Saiful pula menjawab “pergulungan nanti” . 
dan Fariz bertanya lagi “so macam mana?” 
dan Saiful hanya menjawab “ terserah kepada hakim” 

Perbualan singkat di dalam pertemuan yang berlaku secarakebetulan itu disaksikan isteri dan rakan Fariz... 

Fariz Musa juga menafikan ada mendoakan kejayaan kepada Saiful di dalam kes liwat fitnah yang akan diputuskan pada 9 january ini...

Fariz Musa juga ada menceritakan kejadian "terserempak" dengan Saiful itu kepada para peserta kursus Media baru Jingga 13 pada pada 8 November 2011, di tanjung Karang...

Beliau juga turut menceritakan pertemuan yang dianggap  "sial" itu kepada semua Jawatankuasa Sekretariat Jingga 13 di dalam mesyuarat Jingga 13 di rumah beliau pada 15 November 2012

Jika ianya pertemuan sulit sebagaimana difitnah,kenapa pula Fariz Musa menceritakan kepada begitu ramai orang tentang pertemuan tersebut..?
Maka,demi menegakkan keadilan dan "mengajar" orang yang suka buat fitnah ini..

Fariz Musa akan membuat satu laporan polis terhadap fitnah yang direka oleh Saiful dan juga pemilik blog tersebut yang turut dikenali sebagai "ruangbicarafaizal"..

Laporan polis akan dibuat di IPD Shah Alam,
Tarikh : 7 January 2012
Waktu : 10am

Kesemua rakan-rakan seperjuangan dijemput hadir bagi menolak budaya fitnah yang diamalkan secara meluas oleh UMNO dan blogger upahan mereka..

Kalau bukan fitnah bukanlah UMNO namanya...
pemilik blog tersebut juga ada menyatakan KONONNYA memiliki video perbualan Fariz Musa dan Saiful..

Kalau betul..
Dedahkanlah video tu..
buat apa simpan..? 
tunjukkan kebenaran, jangan hanya pandai lempar fitnah..!

Dengar khabar, tindakan menyaman kedua-dua kaki fitnah ini akan menyusul...

sumber: lianglahad.blogspot.com

Kalau Tak Menipu Bukan Polis Namanya?


Kalau dulu kita selalu mendengar peribahasa mengatakan Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong, Lama-Lama Jadi Pencuri!! Sekarang adakah peribahasa tersebut sudah bertukar kepada Siakap Senohong Gelama Ikan Bilis, Bercakap Bohong, Lama-Lama Jadi Polis? Inilah hakikatnya apabila tidak sampai 24 jam, Pihak Polis sanggup menipu perjanjian yang telah dipersetujui sebelum ini? Hakikatnya jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada polis sudahler. Jika rakyat sudah tidak percaya kata-kata polis, ianya akan menyebabkan akan berlaku situasi dimana rakyat akan memberontak demi mencapai apa yang mereka kehendaki. Jika pada masa itu, rakyat bangun dan telah mengangap kata-kata/ janji pihak polis hanyalah mainan semata-mata, sudah pasti terlambat bagi Polis untuk menafikannya!!  
 
Polis kenakan 10 syarat bagi perhimpunan 9 Januari
NONE
Polis kini mengenakan 10 syarat kepada penganjur perhimpunan 9 Januari bagi menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya tidak membenarkan ucapan awam dan membawa sepanduk bertulis 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar'.

Syarat-syarat yang dikenakan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan itu, disiarkan di laman Facebook polis.

Syarat-syarat tersebut bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh
timbalan presiden PKR, Azmin Ali dalam satu sidang akhbar sebelum ini.

Syarat-syarat tersebut ialah:

1. Penggunaan risalah/ banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa perhimpunan berlangsung.

2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ tidak dibenarkan. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3. Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir mahkamah.

7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Friday, 6 January 2012

JAKIM Mengharamkan Sesuatu Yang Halal?

Apa dah berlaku pada khutbah Jumaat hari ini? Khutbah Jumaat hari ini yang disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyebut  sesiapa yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Ikutilah laporan lengkap dari Malaysiakini 


Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

NONEAmaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

“Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,” petik khutbah yang dibacakan itu.

haze in kuala lumpur mosqueMenurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,” petik khutbah itu lagi.


Sedangkan situasi yang berlaku pada sebelah pagi adalah sebaliknya. Pihak polis telah membenarkan perhimpunan 901 ini dianjurkan selepas berlakunya perbincangan diantara Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. 

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

NONE
Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".
Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".
Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

NONE
"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.


Warta Jingga : Apa dah berlaku dalam JAKIM? Sanggup mempergunakan khutbah Jumaat semata-mata untuk kepentingan Najib dan Be End? Sanggup meneruskan khutbah Jumaat  sedangkan JAKIM boleh menarik balik teks khutbah Jumaat yang diragui isi kandungannya dan ternyata  telah menyalahi undang-undang serta boleh menimbulkan syak wasangka sesama Umat ISLAM!

Akhirnya Anwar Ibrahim Bersumpah Laknat?

Apakah benar akhirnya Anwar Ibrahim bersumpah laknat? 


Mari kita saksikan video dibawah :


Warta Jingga: Sumpah dalam Islam hanyalah merujuk kepada pergaduhan suami isteri yang tidak boleh diselesaikan dan juga hanya didalam kes-kes tertentu didalam Mahkamah Syariah dan di depan Hakim Syariah sahaja. Itu sudah ditetapkan di dalam ISLAM. Selain dari kes ini adalah tidak dibenarkan seseorang muslim itu bersumpah seperti yang dinyatakan oleh Dato' Dr. Fatima Az-Zahra


Mahukah anda tergolong dalam golongan munafik? Nauzubillah!!

INTEGRITI DAN KREDEBILITI KETUA AUDIT NEGARA DIPERLEKEHKAN?


Baru-baru ini Jamil Khir ada mengeluarkan kenyataan menafikan beliau menggunakan wang zakat bagi membiayai kos guaman  sepertimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara..

Kenyataan Jamil Khir itu juga dilihat bercanggah dengan kenyataanTimbalan Menteri Jabatan perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, pada 21 Jun 2011 yang mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan YB Saifuddin Nasution.

Jadi, demi merungkaikan kekeliruan yang berlaku di atas percanggahan kenyataan dua orang Ahli Parlimen BN ini...

Maka Jingga 13 telah menghantar surat kepada Ketua Audit

Negara bagi menjelaskan perkara yang sebenar..



Surat tersebut telah diterima oleh P.A. Ketua Audit Negara, Puan Junaidah Binti Jais...





Berikut adalah surat yang dihantar kepada Ketua Audit Negara jam 2:45pm tadi..



Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Amrin bin Buang ,



Ketua Audit Negara ,
No. 15 , Aras 4 , Persiaran Perdana ,
Persint 2 ,
62518 Putrajaya .

Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia ,

MOHON PENJELASAN TERHADAP ISU PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN WANG ZAKAT MAIWP OLEH YB SENATOR MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI DATO’ SERI JAMIL KHIR BAHAROM , PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KETUA PENDAKWA SYARIE WILAYAH PERSEKUTUAN 

Adalah dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk .

2.      Untuk makluman Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia bahawa kami Jingga 13 telah membuat laporan dan aduan rasmi di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 Disember 2011 berkaitan isu penyelewengan dan salahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap YB Senator Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom , Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pandakwa Syarie Wilayah Persekutuan En. Shamsuddin Hussain .

3.     Berdasarkan laporan pemeriksaan audit telah dijalankan di MAIWP terhadap pembelanjaan bagi kos guaman RM63,650 bersabit kes tuntutan qazaf YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti mana laporan yang dihantar kepada YB. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, rujuk Fail :  AUDIT/BBP/147/379/15(12) bertarikh 21 November 2011 oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia menyatakan :

    3.2      YBhg. Datuk Haji Che Mat bin Che Ali telah meluluskan bayaran interem berjumlah RM 31,500 menggunakan peruntukan sumber am bagi perkhidmatan perundangan pada 28 januari 2010 . Bayaran ini diluluskan pada 9 Februari 2010 melalui baucar no. 2010B01304 menggunakan peruntukan zakat terlebih dahulu kerana geran. Kerajaan belum diterima pada tarikh tersebut . 

    3.3     Pada 29 April 2010 , MAIWP telah membuat pembayaran baki kos guaman berjumlah RM 32,150 ( termasuk perbelanjaan pelbagai berjumlah RM650) menggunakan peruntukan sumber zakat terlebih dahulu . Bayaran ini dibuat apabila menerima laporan penuh perbicaraan daripada Tetuan Zainul Rijal Talha Dan Amir setelah kes selesai.
    
   3.4    MAIWP telah menerima geran Kerajaan berjumlah RM700,000 pada 22 Jun 2010 untuk peruntukan sumber am . Pada bulan Disember 2010 , MAIWP telah menyelaraskan perbelanjaan peruntukan wang zakat yang telah dibayar untuk kos guaman berjumlah RM63,650 kepada peruntukan sumber am melalui jurnal pelaras. Dengan pelarasan ini, wang zakat berjumlah RM63,650 telah dikembalikan kepada sumber zakat dan kos guaman dikenakan kepada peruntukan sumber. 

4.    Kenyataan YB Senator DatO’ Seri Jamil Khir Baharom , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 31 Disember 2011 sepertimana dilaporan oleh Bernama, bertajuk “Jamil Khir Perjelas Dakwaan Seleweng Wang Zakat” ternyata menyimpang daripada laporan tersebut dan cuba memutarbelitkannya malah memperlekehkan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak jabatan yang diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia selaku Ketua Audit Negara . 

5.    Kami tidak menafikan bahawa berlaku pembayaran balik wang zakat tersebut oleh MAIWP pada bulan Disember 2010 sepertimana dijelaskan oleh laporan pihak Y.Bhg Tan Sri Dato’ Setia sepertimana di bawah :

6.    Isu pembayaran balik oleh MAIWP adalah tidak timbul namun laporan tersebut telah mengesahkan bahawa wujud penyelewengan dan salahguna kuasa terhadap wang zakat selama hampir sebelas (11) bulan ( Februari – Disember ) yang cuba dinafikan oleh YB Senator Menteri yang mengurustadbir Hal-Ehwal Agama Islam malah kini memutarbelitkan kenyataan dan fakta . 

7.    Pada 21 Jun 2011 , Timbalan Menteri Jabatan perdana Menteri , Datuk Dr. Mashitah Ibrahim telah mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan wang zakat ketika menjawab soalan YB Saifuddin Nasution , Ahli Parlimen Machang dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Parlimen .

8.    YB Senator Dato’ Seri Jamil Khir juga secara nyata dan jelas telah MEMPERLEKEHKAN INTEGRITI DAN KREDEBILITI laporan daripada jabatan yang dipimpin oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia dan BERBOHONG kepada seluruh rakyat Malaysia . 

9.    Sehubungan dengan itu , kami memohon jasa baik Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Setia menjelaskan kepada umum berkaitan percanggahan fakta yang telah di buat oleh YB Senator Dato’ Seri Jamil Khir Baharom yang menyangkal bahawa penggunaan wang zakat oleh beliau dan dua yang lain .

Sekian , terima kasih .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Saya yang menjalankan tugas ,
( FARIZ MUSA )
Ketua Koordinator Jingga 13

sumber : lianglahad

Warta Jingga : Mana nak letak muka bila kredibiliti seorang Ketua Audit Negara dipertikaikan? Elok beliau letak jawatan sahaja!! Tidak berguna lagi beliau bekerja memandangkan kredibiliti beliau telah dihancurkan!!  

Thursday, 5 January 2012

[VIDEO] Panas Nur Amalina dari UK


Ikutilah Jawapan Balas Nur Amalina dari UK!!





Warta Jingga :Bukanlah niat kami untuk mendedahkan keaiban seseorang tetapi jika yang salah itu boleh dijadikan pengajaran dan pedoman kepada yang lain adakah ianya salah? Semoga Nur Amalina kembali bertudung sepertimana  beliau sebelum ke UK dan kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar!! Amin!! 

Rakan Facebook Jingga 13

Blog Archive

Tip Top Sponsor


Intense Debate Comments

Artikel Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...